Kadangkala, yang terhiris itu bukan jari tetapi hati yang sepi. Kadangkala, yang menangis itu bukan mata tapi jiwa yang lara- Afi.
“Kau luka lagi!”
Suara Alfee melengking geram dengan tangan yang sibuk membalut luka di tangan kananku.
“Hurm..”
Aku yang dah malas panjang menjelakan isu menjawab seadanya.
“Afi, ini kali kedua kau datang klinik aku dalam minggu ni sahaja. Kau sedar tentang itu tak?” Naik seoktaf suara Alfee dari biasa.
“Sedar.”
Selamba aku menjawab biarpun aku tau kalau Alfee sudah geram tengok aku yang buat macam tak ada apa-apa.
“Kalau sedar kenapa buat juga? Kau buat aku risau tau!” Seoktaf lagi naik.
“Kau ni macam mak neneklah Alfee, aku bosan tau dengar kau membebel!” Suara aku pun naik selevel dengan suara Alfee.
Kalau dia panas, aku lagi panas. Berganda-ganda panasnya dari dia. Panas hati, panas, punggung, panas telinga. Nampak tak betapa panasnya aku sekarang?
“Siapa tak marah kalau kau tak pandai jaga diri, tak reti nak sayang diri sendiri?!” Suara Alfee bertukar nada, biarpun masih kedengaran agak keras.
“Kau ni over betullah. Aku yang cedera, kau pula yang menangis kesakitan. Tak jantan okey!” Haila Alfee, kau ni manja sangatlah.
“Diam! Ini semua kau punya pasal. Tiap-tipa minggu datang dengan luka macam ni.” Makin geram jadinya dia.
“Rilekslah Alfee. Kalau semua orang sayangkan diri dorang, nanti kau kena tukar kerja tau.” Gelak. Aku tak ada masa nak layan sangat Alfee membebel.
“Afi, aku bimbangkan kau.”
Suara Alfee kembali serius, dengan nada lembut tapi tegas di telingaku. Tangannya di atas kepalaku. Membuatkan panas di hati aku meredah dengan sendirinya.
“Dr. Alfee, Lisa dah sampai.” Suara nurse klinik Alfee kedengaran di muka pintu, membuatkan tangan Alfee di kepala ku di tariknya pantas.
“Kau jaga awek kau tu dahlah, aku tak perlukan bimbang kau tu.” Terasa.
Laju aku turun dari katil pesakit di bilik rawatan klinik Alfee. Kehadiran aku di antara mereka, selalunya seumpama kehadiran seekor angsa hitam di tengah ribuan angsa putih di kawasan bersalji. Awkward!
“Afi..” Mendayu suara Alfee. Tone yang biasa dia guna bila tau kalau dah berkecil hati dengan dia.
“Kau pun tau aku dan Lisa tak sebulu. So, sebelum aku sembur awek kau tu, baik aku blah.” Beg silang milikkku atas katil aku capai.
“Aku hantar kau balik.” Alfee ikut bangun.
“Tak payah!” Keras dan kasar. Pintu bilik rawatan itu aku buka.
“Afi!”
Suara Alfee kedengaran lagi, tapi aku abaikan cuma bila mataku menyapa wajah perempuan kesayangan Alfee yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik. Tanpa pamintan mahupu senyuman, aku meninggalkan mereka.
‘Sayang diri sendiri?’ Sengih.
“Kau tak tau Alfee, cedera dan luka adalah satu-satunya cara aku untuk jumpa kau. Aku tak ada cara lain untuk mengekalkan kedudukanku dalam hidupmu.” Enjin motorsikal di hidupkan, laju membelah jalan raya. Tujuan utama ku, pasar seni!
Aku perlu ke sana untuk menenangkan perasaanku sendiri bila rasa sakit di telapak tangan kini sudah beralih ke tempat lain. Hati aku!
“Oh damn! Aku benci gila bau tu.”
Aku bukan lagi keutamaan buat Alfee sejak munculnya perempuan yang berbau wangian Estee Lauder tu. Aku.. Aku tak setanding dia..
**********
Sayang tak semestinya cinta tapi cinta semestinya sayang kerana cinta itu sendiri ialah kasih sayang –Alfee
“Alfee, mak dan ayah aku dah bercerai.” Mendung muka Afi.
“Bila?”
Soalku sambil memandang wajah mendung Afi yang sudah bertukar dengan hujan lebat. Aku duduk tepi Afi yang sedang menangis tersedu-sedan. Kasihan Afi, mesti dia sedih sangat ni.
“Semalam, mak aku keluar dari rumah bawa beg besar. Pastu, pagi tadi bila aku bangun dari tidur, ayah pun dah tak ada. Nenek kata, mula dari sekarang aku kena tinggal dengan dia sebab mak ayah aku mungkin takkan kembali lagi.” Makin kuat tangisan Afi.
“Afi, jangan nangis ya, akukan ada. Kalau kau tak ada ayah, aku boleh jadi abang kau. Aku sayang kau, aku akan jaga kau.” Tangan ku menggenggam tangan Afi, air mata yang jatuh di pipinya kau sapu.
“Kau janji akan jaga aku?” Afi merenung aku, ada sisa air mata di pipinya.
“Ya, aku janji aku akan jadi abang kau yang paling baik.” Jari kelingkingnya aku kait dengan jari kelingking ku sendiri.
“Tapi, aku dah tak ada ayah. Dah tak ada mak.” Air mata yang sudah kering kembali keluar.
“Tak apa, sekarang kau dah ada abang.” Air matanya kembali aku sapu, kali ini aku pastikan tiada sisa lagi.
“Abang?”
“Ya Afi, mula dari hari ini aku abang kau. Aku akan jaga kau sampai bila-bila.” Janjiku pada Afi sudah semakin meredah tangisannya. Airmata di pipinya juga sudah mengering.
Abang? Mengeluh..
Aku tak tahu selama mana lagi aku mampu “memikul” gelaran itu dalam hidupku. Aku jadi lemah setiap kali berhadapan dengan Afi, kerana aku seakan ingin memungkiri janji yang aku buat 15 tahun lalu.
“Hai sayang.” Lisa!
“Hai.” Aku menyapa Lisa yang berdiri di hadapan ku dengan senyuman.
“Lunch jom.” Lisa duduk di hadapan ku.
“Err.. I..” Tergagap-gagap aku mencari alasan.
Aku memang lapar, tapi aku bimbang kalau Afi datang ketika lunch hour, risau kalau dia cedera lagi. Bukanlah Afi dan kecederaan itu adalah kawan baik yang sukar di pisahkan?
“Sayang, dah lunch hourlah. Jom!” Lisa memujuk sekali lagi.
“Hurm.. Jom.” Jam di tangan aku kerling, pukul 1. 15 pm.
Rasanya, kalau aku makan secepat yang mungkin, aku boleh balik semula ke klinik dalam masa 15 minit atau setengah jam. Afi pasti boleh tunggu.
“You, mama I nak jumpa you.” Tangan Lisa melingkar di lengan ku.
“Nak jumpa I?” Ujarku dalam kepelikan.
Ayat Lisa, aku ulang dalam bentuk pertanyaan. Sekadar mencari kepastian. Mau apa Datin Jawaher berjumpa aku? Tangan Lisa di lengan aku leraikan, ada rasa rimas di perlakukan begitu.
“Hurm. Nak bincang soal tunang kita.” Senyum.
“Oh.” Terkedu.
“Mama cakap, datang rumah hujung minggu ni.” Senyum lagi.
“Okey.” Masih terkedu.
Entah kenapa, aku rasa kata-kata Lisa menghentam telinga dan senyumannya menyilaukan mataku. Menyakitkan.
Lisa, wanita yang aku kejar-kejar selama ini. Hampir setahun aku cuba dapatkan dia. Banyak yang aku lalui untuk mendapatkan dia. Tapi, saat peluang ada depan mata kenapa aku yang teragak-agak untuk mengambilnya? Kenapa aku rasa kalau aku belum bersedia untuk hidup bersama orang lain selain Afi? Tap kenapa Afi mesti?
Cintakah aku pada Afi? Atau sekadar sayang seorang abang?
**********
Aku bukan simpan bara dendam, aku cuma memendam perasaan, tapi kenapa aku rasa ada sakit di dalam? –Afi.
“Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku……”
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku……”
Tersenyum aku bila budak-budak remaja belasan tahun yang lepak dari tengok aku perform bertepuk tangan. Tepuk tangan je ke dik? Hulur-hulurlah sikit sekupang dua. Akak nak beli Samsung Galaxy ni.
“Afi, yo!”
Aya duduk tepi aku yang sedang memasukkan guitar aku dalam case.
“Hai.” Sengih.
“Kenapa tangan tu. Gaduh lagi?” Berkerut dahi Aya tengok tapak tangan aku yang berbalut.
“Hurm..” Jawapan paling minima aku berikan. Aya dan Alfee, mereka dari spesies yang sama. Kuat membebel!
“Kali ni dengan mafia mana kau buat musuh?” Aya guna nada geram bercampur marah ketika bertanyakan soalan itu pada aku.
“Entah geng tiga suku mana yang datang kacau aku semalam.” Aku bangun, guitar case aku sandang di bahu, sudah pukul 12 malam. Ada assignment betimbun minta perhatian di rumah.
“Afi, sampai bila nak hidup macam ni?” Aya juga ikut bangun, menyaingi langkah ku yang sudah jauh di hadapan.
“Hidup macam mana?” Berdolak-dalik.
Bukan aku tak faham apa yang Aya tanyakan, tapi aku memang tak nak faham. Dalam erti kata lain, aku sedang berpura-pura, berlakon tak faham apa yang Aya sedang katakan.
“Gaduh sana, gaduh sini. Kau tak penat ke?” Aya memandang wajah di sebelahnya. Afi, caranya salah dalam meluahkan kesedihan.
“Tak.” Sepatah jawapan aku bagi untuk kawan serumah aku ni.
“Tapi aku penat tengok kau macam ni, ke hulu ke hilir kau buat musuh.” Aya mengeluh.
“Kalau kau penat, jangan tengoklah.” Gelak.
Aku pun penat Aya, tapi aku belum jumpa cara lain selain ini untuk tarik perhatian Alfee. Dengan cara ini sahaja aku boleh kekalkan komunikasi antara aku dan Alfee.
“Pergilah confess kat Alfee.” Ujar Aya tiba-tiba.
“Confess apa?” Pelik.
“Jangan nak buat-buat bodoh pulak. Macamlah aku tak tahu kalau kau ada simpan perasaan kat Alfee tu.” Tempelak Aya dengan cebikan di bibir.
“Nope! Aku tak mungkin buat macam tu.” Aku menggelengkan kepala.
Aku 120% tak setuju dengan saranan Aya. Bukan sebab aku malu atau segan dalam meluahkan rasa, tapi aku tak bersedia. Aku tak rasa aku boleh hidup tanpa kebiasaan ku selama ini, iaitu Alfee.
“Dah tu? Kau nak pendam terus? Simpan cinta kau dalam hati? Macam tu?” Lantang suara Aya bertanyakan soalan tu.
“Entah.” Angkat bahu. Tiada jawapan untuk soalan Aya.
“Kau tau tak Afi, memendam perasaan kat orang yang tak sedar akan kehadiran kita dan dengan orang yang yang mengambil berat akan kita itu berbeza? Peratusan kau akan di tolak oleh orang yang tak sedar pun akan kewujudan kau dalam dunia ni adalah lebih daripada 90%. Tapi, kalau kau confess kat orang yang mengambil berat akan kau, peluang kau untuk dapatkan dia fifty-fifty. Kalau kau boleh pilih 50, kenapa nak pilih 10?” Aya angkat kening double jerk.
“Kau tak faham Aya.” Mengeluh. Aku takut kehilangan Alfee!
“Oh, mungkin kau betul. Aku memang tak faham. Tak faham yang teori cinta kau ialah, memendam perasaan di dalam hati itu lebih baik dari meluahan.” Cebik bibir.
“Aya, stoped it!” Kasar.
Aku pulak yang naik geram bila kena hentam psikologi tak sudah-sudah dengan Aya ni. Apsallah rumah sewa kami ni terasa jauh sangat hari ni? Kalau dekat, tak adalah Aya membebel macam makcik-makcik yang buat mesyuarat tingkap. Aish, menyampah!
“Okey.” Selamba, macam dia tak ada cakap apa-apa pun sebelum ni.
“Good!” Sengih.
“Tapi kau tau tak Afi kalau orang yang memendam perasaan cinta itu macam apa?” ujar Aya bila sudah agak lama kamu membisu, sudah sampai di hadapan pagar rumah sewa pun.
“Apa?” Soalku.
Biarpun sudah bosan dengan isu yang Aya bangkitkan, aku gagahkan juga telinga aku ni mendengar teori Aya yang seterusnya.
“Macam orang yang menahan kentut.” Sengih.
“Huh?” Tak faham.
“Secara teorinya, orang akan menahan kentutnya sebab takut orang lain kutuk dia sebab ada kentut yang sangat busuk. Tapi, berapa ramai yang boleh menahan kentut tanpa rasa sakit di perut?” Soal Aya sambil mencucuh kunci rumah ke tombol pintu rumah.
“Sangat sedikit.” Balasku perlahan.
“Atau juga mungkin tak ada, sebab dorang tahu risikonya. Sakit perut yang tak tertahankan.” Balas Aya selamba.
“Aku tak sakit perut Aya.” Gelak. Aku menghempaskan badan di atas sofa.
“Memanglah, sebab kau sakit hati.” Kutuk Aya tak berperasaan.
“Kau…” Geram.
Aya, kenapa kau tak habis-habis sakitkan hati aku malam ni? Takkanlah hari ni hari sakitkan hati Afi sedunia kot?
“Afi, kalau kau tak nak sakit lagi di dalam, “kentutlah”. Tak semestinya
“kentut” kau tu “busuk”. Mungkin juga ia sekadar angin, yang melegakan perut.” Aya duduk di tepi aku. Matanya menyapa mata ku.
“Hurm..”
Hanya ini jawapan yang mampu kau berikan untuk Aya buat masa ini. Dan mungkin juga ini….
“Afi, kau kentut ke?!” Pap! Kata-katanya di iringi dengan tamparan di punggungku yang menghala ke arahnya.
“A’ah. Bukan kau suruh aku kentut ke tadi?” Gelak. Meriah ketawa aku memenuhi ruang tamu rumah sewa kami.
“Ceit! Kau ni macam &*^^%! tau Afi.”
Aya menolak bahu ku kuat sambil laju menuju ke pintu rumah. Membuka pintu rumah selebar-lebarnya untuk mengeluarkan gas karbon monoksida yang baru aku lepaskan.
“Kau betullah Aya, aku memang rasa lega lepas kentut.” Hahaha!
“Shut up you Afi!” Merah padam muka Aya sambil mengibar-ngibarkan tangannya ke muka. Marah dengan perangai tak senonoh Afi.
“Hahaha.” Makin kuat gelak ku mendengar kata-kata Aya.
Kalau betul selega ini rasanya, aku mungkin boleh pertimbangkan untuk meluahkan apa yang aku rasa pada Alfee..
Aku tidak mahu lagi menjadi hipokrit, aku ingin menjadi realistik -Alfee
“Kau memang suka susahkan aku kan? Kalau kau saja je nak cedera, biar aku bunuh kau terus, senang cerita.”
Tangan aku lincah membalut luka di dahi Afi dengan mulut yang tak henti-henti membebel. Baru beberapa hari yang lepas dia datang dengan luka di telapak tangan, sekarang datang lagi dengan luka di dahi.
“Aww, perlahan sikit boleh tak? Aku kan tengah sakit ni.” Afi menolak tanganku menjauh dari dahinya yang masih mengalirkan darah merah.
“Tau pun sakit, yang kau tak reti jaga diri kenapa?” Geram. Tapi bila tengok kerutan Afi yang menahan sakit, aku kembali berlembut dengannya.
“You berdua memang rapatkan?” Suara Lisa kedengaran dari muka pintu.
“Lisa, awak you datang hari ni.” Ujarku sambil tersenyum pada Lisa yang menghampiri. Luka di dahi Afi aku tampal dengan plaster. Nasib baiklah tidak sedalam mana lukanya.
“Hai Afi.” Lisa berbasi-basi, menyapa Afi.
Aku berjalan menuju ke singki, membasuh tangan. Tapi dari ekor mata, aku perhatikan ada perubahan pada wajah keduanya. Afi dengan riak kurang senang, dan Lisa dengan wajah penuh keegoan dan kesinisan.
“Hai.” Afi menoleh ke arah Alfee sekilas sebelum bangun dari katil pesakit.
“Alfee, dah siapkan? Aku nak baliklah.” Afi sudah berjalan menuju ke pintu.
“Nanti! Aku hantar kau balik.” Laju aku mengekori langkah Afi, tapi pautan tangan Lisa menghentikan langkah ku.
“Tak payahlah.” Mata Afi jatuh pada tangan Lisa yang sudah melingkar di lengan ku. Sesaat, kami saling berpandangan.
“Hurm.. Jangan buat benda lagi yang membimbangkan aku okey.” Aku senyum, meskipun aku tahu kalau senyuman aku tidak membawa makna apa-apa pada Afi saat ini.
“Betul! Sayangilah diri sendiri, terutamanya esok.” Ujar Lisa dengan senyuman. Tangannya erat di lenganku. Aish, rimas.
“Lisa..” Saat ini aku sangat berharap kalau Lisa tidak meneruskan kata-katanya.
“Esok, Alfee tak akan ada kat sini sebab esok dia nak jumpa my family tuk bincang bout our engagement. So, kau janganlah cedera pulak.”
“Hurm.. Aku akan berhati-hati esok. Selamat bertunang!” Sesaat, Afi hilang di balik pintu.
“You tak sepatutnya cakap macam tu dengan Afi.” Bentakku pada Lisa. Geram dengan kata-katanya pada Afi. Pautan tangannya di lengan ku leraikan.
“Oh, apa yang tak patut I buat? Bagi tahu dia supaya sayangi diri sendiri atau bagi tahu kalau kita nak bertunang?” Lisa menjegilkan matanya padaku.
‘Both!’ Kata-kata itu aku simpan cuma dalam hati.
“I tak paham dengan you Alfee.” Lisa duduk di hadapan ku. Wajahnya masam.
“What now?” Bosan sahaja nada ku.
“You care sangat dengan perasaan Afi sampai I rasa you tak fikirkan langsung apa yang I rasa bila you rapat macam ni dengan dia.”
“Oh, come on Lisa. Jangan nak memandai-mandai buat spekulasi.” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Menafikan apa yang ada dalam kepala Lisa.
“Nope, I cakap dari apa yang I tengok. You lain bila dengan I, you tak segembira bila dengan Afi.” Lisa bangun, matanya tunak di wajah ku.
“Lisa, apa yang you merepek ni?” Aku juga ikut bangun. Lagak Lisa agak lain di mata ku.
“Maybe, we should think again about our engagement. I tak rasa you dah sedia untuk ada komitmen lain selain daripada menjadi ‘abang’ Afi.” Lisa mencapai tas tangannya atas meja, laju menonong ke pintu.
“And Alfee, I rasa you keliru dengan apa yang you mahu. I balik dulu.”
Tombol pintu di pulas, dan aku cuma membiarkan Lisa meninggalkan aku tanpa ada niat mahu mengejarnya. Aku cuma duduk di kerusi ku dengan fikiran yang di penuhi dengan kata-kata Lisa.
“And Alfee, I rasa you keliru dengan apa yang you mahu….”
Mungkin Lisa betul, aku keliru dengan apa yang aku mahu. Aku keliru dalam membezakan antara sayang dan cinta, atau juga mungkin aku keliru antara antara rasa ingin memiliki dan ingin hidup bersama.
Aku bangun, laju menuju ke pintu, cuba untuk mengejar dia. Tapi saat aku berdiri di hadapan klinik, ruangan itu sudah kosong. Tiada dia situ lagi.
Aku cuma harap, aku masih belum terlewat..
Cinta itu airmata sebelum ia menjadi tawa dan sebaliknya –Afi
“Kau luka lagi!”
Ya Alfee, aku luka lagi. Aku luka sebab kau. Kau yang buat aku terluka!
“Jangan buat benda lagi yang membimbangkan aku okey.”
Kalau aku tak buat, kau akan lupa terus pada aku Alfee. Itu sahaja caranya supaya aku sentiasa ada dalam ingatan kau. Sejak perempuan Ester Lauder tu muncul, kau semakin jauh dari aku.
“Afi!” Aku mengangkat kepala, hilang terus semua kata-kata Alfee.
“Aya..” Aku bersuara, sebak.
“Kenapa? Telefon kau tu, dari tadi menyanyi minta perhatian.” Aya datang menghampiri. Duduk di sebelah Aya yang sudah menitiskan air mata.
“Jangan!” Laju tangan ku bila menahan Aya, bimbang dia menekan butang hijau itu.
“Afi, its Alfee. Kenapa kau tak nak cakap dengan dia?” Pelik dia melihat Afi, beria-beria menangis, tak nak angkat phone call Alfee, apa semua ni?
“Aku tak sanggup Aya… Alfee.. Dia” Pecah tangisanku.
“Kenapa ni? Apa jadi Afi? Cuba cakap dengan aku?” Aya menggenggam tanganku, mungkin cuba menyalurkan kekuatan.
“Alfee..” Ayatku tersekat di kerongkong. Sebak.
“Ya, kenapa dengan Alfee? Dia kenapa?”
Makin pelik jadinya dia melihat Afi. Dari tadi nama Alfee meniti di bibir Afi tapi ada 37 missed call dari Alfee tak berangkat.
“Dia nak bertunang dengan Lisa.” Akhirnya, meluncur juga ayat itu mulutku.
“Ya ALLAH!” Patutlah beria-ia Afi menangis.
“Afi..” Aya menarik aku dalam pelukannya, dan di bahunya sekali lagi aku menghamburkan tangisan.
‘Afi, Afi, sebab itulah aku suruh kau “kentut” dulu.’ Ayat itu, dia simpan cuma dalam hati. Afi sudah sangat terluka, dia tidak ingin menambahkan luka Afi lagi.
“Afi, mula dari hari ini aku abang kau. Aku akan jaga kau sampai bila-bila.”
Alfee, cuma aku seorang ke yang ingat pada janji ini?
Menyintai itu ternyata sangat menyakitkan jika tiada kepastian -Alfee
Okey, ini sudah panggilan yang ke 38 kali, dan Afi masih lagi meng ‘ignore’ panggilan aku.
“Afi, pleaselah angkat..” Kali ke 39, aku mendail biarpun kesabaran ku semakin habis. Harap-harap, panggilan kali ini bersambut.
“Damn!” Rasa macam aku nak baling sahaja nokia X6 ini ke dinding bila panggilan aku akhirnya di pindahkan ke pesanan suara.
“Afi, apa salah aku kau buat macam ni?”
Kepala yang tiba-tiba terasa gatal aku garu sebelum tanganku jatuh ke wajah, meruap muka yang aku rasa sudah tidak boleh di sembunyikan kekusutannya.
“Aya!” Tiba-tiba melintas nama itu di fikiran.
“Mungkin dia tahu apa yang jadi pada Afi.” Laju tangan ku mendail nombor teman serumah Afi.
Aku harap, kali ini aku tak akan terlewat lagi.
Don’t tell me im too late –Alfee
Tidak ada istilah ‘terlambat’, jika akhirnya kau datang pada aku jua –Afi
Alfee berjalan di sepanjang jalan yang di penuhi oleh para basking dengan ragam mereka tersendiri. Hingga ke hujung jalan, tiada wajah Afi di situ. Kalau ikut info yang Aya bagi, Afi sering ke sini jika tidak ada kelas dan Aya sendiri bilang kalau Afi memang keluar rumah tadi dengan gitarnya. Tapi, di mana Afi? Kenapa tiada di sini?
Sudahlah dia penat, berkejar ke sini selepas berjumpa Lisa. Dia dan Lisa, kini hanya kawan. Terima kasih pada Lisa kerana menyedarkannya kalau rasa ingin memiliki dan rasa ingin hidup bersama itu dua benda yang berbeza.
“Ke mana kau Afi?” Jatuh terduduk dia di tepi jalan, di sebelah seorang penyanyi basking lelaki yang duduk membetulkan gitarnya. Mengeluh.
“Bro, kau cari Afi ke?” Lelaki dengan rambut sepanjang bahu itu tiba-tiba bertanya.
“A’ah, kenal Afi ke?” Soal Alfee, teruja. Kenapalah dari tadi dia tidak terfikir untuk bertanya. Aish, bodoh tol!
“Rasanya, malam ni dia tak datang sini kot.” Ujar lelaki itu. Kepalanya mengangguk-angguk, menguatkan hujahnya sendiri.
“Kawan serumah dia cakap, tadi dia keluar rumah dengan gitar. Kalau dia tak datang sini, kau tau tak dia pergi mana? Tempat yang dia selalu pergi selain tempat ni?” Memang dia hampa mendengar kata-kata lelaki itu, tapi dia masih ingin berharap kalau lelaki itu tahu di mana Afi sekarang.
“Alah bai, aku tak taulah. Tapi setahu aku, Afi tu memang lepak kat sini je, tak ada tempat lain. Kau tunggu jelah dia kat sini, mana tau panjang jodoh korang boleh jumpa.” Lelaki itu tersengih.
“Ya, harap mulut kau masin malam ni.” Sekali lagi Alfee mengeluh.
“Kau dengan Afi, apa hubungan korang?” Lelaki tadi kembali bersuara bila agak lama matanya di wajah Alfee. Kusut!
“Dia, perempuan yang aku harapkan jadi peneman hidup aku hingga ke tua. Aku harap, aku belum terlewat untuk bagi tahu dia segalanya.” Alfee tanpa segan silu mengakui.
“Aku rasa, kau belum terlewat bai.” Lelaki rambut panjang itu tersengih lagi.
“Maksud kau?” Alfee soal pelik.
“Nah, aku bagi kau pinjam. Nyanyi satu lagu.” Gitar di tangan di serahnya kepada Alfee.
“Eh?” Terkejut. Gila apa tiba-tiba suruh dia nyanyi?
“Tak pandai main gitar? Okey tak apa, aku main kau nyanyi.” Lelaki tadi sudah sedia memetik gitarnya.
“Aku tahu main.” Alfee bersuara perlahan. Ya, Afi pernah mengajarnya sebuah lagu satu masa dahulu.
“Then, play.” Gitar itu di letak balik di riba Alfee.
‘Aku harap, kau ada di sini. Dengar aku mainkan lagu ini untuk kau.’
Alfee menarik nafas, perlahan jarinya mula memetik tali gitar dan mulutnya mula melagukan kembali lagu nostalgia dia dan Afi.
“I can tell by your eyes,
That you’ve probably been crying forever..
And the stars in the sky don’t mean nothing to you,
And the stars in the sky don’t mean nothing to you,
They’re a mirror…”
Wajah Afi bermain di mata. Di dalam puluhan orang di hadapannya, Alfee masih melihat wajah Afi, muram dengan tubir mata di genangi airmata. Dia memang sudah parah!
“I don’t wanna talk about it,
How you broke my heart…
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, won’t you listen to my heart?
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, won’t you listen to my heart?
My heart……”
Tidak! Itu benar-benar Afi. Dia tidak berkhayalan, Afi memang sedang berdiri di hadapannya dan baru menyanyikan rangkap lagu itu tadi. Alfee yakin benar. Dia bangun, dengan gitar di tangan menghampiri Afi.
“If I stand all alone,
Will the shadows hide the colors of my heart;
Blue for the tears,
Blue for the tears,
Black for the night’s fears,
The stars in the sky don’t mean nothing to you,
The stars in the sky don’t mean nothing to you,
They’re just a mirror….”
‘Afi, aku tak mau bersembunyi lagi. Apa pun warnanya, aku cuma mahu kau tahu kalau saat ini aku perlukan kau.’ Alfee merenung tepa-tepat ke arah anak mata Afi.
“I don’t wanna talk about it,
How you broke my heart,
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, won’t you listen to my heart,
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, won’t you listen to my heart,
Ohh my heart? My heart….”
‘Alfee, aku penat menunggu kau. Aku penat berdiri di satu sudut, dan memerhatikan kau berbahagia dengan orang lain. Aku pernah terfikir untuk pergi, tapi sekali lagi aku kembali pada kau juga. Kau mau kan, kalau aku terus di sini?’ Setitis air mata jatuh lagi dari tubir mata Afi.
“I will, listen to your heart.” Alfee senyum, gitar di tangan di serah kembali pada lelaki rambut panjang tadi.
“Serius?” Afi usap airmatanya. Dia tidak ingin menangis lagi.
“Ya, asalkan kau beri aku masa untuk mendengar dan memahaminya.” Mata Alfee tak lepas dari wajah Afi biarpun dia tahu ada berpuluh-puluh pasang mata sedang memerhatikan mereka.
“Ambiklah sebanyak mana masa pun yang kau mahu.” Afi senyum, pada Aya yang berdiri agak jauh dari mereka, senyumannya berbalas. Terima kasih Aya!
“Selama-lamanya.” Alfee tidak ingin kehilangan Afi lagi.
“Dengan senang hatinya.” Kali ini, airmata yang jatuh di pipinya airmata gembira.
“Dengan syarat..”
“Apa?”
“Tolong, sayangi diri kau sendiri. Jangan cedera lagi.”
“Promise, I won’t hurt anymore.”
Sebab dia tak perlu menarik perhatian sesiapa lagi.
Penakut- Yuna
I don't wanna talk about it- Rod Stewart & Amy Belle
Korang Comel Kalu Korang Like
4 comments:
macam dalam komik karya kaoru..tp xingat yg mana lak..huhu
@Anon, tajuknya perhatikan Aku.. Lupa nak kreditkan.. Hoho
herm...bhy gak Afi ni...csengaja mencederakan diri sendiri = menzalimi diri sendiri.
Afi, x blehh au meenzalimi diri sendiri. Tuhan marah...
^^ good job, penulis. cerpen ni best!
iya2..pernah baca crita ni dlam komik..=)
Post a Comment