Pagi
lagi, Ash sudah muncul di rumah orang tuanya. Semuanya gara-gara buku nota
hitam milik Safa.
“Bambam,
Bambam, Bambam!” Berulang kali nama anak saudaranya di panggil sebaik dia
melangkah masuk ke dalam banglo mewah tiga tingkat milik keluarganya.
“Kau
pehal panggil nama anak kakak macam tak jumpa setahun?” Ain Dania, kakak sulung
Ash muncul dari dapur. Pelik dia dengan Ash yang terjerit-jerit macam kera
tertelan mikrofon.
“Kak
Ain, Bambam mana?” Kak Ain di hampiri. Di salam ala kadar kakak sulungnya itu.
Matanya meliar, mencari kelibat Bambam. Belum pukul 8, takkanlah Bambam dah ke
Tadika?
“Kau,
panggil lagi nama anak akak macam tu. Kang melekat nama tu sampai ke besar, tak
ke hilang macho anak akak nanti.” Marah Ain.
Punya
lawa nama dia bagi kat anak dia, Zaem Hamizan. Zaem Hamizan, pemimpin yang
cerdik, kuat dan tampan. Tapi, nama Bambam itu juga yang Ash panggil. Eh, spoil
betullah Ash ni!
“Alah,
kalau Bambam dah hilang banyak kilo nanti aku stoplah panggil dia Bambam.” Ash
sengih.
“Banyaklah
alasan kau.” Terjuih ke depan bibir Kak Ain mendengar kata-kata Ash. Ada sahaja
modal budak ni nak menjawab. Eee..
“Bambam
mana? Dah pi Tadika?” tanya Ash. Matanya meliar di seluruh tingkat bawah rumah.
Tiada tanda-tanda Bambam ada di situ.
“Ada
kat atas tu ha, tengah siap. Kenapa cari anak akak? Selalu, kau cari dapur dulu
bila balik sini.” Sinis Kak Ain memerli.
Bukan
peril tak ada isi, tapi memang itulah kenyataannya pun. Sejak tinggal sendiri
beberapa bulan yang lalu, entah berapa kali Ash pulang ke banglo orang tua
mereka hanya kerana ingin mengisi perutnya yang kebuluran. Kalau bukan sebab
lapar, jangan haraplah Ash nak tunjuk muka.
“Perut
tak lapar sangat.” Ash sengih.
“Kak,
aku naik kejap. Nak cari Bambam.”
Ash
menuju ke tangga, berkira-kira hendak mencari Bambam di tingkat atas. Di
tangga, dia terserempak dengan ibu dan ayahnya yang sedang turun ke bawah.
“Ash,
bila sampai?” Datin Dahlia bertanya.
“Baru
je. Ibu, ayah, kejap eh. Ash nak pi jumpa Bambam jap, ada benda nak tanya dia.”
Tangan Datin Dahlia dia capai, di kucup. Perlakuan yang sama juga dilakukannya
pada ayahnya. Tercengang dua orang tua itu melihat perangai tergesa-gesa Ash.
“Abang,
sejak bila Ash tu kamceng dengan Zaem? Selalunya, dibulinya budak tu adalah.”
Datin Dahlia bertanya sangsi.
“Entah,
tak tahu.” Datuk Azhari menjongket bahu, laju menonong ke tingkat bawah.
Perangai
Ash yang selalu berubah-ubah mengikut mood itu kadang-kadang buat dia tak ambil
peduli dengan sikap Ash. Biarlah, Ash bukan budak-budak lagi yang perlu di
ambil tahu semua perubahan sikapnya. Mungkin, Ash rindukan Zaem. Kan Ash dah
lama tak balik sini. Rindulah kut dengan anak saudaranya yang seorang itu.
Melihat
tingkah suaminya yang bersahaja, Datin Dahlia ikut angkat jongket bahu. Anak-anak
dah besar, tahulah mereka nak uruskan hal sendiri. Langkah suaminya ke tingkat
bawah di turuti. Sedikit tersasar langkahnya bila suara Zaem menjerit
kedengaran dari bilik.
“Hish
Ash ni, kalau tak menyakat Zaem memang tak sah.” Menggeleng Datin Dahlia mendengar
jeritan Zaem yang nyaring. Namun langkahnya tetap diteruskan, tidak berniat
untuk campur tangan dalam hal Zaem dan Ash.
*****************
“Bam,
Pak Usu nak masuk boleh?”
Belum
pun mendapat izin dari tuan punya bilik, Ash sudah merempuh masuk ke dalam. Menjerit
anak Kak Ain yang baru berusia enam tahun itu bila Ash tiba-tiba muncul di muka
pintu.
“Apa
ni Pak Usu, kan dah terlondeh towel Zaem.” Laju Zaem menarik semula towelnya ke
atas. Ah, free-free Pak Usu Ash nampak dia separuh bogel!
Terbahak-bahak
Ash gelak melihat Zaem yang kelam-kabut menarik towelnya. Cuba menutupi
sebahagian bawah tubuhnya yang terdedah.
“Kau
nak tutup apa Bam? Tak payah nak tutup-tutup, Pak Usu pun tak selera nak
tengok. Kecik macam cili padi!” Makin galak Ash gelak bila Zaem buat muka
menyampah.
“Eee!!
Zaem tak suka Pak Usu!” Zaem menuju ke katil, duduk menghempas tubuh di birai
katil. Matanya berair, ada tanda-tanda yang Zaem Hamizan akan banjir kejap
lagi.
Ah,
tak suka Pak Usu Ash! Benci Pak Usu Ash!! Zaem memukul-mukul tilam, mukanya
cemberut.
“Eleh,
kata macho. Baru usik sikit, nak nangis.” Sengaja Ash mengapi-apikan lagi
perasaan Zaem. Biar terbakar macam selalu. Dia yang sudah duduk di sisi Zaem
menolak-nolak bahu Zaem dengan sikunya, tanda provokasi.
“Mana
ada Zaem nak nangis.” Laju Zaem menyapu air yang bergenang di hujung mata sebelum
jatuh menyentuh pipi. Hilang machonya nanti depan Pak Usu kalau Pak Usu tahu
dia menangis. Nanti kena bahan sampai masuk darjah satu nanti.
“Macam
tulah Bam, baru macho.” Ash sengih, menahan gelak dalam hati.
Kalau
bukan sebab nak tahu pasal pemilik buku nota hitam semalam, mesti dah lencun
dengan airmata Bambam dia kerjakan saat ini. Tapi, Bambam hanya satu-satunya
sumber maklumat dia mengenai Safa. So, dia kenalah berbaik-baik dengan Bambam. Kang
Bambam tak nak bagi kerjasama, siapa yang susah? Ash Damien juga..
“Pak
Usu nak apa? Zaem nak pakai baju.” Zaem, biarpun baru berusia enam tahun sudah
tahu apa itu privacy. Begitu cara dia dididik Kak Ain. Elegan!
“Bam,
kat sekolah kau ada tak cikgu nama Safa?” Ash tanpa bertangguh terus ke tujuan
asalnya mencari Bambam.
Semalam,
sewaktu sedang membelek-belak buku nota hitam milik Safa, dia ada jumpa nama
Bambam dalam senarai nama pelajar yang akan membuat persembahan untuk Hari Guru
nanti. Kat dalam buku tu tulis, ‘Zaem Hamizan- Katak Puru’.
Siapa
lagi Zaem Hamizan itu kalau bukan Bambam? Tapi yang lawaknya, Bambam berlakon
jadi katak puru? Kah-kah-kah!
Kelakarnya!
“Tak
de.” Zaem menggeleng. Cikgu Safa? Siapa tu?
“Tak
de? Betul tak de cikgu nama Safa? Alah, senang cerita macam ni. Cikgu Safa tu,
orangnya kecik-kecik, cantik, pakai tudung. Kalau Bam tengok dia, terus jatuh
hati.”
“Semua
cikgu kat sekolah pakai tudung, semuanya cantik. Tapi, tak ada pula cikgu yang
Zaem jatuh cinta.” Sekali lagi Zaem menggeleng, jujur sahaja ayat yang meluncur
dari mulutnya.
Kenapa
dengan cikgu nama Safa tu? Kenapa Pak Usu cari dia? Berkerut dahi Zaem memandang
Pak Usunya.
“Nama
dekat-dekat dengan Safa ada tak? Cuba sebut semua nama cikgu kat sekolah tu.”
tanya Ash lagi sambil mengulum senyum. Kata-kata Zaem tadi mencuit hatinya.
Kalaulah
Zaem tahu cinta pertamanya dulu ialah cikgu tadikanya, mau sampai ke tua dia kena
bahan dengan Zaem nanti.
Tapi,
kalau dia bukan cikgu kat sekolah Bambam, mana lagi dia nak cari Safa?
“Cikgu
Rokiah, Cikgu Hajar, Cikgu Ana, Cikgu Wani, Cikgu..” Kusyuk Ash mendengar satu
persatu nama cikgu-cikgu yang Zaem sebut.
Rokiahsafa?
Err, bukan. Safahajar? Err, bukan juga. Safa Ana, ke Ana Safa? Tak sesuai.
Safawani? Err.. mungkinkah itu orangnya yang dia cari?
“Bam,
cikgu nama Wani tu nama penuh dia apa?”
“Cikgu
Wani? Hurmm.” Zaem menggaru kepala.
Cikgu
Wani tu, apa nama penuh dia ye? Terbayang-bayang di ruang matanya wajah ayu
cikgu kelasnya yang selalu menemankan dia menunggu ibunya datang menjemput.
“Entah.
Zaem lupa.” Zaem menjongketkan bahu setelah lama berfikir. Tersengih dia
memandang Ash.
Hampeh! Ash menggeleng kepala. Kak Ain, anak
kau ni makan semut banyak sangat ni kut. Nama cikgu sendiri pun dia tak ingat.
“Bukan Safawani?” Ash menyebut sebaris nama
yang dari tadi bermain di fikirannya. Sekadar mencuba nasib, manalah tahu
tekaannya betul.
“Hah! Safawani. Ya, nama cikgu Wani tu Nurul
Safawani.” Bersorak girang Zaem bila nama itu keluar dari bibir Pak Usunya.
“Yeahh!!!” Ash ikut bersorak, lagi riang dari
Zaem.
Kalau Safa dan Nurul Safawani itu adalah
orang yang sama, yang dia cari-cari sejak semalam, memang penuh setamanlah
bunga dalam hati dia. Yuhoo!!
“Tapi, kenapa Pak Usu cari cikgu Zaem?” Zaem
yang hairan melihat tahap kegembiraan Pak Usu Ash yang terlebih-lebih itu
bertanya.
“Adalah. Bam, hari ni Pak Usu hantar gi
sekolah nak tak?”
Ash sudah mula memasang strategi dalam
kepala. Dia dah berkira-kira nak ‘gunakan’ Bambam dalam misinya menawan hati
Safa. Gunakan untuk tujuan kebaikan ye, bukan nak pedajalkan Bambam ke hapa. Sekarang
ni, Bambam umpama lombong biji timahnya yang sangat-sangat berharga.
Pertama, dia akan pastikan dahulu jika Nurul
Safawani itu ialah orang yang di cari. Kalau ya, dia akan mulakan langkah kedua
iaitu mencari tahu semuanya pasal Safa. Paling penting, kena tahu sudah
berpunya atau belum. Dah confirm bukan milik orang, dia akan suruh Ibu masuk
meminang. Kemudian, we happily ever after..
Yeah, perancangan yang rapi lagi mantap!
“Naik kereta kuat Pak Usu tu ke?” Bersinar
mata Zaem mendengar pelawaan Pak Usunya. Nak, nak, nak!!
“A’ahlah. Tapi, dengan satu syarat.” Ash
senyum sumbing.
“Alah. Ni yang lemas ni kalau ada
syarat-syarat ni.” Wajah Zaem kembali suram. Dia tunduk menongkat dagu.
“Alah, kacang je syarat dia. Bam nak ke tak
ni?” Ash angkat kening dua kali.
“Apa?” Zaem bertanya malas.
“Bagi Pak Usu jumpa cikgu Wani. Boleh tak?”
“Tu je?”
“Tu je.” Ash mengangguk.
“Okey.” Zaem senyum hingga ke telinga.
Alah, kacang je nak bagi Pak Usu jumpa cikgu
Wani. Cikgu Wani kan selalu jaga pagar pagi-pagi, tunggu pelajar datang. Nanti,
sampai sekolah karang dia suruhlah Pak Usu hantar sampai depan pagar. Boleh Pak
Usu jumpa cikgu Wani!
“Okeyy!!” Tangan di hulur, tanda perjanjian
sudah termeterai antara dua pihak.
Ah, tak sabar nak pergi Tadika Harapan hari
ni!!
*******************
Ann mendail nombor Ash entah untuk ke berapa
kali, mungkin sejuta kali agaknya. Masih tidak bersambut. Eh, bencinya!!
“Selalu macam ni, menyampah!” Telefon bimbit
di lempar masuk ke dalam beg. Mukanya masam. Dalam hati, dah berbakul-bakul
sumpah untuk Ash yang mungkir janji.
“Buk Jah, Ann jalan dulu.” Dia bangkit dari
sofa, menuju ke pintu utama.
“Ann, tak nak breakfast dulu?” Buk Jah muncul
dari dapur, terkedek-kedek dia mengejar langkah Ann. Sambil-sambil itu, sempat
lagi Buk Jah menganalisa Ann dari atas hingga ke bawah. Tergeleng dia melihat
pakaian Ann. Singkat hingga ke peha!
Kolej Ann ni tak ada dress code ke? Boleh pulak
pakai seksi-seksi macam ni masuk kuliah? Atau, dah memang inilah agaknya dress
code untuk pelajar jurusan Fesyen. Kut iya pun, tak boleh ke sopan sikit
bajunya tu? Haish, apa nak jadilah dengan anak Tan Sri Darius ni?
“Nanti Ann breakfast kat kolej, dah lambat.” Ujar
Ann. Stiletto merah dibawa keluar dari dalam rak kasut, dikenakan di kaki.
“Ann drive ke, Ash datang ambil?” tanya Buk
Jah lagi.
Iyalah, kenalah ambik tahu. Kalau Tan Sri
tanya anak dia ke mana, keluar dengan siapa, ternganga dia tak dapat jawab
nanti. Dahlah Ann Delisha tu buah hati pengarang jantung Tan Sri Darius. Almaklumlah,
anak tunggal perempuanlah katakan.
“Naik teksi!” Ann merengus. Laju kakinya
melangkah ke pagar utama. Dia tak ada hati nak berbasi-basa dengan Buk Jah
macam selalu.
Bukan dia marahkan Buk Jah yang banyak tanya,
tapi dia marahkan Abang Ash yang mungkir janji. Okey, memanglah Abang Ash tak
kata yang Abang Ash hantar dia pergi kolej pagi ni. Tapi, semalamkan dia ada
hantar SMS kat Abang Ash, suruh Abang Ash jemput dia pagi ni sebab dia nak
breakfast sama-sama dengan Abang Ash. Eee, tipu sangatlah kalau Abang Ash cakap
dia tak terima SMS dia. Bukan satu SMS dia hantar, lima kesemuanya! Takkanlah satu
pun Abang Ash tak dapat kut?
Lagipun, bukankah dia dah call banyak kali
tadi? In case Abang Ash lupa, tak dapat SMS dia semalam, tapi diakan ada call? Kenapa
tak angkat? Saja tau, nak buat hati dia sakit pagi-pagi ni. Merosakkan pagi
Isnin dia aje!
“Ni
tak lain tak bukan, gaduh dengan Ash lah ni.” Buk Jah menggeleng sahaja melihat
tingkah Ann. Dah biasa.
“Esok-esok, okeylah tu.” Ujar Buk Jah lagi,
bersahaja. Pintu utama di tutup rapat, di kunci sebelum dia kembali ke dapur.
********************
73 missed call.
“Tak patah ke jari Ann call banyak-banyak
kali ni?” Menggeleng Ash melihat nama Ann muncul di skrin telefon. 73 missed
call tu!
“Pak Usu, siapa yang call Pak Usu
banyak-banyak kali tu?” Zaem yang duduk di kerusi penumpang bertanya. Bingit
telinganya mendengar telefon Pak Usunya melalak dari tadi.
“Acik Ann.” Selamba nada suara Ash.
“Acik Ann? Kenapa tak angkat?”
“Pak Usu kan drive, mana boleh angkat call.”
Yeah, sebenarnya dia memang tak nak angkat
pun. Dia tahu sebab apa Ann call dia. Semuanya sebab SMS yang dia terima
semalam. Ann kata, dia nak sarapan pagi sama-sama hari ni. Tapi, kalau dia
layankan permintaan Ann macam mana dia nak hantar Zaem ke Tadika? Kalau tak
dapat hantar Bambam, macam mana nak jumpa cikgu Wani?
Oh no, biarlah Ann merajuk lagi. Senang je
nak pujuk Ann, tapi nak jumpa cikgu Wani ni yang susah. Dah alang-alang dia pi
jumpa Bambam, baik dia pi jumpa cikgu Bambam sekali.
“Kesian Acik Ann. Zaem angkat, boleh?” Zaem sudah
mencapai telefon Ash di atas dashboard.
“Eh, eh, eh tak payah. Nanti Pak Usu call
Acik Ann lepas ni.” Laju Ash menahan. Telefon di tangan Zaem diambil, diseluk masuk dalam poket seluarnya.
Bambam, jangan susahkan Pak Usu boleh tak? Kalau
Bambam pick up call Acik Ann, musnah semua plan Pak Usu. Bambam, Bambam..
“Okey.” Zaem mengangguk.
Tumpuannya sudah
beralih ke arah bangunan sekolahnya yang sudah semakin dekat. Dari jauh, Zaem
nampak cikgu Wani sedang berdiri di
hadapan pagar macam biasa.
“Itu, cikgu Wani!!” Jerit Zaem.
“Mana? Mana?” Teruja Ash sekejap. Hilang persoalan
tentang Ann dari fikirannya.
“Tuuuu!!” Jerit Zaem lagi. Jarinya ditunjuk ke
arah gadis yang memakai baju kurung kain kapas corak bunga-bunga kecil berwarna
biru. Tudungnya juga dari warna yang sama.
“Okeyyy.” Ash memberhentikan keretanya di
bahu jalan setelah mengenal pasti ‘target’. Seatbelt di buka.
“Okey Bam, let’s go!” Sebelum melangkah
keluar, sempat dia merapikan apa yang patut. Kut-kut ada biji lada sangkut celah gigi ke, rosak nanti first impression cikgu Wani kat dia.
“Let’s go!!” Zaem ikut melangkah keluar dari
kereta. Bila Ash menghulurkan tangan padanya, laju Zaem menggeleng kepala.
“Pak Usu, Zaem ni macho! Kalu pegang tangan,
nanti macho Zaem hilang.” Ujar Zaem sambil mengangkat keningnya.
Terpana Ash seketika sebelum tergelak
mendengar kata-kata Zaem. Yeah, whateverlah Zaem, yang penting sekarang Pak Usu
nak jumpa cikgu Wani kau tu. Jom, jumpa cikgu Wani cepat!
Langkah kaki Ash semakin laju bila mereka
menghampiri pagar Tadika Harapan. Lagi-lagi bila suara cikgu Wani yang mesra
menyapa pelajar dan ibu bapa yang datang menghantar anak-anak masing sudah
kedengaran sayup-sayup di telinga.
Hurrm, kalau dari suara Ash tak boleh cam
jika Safa dan cikgu Wani adalah orang yang sama.
Beberapa langkah sebelum mereka tiba di
hadapan pagar sekolah, Ash mencuit bahu anak saudaranya. Dengan gerak mulut,
dia menyuruh Zaem supaya menyapa cikgunya yang berdiri membelakangi mereka.
Zaem yang faham mengangguk. Tanpa perlu di suruh untuk kali kedua, Zaem membuka
mulutnya.
“Selamat pagi, cikgu!” Tersusun cantik
barisan gigi Zaem yang putih bila tersenyum lebar pada cikgu Wani.
“Selamat pagi.” Cikga Wani berpaling. Dia ikut
senyum, membalas senyuman Zaem dan.. Err, mungkin ayah Zaem?
Ash kaku, berdiri di sisi Zaem tanpa suara. Tapi,
senyumannya ikut sama melebar. Di telinganya, terngiang-ngiang lagu Tetty Kadi.
‘Siapa pernah jatuh cinta
Pada pandangan yang pertama
Apakah memang sama
Dengan ku punya cinta
Yang kini ku alami sendiri..'
**********************
Pada pandangan yang pertama
Apakah memang sama
Dengan ku punya cinta
Yang kini ku alami sendiri..'
**********************
1 comment:
menarik!
Post a Comment