Oct 18, 2014

Bintang Di Sebelah Bulan [10]

Safa tunduk merenung telefon di tangan. Skrin telefon masih macam tadi, gelap. Debaran di dada semakin kuat, semakin resah. Teringat perbualan terakhirnya dengan Ash beberapa jam tadi. Kata-kata terakhir bakal tunangnya itu terngiang-ngiang di telinga.

Ash kata, "Awak, saya kena balik kondo saya. Ada benda penting nak buat. Tapi esok, sebelum matahari muncul saya dah berdiri depan pagar rumah sambut kedatangan awak. Saya janji. Okey sayang?"

Belum sempat dia balas apa-apa, Ash sudah memutuskan talian. Termangu-mangu dia menatap skrin telefon yang sudah gelap. 

Apa benda penting yang Ash nak buat agaknya sampai tak menyempat balik kondo dia juga malam ni? 

"Ya ALLAH, kenapa hati ada rasa tak enak ni?" Safa meraup muka. Tangannya singgah di dada, cuba menenteramkan hati yang gundah gulana.

Sejak pukul 10 malam tadi, Safa sebenarnya sudah terlelap. Sebelum tidur, sempat dia dan Ash berbual di telefon. Ash kata, Ash baru balik dari keluar jumpa kawan. Tapi kawannya yang mana satu, Safa pun tak tahu. Lagipun, Safa sebenarnya bukan kenal pun siapa kawan Ash. Dunia Safa kecil sahaja, hanya ada Kak Hajar dan mereka yang ada di Tadika Harapan. Lepas kenal Ash, baru meriah sikit dunia dia. Tapi masih terhad dalam kelompok keluarga Ash sahaja. Kawan Ash, seorang pun dia tak kenal.

Hari tu ada Ain Damia, kakak Ash yang sulung tanya dia kalau dia pernah jumpa Ann. Siapa Ann tu, dia sendiri pun tak tahu. Dia jawab yang jujur jelah, cakap yang dia tak kenal siapa Ann. Tak tahu sama ada dia yang silap tengok atau memang muka Kak Mia berseri-seri bila dengar yang Ash tak pernah bawa dia jumpa Ann.

Okey, siapa pun Ann tu, Safa tak rasa dia orang yang penting sebab Ash sendiri tak pernah walau sekali sebut nama Ann. Biarlah, bukan urusan dia pun. Tak akan menjadi masalah kalau dia tak kenal siapa Ann tu.

Cumanya, yang jadi masalah sekarang ni ialah Ash. Sejak perbualan mereka pukul 1 pagi tadi, Ash langsung tidak dapat di hubungi. Panggilannya semua masuk ke dalam sistem pesanan suara. Begitu juga dengan pesanan ringkas yang dia hantar, satu pun tidak berbalas.

Tadi, Safa terjaga dari tidur secara tiba-tiba. Seolah ada kuasa ghaib yang mengejutkan dia secara paksa. Tidurnya yang lena tanpa mimpi itu terganggu. Bangkit sahaja dari tidur, terus dadanya berdebar-debar. Seolah bakal terjadi sesuatu yang tidak elok. Apanya yang tidak elok pun dia tidak tahu, tapi firasatnya 'kata' begitu.

Lepas terjaga dari tidur, Safa solat sunat dua rakaat. Minta ALLAH tetapkan hati yang sedang berbolak-balik. Lepas tu, baru dia menghubungi Ash. Perbualan mereka tidak lama. Ash kata, dia dalam perjalanan pulang ke kondo. Dia ada bagitahu Ash yang dia rasa tak sedap hati. Ingin sahaja dia menyuruh Ash pulang ke rumah ibu-bapanya sahaja, tak perlu pulang kondo. Biar sahaja benda penting tu tak terbuat. 

Tapi entah kenapa, dia keluh lidah. Lagipun, perbualan singkat mereka menghalang Safa untuk bercakap lebih lama. Ingin bertanya lebih-lebih pun, talian sudah ditamatkan oleh Ash.

"ALLAH, janganlah ada benda yang tak elok jadi. Aku mohon pada-MU  Ya ALLAH." Safa meraup muka sekali lagi. Nombor Ash di dail sekali lagi. Masih tidak bersambung.

"ALLAH.." Meniti sekali lagi kalimah suci itu di bibir Safa. Telefon di letak di atas katil bersama satu keluhan berat. Jam loceng di meja tepi katil di jeling, sudah pukul 2.30 pagi.

Safa bangkit dari katil, langkah kakinya di menuju ke bilik air. Dia ingin berwuduk, dia ingin solat. Bila resah begini, dia tidak tahu pada siapa dia harus mengadu selain pada ALLAH. Doa Safa, moga semuanya baik-baik sahaja. Doa Safa, moga Ash baik-baik sahaja.

"ALLAH..."

*******************

Alyn menyumpah sekali lagi bila Ann muntah di atas bajunya untuk kali kedua. Inilah jadinya bila tak pandai minum arak tapi beria-ia teguk sampai habis sebotol. 

Bodoh! Bangang! Sebab seorang jantan, Ann Delisha menyusahkan mereka bertiga. Bencinya, sakit hatinya!!

"Euwww, dia muntah lagi ke babe?" Ekin yang duduk di hadapan, di sebelah Syeren yang sedang memandu menoleh ke belakang. 

"Eh, jijiklah babe. Apa Ann ni, habis busuk kereta aku." Syeren merungut. 

Dari cermin pandang belakang, dia nampak Alyn menolak kepala Ann yang terlentok di bahunya selepas memuntahkan isi perutnya untuk kali ke dua. Tergelak dia bila Alyn menolak kepala Ann menjauh dari dia. Berdebuk bunyi kepala Ann berlaga dengan tingkap kereta. Padan muka Ann!

Ann, Ann.. Ternyata, kau tak adalah baik mana pun kan? Kau dan kami tak ada beza pun. Dulu, bukan main lagi kau berlagak alim. Konon tak sentuh arak, tak nak minum air haram tu. Siap gelar lagi air yang kami teguk saban malam tu, air kencing syaitan. Tapi malam ni, bukan segelas air kencing syaitan tu kau teguk, tapi habis sebotol kau telan.

Piraaahhh, tak sentuh arak konon!!

"Ann, bangun." Alyn menepuk perlahan pipi Ann yang sudah jatuh melorot di sebelahnya. 

Kereta yang dipandu Syeren sudah berhenti di hadapan bangunan tinggi melangit mengikut alamat yang lelaki di dalam telefon bagi tadi. Rumah abang Ash lah kut, sebab nama dia yang keluar di skrin telefon Ann tadi. Hendak masuk dalam, mereka tidak ada pass. 

"Abang Ash, jangan tinggalkan Ann. Please Abang Ashhhhh.." Ann mula meracau, menyebut-nyebut nama Ash.

"Eya, aku dah hantar kau kat tempat abang Ash kau ni ha. Bodoh betul. Dah orang tu tak nak kat kau, blahlah. Buat apa nak rayu lagi?" Bebel Alyn. 

Tadi, waktu dia dan yang lain tengah sakan berpesta, Ann tiba-tiba muncul dengan wajah yang lencun dengan airmata. Make-up Ann tak payah ceritalah, macam langsuir pakai celak. Buruk! Mana taknya, beria-ia Ann menangis. Meraung macam orang gila mati laki. Dalam keadaan gawat macam tu, sempat dia bagi segelas air berbusa tu untuk redakan 'sawan' Ann. 

Mulanya Ann tolak. Tapi bila dia kata air tu boleh redakan 'sakit' Ann, barulah dia mencicip sedikit. Tapi lama-lama, habis sebotol Ann teguk. Lepas tu, mulalah Ann meracau yang bukan-bukan. Nama jantan mana entah sampai  mereka jadi bahan tontonan di club tadi. Nak tak nak, terpaksa mereka bawa Ann pulang bila Ann mula menjerit nama 'Abang Ash' macam orang sasau.

Bodoh! Menyusahkan orang betullah, Orang nak berpesta pun tak tenang.

"Hei, bangunlah! Kita dah sampai ni!" Alyn menepuk pipi Ann untuk kali yang kedua. Kali ini lagi kuat. Habis merah pipi Ann.

 Ah, lantaklah. Bukan pipi dia pun. Lagipun, bukan Ann tahu pun dia yang tampar. Dah mabuk terbongkang macam ni, memang tak sedar dunialah tu.

"Babe, tu kut abang Ash si Ann ni." Ujar Ekin sambil jarinya dihalakan pada figura seorang lelaki yang sedang bersandar pada badan kereta yang di parking di tepi jalan tidak jauh dari kereta mereka.

"Mana?" Tanya Alyn. 

Kepalanya ikut terteleng mengikut arah yang ditunjuk Ekin. Dimatanya, figura seorang elaki yang tadinya bersandar pada badan keretanya sedang berjalan menghampiri kereta mereka jelas kelihatan. 

"Gila handsome!!!" Ujar Alyn, Ekin dan Syeren serentak bila batang tubuh lelaki itu berdiri betul-betul di luar kereta Syeren.

Ann, Ann, patut pun kau tergila-gila kat dia ni. Abang Ash, Abang Ash, dah macam jampi mantera kau seru nama dia. Rupanya, lelaki ni handsome gila. Tak hairanlah kau gila bayang. 

'Kalau perempuan secantik kau pun dia tolak, macam mana hebat agaknya perempuan yang dah kalahkan kau tu? Teringin aku nak jumpa.' Alyn menggeleng, menunjal perlahan kepala Ann sambil tersengih sinis.

Alyn membuka jaket kulitnya yang sudah busuk berbau muntah Ann sebelum mencampaknya di sebelah Ann. Dibiarkan bahunya terdedah. Rambut di kirai, sekadar membetulkan rambutnya yang sudah kusut gara-gara memapah Ann tadi. Wajah penuh make-up nya di belek, bila sudah yakin tiada cacat celanya barulah Alyn membuka pintu 
kereta. Itupun selepas tingkap kereta di ketuk berkali-kali.

"Ann mana?" Tanya Ash sebaik sahaja pintu kereta di buka. Dia menjenguk ke dalam kereta, cuba mencari Ann yang mungkin ada di dalam.

"Ada, kat dalam. Dia mabuk teruklah, abang Ash." Ujar Alyn, dengan lenggok suara menggoda. Sengaja dia meliuk-liukkan tubuhnya di hadapan Ash. Biar lelaki itu nampak 'aset' yang dia ada.

Ash yang mendengar nada suara kawan Ann itu mengerutkan dahi. Dah kenapa minah ni? Gatal merenyam semacam gayanya? 

"Bawa dia keluar cepat, lepas tu korang boleh balik." Ujar Ash. 

Perempuan yang meliuk-liuk umpama 'orang-orang' di tengah bendang sawah padi itu tidak menggetarkan hatinya langsung. Jijik dia melihat cara kawan-kawan Ann berpakaian. Pakai baju, tapi telanjang!

Patut pun perangai Ann macam tu, dia berkawan dengan manusia jenis ni rupanya. Dah habis agaknya perempuan baik-baik di dunia ni yang boleh dibuat kawan sampai manusia macam ni yang Ann jadikan teman. 

Kawan macam ni, tak berkawan pun tak apa! 

"Alah, lepak dululah abang Ash. Ann tu dah mabuk teruk, biar je dia dulu. Lagipun, abang bukan suka Ann pun kan? Dia jadi begitu sebab abang reject cinta diakan? Ann abang tak nak, kami bertiga boleh jadi ganti." Ujar Alyn. Badannya di sandar pada badan kereta, sengaja. Biar Ash berlama-lama dengan mereka di situ. 

Mendengarkan kata-kata Alyn, Ekin dan Syeren yang menjengukkan kepala dari tingkap kereta bersorak kesukaan. Langsung tidak ada rasa malu dengan sikap lepas laku mereka sebagai gadis islam. Hilang sudah sifat malu dalam diri mereka agaknya.

Beristighfar Ash dalam hati melihat kelakuan kawan-kawan Ann yang lepas laku. Keluhan di lepaskan sebelum dia bergerak ke pintu sebelah kereta. Pintu di buka, tubuh Ann ditarik keluar. Dengan sebelah tangan menahan tubuh Ann yang menumpang di tubuhnya, sebelah tangan lagi menutup pintu kereta kasar.

"Ann, jangan sekali samakan taraf dia dengan korang. Jauh sangat tu. Taraf dia tak serendah itu. Anyway, thanks hantar dia. Assalammualaikum." Ash tersenyum sinis. Jelas di matanya wajah Alyn berubah mendengar kata-katanya.

Ann yang sudah terkulai di bahu di papah perlahan, langkah di bawa ke kereta. Berat kakinya melangkah, seberat beban hatinya bila melihat keadaan Ann. Bau hamis mencucuk hidung, bercampur bau hanyir muntah Ann yang pasti sudah melekat di baju. Mulut Ann menggumam, meracau-racau memanggil namanya. Merayu-agar agar dia tidak ditinggalkan. Sayu bunyinya bersama esak tangis yang tertahan-tahan. 

Pintu kereta di buka, perlahan tubuh Ann ditolak masuk ke dalam. Ash merenung wajah Ann sebelum perlahan menutup pintu kereta dan beredar ke tempat pemandu. Dia sudah menghubungi Dani tadi sebelum telefonnya kehabisan bateri. 

Pada Dani dia berpesan, "Ann mabuk. Aku hantar dia balik rumah aku, nanti kau ambil dia kat sana. Aku takut Daddy kau terkejut kalau dia nampak keadaan Ann. Kunci rumah, nanti aku letak kat tempat biasa."

Tadi, waktu dia telefon Ann untuk pastikan gadis itu selamat tiba di rumah, panggilannya tidak berjawab. Berkali-kali dia telefon sampailah panggilannya bersambut. Bukan Ann dihujung talian, tapi kawan Ann yang memperkenalkan diri sebagai Alyn. Alyn kata Ann mabuk dan mereka tidak tahu alamat rumah Ann. Kata Alyn lagi, ini pertama kali Ann mabuk. Selalunya Ann tidak minum, jadi mereka tidak pernah menghantar Ann balik rumah. 

Wajah Ann yang terpampang di cermin pandang belakang Ash renung bersama sejuta perasaan yang berbaur. Ternyata perasaan bersalahnya adalah antara perasaan yang terasa paling menyesak di dada. Ash rasa bersalah, seolah imej Ann yang ada di cermin sekarang, dialah yang bertanggungjawab menjadikan Ann begitu. Ash buntu.

Enjin kereta dihidupkan, gear dilepaskan. Skyline meluncur perlahan masuk ke dalam kawasan kondo. Doa Ash, moga Dani cepat datang. Dia ingin balik rumah ibu-bapanya dan tidur. Berharap kalau semua ini hanya mimpi dan bangun pagi nanti menunaikan janjinya pada Safa. Tapi bila matanya jatuh pada batang tubuh Ann di sebelahnya, Ash melepaskan keluhan.

Ya ALLAH, kenapa sampai jadi macam ni Ann? Cinta sesama manusia je pun, kenapa sampai jauh bawa diri dari rahmat ALLAH?

****************

"Sial punya jantan!!" Alyn menyumpah untuk kesekian kalinya. Masih sakit hatinya dengan penghinaan yang keluar dari mulut Ash tadi. 

"Lelaki tu bodoh, babe. Tak nampak ke Ann Delisha tu dah mabuk-mabuk macam tu? Ada hati lagi cakap taraf kita lagi rendah dari budak tu. Puihhhh!!" Giliran Ekin melempar amarah. 

"Lelaki perasan bagus dan perempuan lagak alim, padanlah mereka berdua tu." Syeren mencelah. Seperti dua sahabatnya yang lain, dia pun rasa sakit hati bila mendengar kata-kata Ash tadi.

"Aku ada idea macam mana nak kenakan dua orang tu!!" Alyn menjerit  kesukaan sebelum menggagau mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Telefon ditayang di hadapan dua rakannya bersama senyuman jahat sinisnya.

"Babe, kau memang genius, babe!" Ekin yang faham maksud bahasa tubuh Alyn ikut menjerit kesukaan.

"Babe, aku suka!!" Syeren ikut menjerit kesukaan. 

"Abang Ash sayang, kita tengok macam mana kau nak habiskan seluruh hidup kau bersama perempuan yang tarafnya konon lagi tinggi dari kami tu." Alyn mengekek ketawa. Telefon sudah melekap di telinga, hanya perlu menunggu beberapa saat lagi untuk melunaskan dendam mereka. 

"Hello. Saya nak buat laporan..." Senyuman jahat sinis Alyn melebar hingga ke telinga.

****************

Err, selamat hari sabtu. Trust me, ini cliche.
Eya, ini sama macam apa yang korang fikir. HAHAH


Korang Comel Kalu Korang Like

20 comments:

NurAtiZa said...

Kesian lah dkt safa....
Cik writer plez jgn buat mcm tu....π_π

sweetstalker said...

alahai...xmo la ASH gn ANN...Moga2 xkena ambush gn skuad pencegah maksiat 2 :(

Anonymous said...

Cliche itu kan kehidupan. Tajuk pun bintang di sebelah bulan. Mestilah Ash kena ade di sebelah Ann. *peace

Anonymous said...

tak best la Ash dengan Ann. Safa n Ash the best. Common sangat klau guna pencegah maksiat sebagai cara untuk dorang married.

Anonymous said...

Bagus jugak kalau ash dengan ann. mana tau nanti ash boleh bimbing ann berubah jadi lebih baik .

Unknown said...

Why not ash gan ann..betul kdng kita nk brbah msti ada y mbibing..

Unknown said...

dah agak dahh .. msti laa ash akan end up dgn ann jugak .. lovely yeahh

Anonymous said...

Xnak ash dgn cg safa...nak ash dgn ann barulah best,kesian ann ni,dia kekurangan kasih syg

Anonymous said...

pliss sambng lgg

Anonymous said...

Cik gadis .. smbung la lgi .. rindu nk bace karya novel cik gadis

Anonymous said...

plisss.. sambung lg..

Unknown said...

Sis please sambung...

Unknown said...

Sis please sambung? :(

Unknown said...

Please sambung lagi...

Anonymous said...

Kenapa cerita sekat2 sis? Bukan cinderella tak habis... Yang ini pun tak habis... Anything kasi lah info...

nabillansr said...

Bila nak sambung sis?

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Mizz said...

Akk baru bc isteriku 19 tahun...best sgt citer tu
..sweet abislah kikif tu...sgt suka...skrg bintang dsblh bln...pon sgt best dn menarik...sambung lg ye..

Anonymous said...

Hakak .. tanak sambung ke .. ? Dari tak kawen smpai dah ada anak 1 . Still tunggu smbungan cerita ni .. next chapter kak ..
#yoursupporter !!!

Unknown said...

Plss buat novel baru lagi...berharap sgt,sbb novel awk best sgt