Jul 26, 2011

Isteriku, 19 tahun! [SE]


Hijau?”

“No lah, macam ulat bulu.” Buat gaya ulat bulu tergedik-gedik.

“Merah?”

“Nope! Macam Gong Xi Fa Cai lah pulak.” Geleng-geleng kepala, tak setuju. Langsung tak berkenan dia.

“Hitam ar, baru stylo.” Sengih.

“Lorh, tipikal sangat.” Juga tak bersetuju.

“Biru?” Suara dah keras. Penat dok layan orang sebelah ni bagi komen.

“Ermm, tak sesuailah.” Cebik bibir.

“Pink?” Berusaha menyabarkan hatinya.

“Huh? Jangan nak berangan comel boleh tak?” Senyum sinis.

“Apsal semua yang aku pilih kau tak berkenan ha? Lagi satu, siapa yang nak pakai sebenarnya ni? Aku ke kau?” Okey, ini memang dah sampai tahap menyampah dan menyakitkan hati dah.

 Zuyyin dah naik bengang bila semua pilihannya tak menepati citarasa Akif. Ada sahaja yang dia nak komplen. Kalau dia yang nak pakai tak apa juga dia nak komplen bagai.

“Memanglah kau yang nak pakai.” Muka Akif  tak beriak membalas kata-kata isteri dia yang dah pasang muka bengang.

“Dah tu?” Jegil mata. Geram.

“Glasses ni nanti dok lekat kat muka kau, which is mean kau tak akan nampak benda alah ni, tak akan ganggu kau. But not me, ia sangat mengganggu aku kalau tak kena gayanya.” Ujar Akif selamba.

“Apa kena mengena dengan kau pulak?” Pelik.

Sesekali salesgirl yang dari tadi diam memerhatikan mereka berdua bertekak dia jeling. Takkan tak pernah tengok suami isteri gaduh pasal colour glasses kot kak?

“Kau tak rasa menyampah ke bila tengok orang pakai benda yang merimaskan kau? Dok tayang pulak tu depan kau 24 jam 7 hari seminggu?” Soal Akif.

“Eh, memanglah rimas.” Zuyyin jawab pantas. Bukan setakat rimas, rasa nak tegur pun ada, nak bagi komen ikhlas sepatah dua kata kat orang tu.

“Hah, itu jugalah yang bakalan aku rasa kalau pakai glasses colour merah macam warna baju apek bila hari raya dia tiba, tak pun colour hijau yang alam sangat ni.” Serius.

Jarinya mencapai salah satu glasses pilihan Zuyyin yang ada atas meja kaca. Hugh! Tak ada test langsung isterinya ini.

“Haha. Dah tu, nak pilih apa?” Dalam diam, Zuyyin mengakui kata-kata si suami.

Akhirnya, balik kat Akif juga dia minta pendapat. Mata ni pun satu hal, dulu kecik-kecik elok je tak rabun, alih-alih dah besar macam ni boleh pula pulak dah tak nampak benda yang jauh sikit. Itulah, dulu arwah Atuk suruh makan tomato, asyik mengelat je kerja. Sekarang tanggunglah sendiri akibatnya.

“Putihlah, macam sesuai je ni.” Akif tunjuk pada salesgirl satu design glasses tanpa bingkai yang menarik perhatiannya.

Dia selamba sahaja bila tengok salesgirl tu geleng kepala bila mata mereka bertembung. Alahai cik adik, dah bosan ke tengok kitaorang suami isteri gaduh manja-manja ni tapi tak beli-beli juga glasses awak?

“Okey tak?” Zuyyin buat gaya comel depan Akif. Tayang glasses pilihan Akif, siap buat peace yang di dekatkan di pipi.

“Perfect!” Sengih. 

Alahai sayang, awat buat muka comel macam tu? Buat jantung orang berdegup laju macam kapal Soyuz sahaja lagaknya.

“Okey, aku ambik yang ni. Kau bayar.” Sengih. 

Tak fikir dua kali lagi bila setuju dengan pilihan Akif, lagi pula dia sendiri rasa comel dan stylo dengan glasses pilihan Akif ni.

“Dia yang pakai, orang pula nak bayar.” Ceit. Dalam membebel tu, di keluarkan juga wallet Polo dari poket seluarnya.

“Wan cakap, jangan nak berkira dengan isteri sendiri.” Gelak, teringat insiden Akif di tegur Wan waktu kat Langkawi dulu.

“Iyelah. Berapa harganya dik?” Akif dah sedia keluarkan duit dari dalam wallet dia.

“RM 235 je encik. Er, ni isteri ke adik ni?” Si salesgirl yang dari tadi diam akhirnya bersuara juga.

Agak pelik dia tengok pasangan di hadapannya. Dari tadi dia tertanya-tanya apa hubungan mereka. Awalnya, bila mereka masuk tadi dia ingatkan manusia berdua depan dia ni adalah adik beradik. Abang sulung yang bawa adik bongsunya pi survey kacamata. Tapi bila dengar ayat budak perempuan ni, dia rasa pelik pula. Isteri?

“Isteri saya ni.” Oh, itu rupanya yang salesgirl ni dok fikir dari tadi. Not lima keping duit lima puluh ringgit dia hulur.

“Isteri? Lorh, ingatkan adik.” Si salesgirl terperanjat.

“Ya kak, dia ni suami saya ni.” Gelak.

Adakah dia di sangka adik Akif? Apa, dia tak ada gaya ke jadi isteri atau girlfriend Akif? Pakai baju tee longgar dengan cardigan, selendang di kepala dan seluar jeans siap pakai sneakers ni tak cukup cun ke nak orang nak addres dia sebagai “Akif wife”? Taulah isteri-isteri orang lain tak pakai beg Vintage macam dia.

“Haha. Muda sangatlah dik, macam tak sesuai lagi jadi isteri.” Ujar si salesgirl lagi sambil memberi baki duit Akif.

Tersengih-sengih dia memandang wajah pasangan suami isteri di hadapannya itu. Si isteri comel dengan senyuman dan si suami serius tanpa riak di wajah. Nampak macam tak sesuai kot. Wajah keanak-anakan versus wajah serius bajet cool, mana sesuaikan? Kan?

“Awak dik? Nampak tak secocok ke?” Soal Akif, sengih.

“Secocoklah encik. Cuma kalau encik selalu senyum  macam isteri encik ni lagilah double triple secocoknya.” Sengih. Jujur sangat dengan kata-katanya.

“Haha. Itulah, kan aku dah suruh kau jangan buat muka macam tu.” Gelak sakan Zuyyin bila dengar kata-kata kakak salesgirl tu.

“Terima kasih di atas komen yang membina tu dik.” Senyum paksa sebelum menarik tangan Zuyyin keluar dari kedai kacamata itu. Eww, gila terasa dia.

“Bye kak, dan komen kakak sangat bestlah.” Gelak.

Sempat lagi dia melambai-lambai kakak salesgirl yang terkedu di meja kaunter. Haha. Itulah kak, kan dah nampak dah “senyuman paksa” Akif tu. Kan dah terbius, bisu terus tu.

“Dah, dahlah gelak tu. Langsuir pun rasa nak resign dengar kau gelak macam tu.” sikit punya bengang Akif bersuara bila Zuyyin masih gelak meriah biarpun mereka sudah agak jauh dari kedai itu. Takkan tak habis lagi kot?

“Haha. Lawaklah kakak tu.” Gelak lagi. Jari jemarinya yang erat di dalam genggaman Akif di tarik, mengusap dada yang terasa semput akibat terlalu banyak gelak.

“Lawaklah sangat. Dah cepat, kata nak tengok wayang.” Akif jalan menonong meninggalkan Zuyyin di belakang.

“Akif, nak gi toilet.” Sengih. Banyak sangat gelak sampai rasa nak terkucil jadinya.

“Itulah, banyak sangat gelak. Pergi cepat!” Akif capai beg yang di hlur Zuyyin. Langkahnya perlahan sahaja mengekor Zuyyin yang menuju ke tandas.

“Kenapa?” Soalnya bila Zuyyin cuma berdiri depan pintu toilet tanpa bergerak masuk.

“Aci tu tengah basuh toiletlah, dia tak bagi masuk.” Juih bibir.

Dah penat dia bertekak dengan Aci india yang tengah basuh toilet itu. Orang nak buang air kecil jelah auntie, mana ada bau!

“Tunggulah kejap lagi.” Balas Akif tanpa mengetahui kalau isterinya dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak.

“Alah, tak boleh tahan dah ni.” Zuyyin berdiri tak senang. Macam cacing kepanasan jadinya.

Gila ah, dia bakalan jadi pemegang rekod dunia sebagai penahan pundi kencing kalau tunggu Aci tu siap basuh toilet. Tak tahan dah ni!

“Dah tu, takkan nak buang kat sini pula?” Uish, agak tak bermoral isterinya ini kalau terfikir nak buat macam tu.

“Kau pernah dengar tak pepatah ni? Apabila satu pintu tertutup, pintu yang lain sedia terbuka menanti kita masuk?” Zuyyin sengih sambil tengok signboard di pintu sebelah yang tertulis perkataan “MALE”.

“Don’t tell me…” Akif tarik tangan Zuyyin yang dah melangkah menuju ke pintu tandas lelaki. Usha line dulu.

“Kosonglah Kif.” Sengih. Dah bersedia dia untuk melangkah masuk.

“Yen, jangan nak buat gila kat sini.” Akif menarik tangan Zuyyin yang tubuhnya sudah separuh masuk ke dalam. Tak waras ke isterinya ini masuk toilet lelaki?

“Alah, kejap je. Kau jaga pintu tau, kalau ada orang datang jangan bagi dorang masuk. Kalau nak masuk juga, cakap isteri kau ada kat dalam.” Menyentap kuat tangannya dari pegangan Akif sebelum laju masuk ke dalam tandas. Dah tak tahan sangat ni!

“Yeyen!” Okey, tak sempat. Rasanya dia tak sempat nak berkelip pun bila isterinya hilang di balik pintu. Giloss..

“Janganlah ada manusia yang datang nak masuk toilet ni..” Akif berdiri betul-betul depan pintu toilet. 

Rasa macam dia pak guard pula sekarang ni. Dia tunduk merenung lantai, mengira dalam hati masa yang berlalu.

“Bro, nak tumpang lalu boleh?” Satu suara menyapa membuatkan Akif mengangkat muka. Tertelan terus dia air liurnya bila berdiri tiga orang remaja lelaki depannya. Mati!

‘Ceh, rambut tak boleh blah. Nak juga dia ramoskan rambutnya yang pendek tu.’ Sempat lagi Akif mengomel dalam hati.

“Bro, kitaorang nak masuk toiletlah. Tepi sikit boleh tak?” Remaja lelaki yang berdiri di tengah-tengah bersuara keras. Mungkin dah bengang tengok Akif berdiri tak berganjak dari muka pintu.

“Err.. Korang datang lagi lima minit boleh tak?” Tergagap-gagap Akif menjawab soalan tiga remaja lelaki itu. Yeyen, bila nak siap ni?!

“Eh?!” Remaja pertama terkejut dengan saranan Akif.

“Huh?!” Remaja dengan gaya rambut ramos juga terkejut. Siap membeliakkan mata dia lagi. Alahai, buruk sangat gaya terkejutnya ni.

“Apsal pulak?” Remaja ketiga tanya tak puas hati.

“Err.. Sebab..” Teragak-agak dia bagi jawapan kali ni.

“Sebab apa bro?!” Remaja ketiga bertanya lagi dengan suara garang, siap buat muka serius lagi. Menggertak Akif.

“Sebabnya, isteri aku ada kat dalam.” Buat-buat selamba, sembunyi malu.

“Ehh?!!” Terkejut!

“Hehe.” Sengih.

Yeyen, ini semua kau punya pasal. Lama sangat kat dalam tu buat apa?!

************

“Kau jawab macm tu?” Zuyyin soal tak percaya. 

Tapi bila kepala Akif terangguk-angguk mengiyakan, pecah tawa sakan Zuyyin. Terhenti terus langkahnya menuju ke kaunter tiket wayang.

“Boleh tak jangan gelak macam tu?” Akif jeling isterinya di sebelah. Bukan main suka lagi Zuyyin gelakkan dia. Dahlah semua tu terjadi sebab dia. Ceit!

“Aku tak sangka kau betul-betul guna alasan tu. Haha” Gila jujur suaminya ni. Haha.

“Dah tu, takkan nak cakap ada aci india tengah basuh toilet kot? Sedangkan sah-sah aci tu baru keluar dari toilet sebelah.”

“Carilah alasan lain.” Gelak lagi. Kesian Akif, mesti dia malu sangat tadi.

“Apa? Nak cakap ada adik perempuan saya kat dalam, macam tu?” Ujar Akif.

“Okey apa alasan tu.” Angguk-angguk kepala, mengusik Akif yang dah pasang muka bengang. Alahai husband, dah tak takut dah dengan riak muka macam tu.

“Dah, pi duduk tepi. Biar aku yang pergi beli tiket.” Akif menolak lembut bahu isterinya ke tepi.

“Alah, nak ikut juga pi beli tiket.” Laju dia sauk lengan Akif. 

Saja nak menggedik. Kata keluar dating, mestilah semua benda buat bersama-sama? Ye dak?

“Aish, sibuk juga nak ikut.” Geleng kepala.

Tangan Zuyyin di lengan di lepaskannya, sebelum dia memeluk bahu isterinya rapat ke tubuh. Berjalan perlahan, beratur di belakang seorang lelaki di kaunter tiket wayang.

“Alah, biarlah.” Sengih. Dia suka bila Akif buat begini. Hehe.

“Yeyen, tell me the truth. How many inches you actually?” Ujar Akif dengan tangannya di kepala Zuyyin yang berada tepat-tepat selaras dengan ketiaknya. Gila pendek isteri dia ni!

“Centimeterlah! 150 cm.” Geram. Sengal punya husband, adakah guna inci nak ukur tinggi dia? Inci tu sesuai untuk ukur tinggi heels jelah Akif!

“Katik!” Haha.

“Ceit!” Geram. Katik Akif panggil dia? Sungguh tak sopan.

“Dah, dah. Jangan nak buat muka macam tu.” Gelak.

Jari-jemarinya jatuh pada dahi Zuyyin yang berkerut tak puas hati. Tak penat ke Zuyyin ni buat reaksi muka untuk setiap ayat yang keluar dari mulut dia ni?

“Hubby, cepatlah decide nak tengok movie apa?” Zuyyin baru ingin menjawab bila suara perempuan menyapa telinganya.

Laju kepalanya di teleng ke hadapan, ke arah sepasang kekasih yang beratur di hadapan mereka. Macam mana tau dorang copule? Sebab si lelaki pakai baju dengan tulisan berprint ‘Dia GF saya’ di belakang bajunya, begitu juga dengan perempuan sebelahnya cuma ayat sahaja yang berbeza, ‘Dia BF saya’. Siap ada anak panah lagi. Kalau suruh Akif pakai baju macam ni, mati hidup mati dan  hidup sekali lagi pun Akif tak akan pakai punyalah. Nak pakai baju sama colour pun dia tak mau. Huh!

“Ikut honeylah nak tengok apa.” Si lelaki pula menjawab.

‘Oh, so sweet guna honey dan hubby.’ Zuyyin sengih sendiri dalam hati. Sesekali dia jeling Encik.Suami di sebelah. Oh, dia tak seromantik ‘that guy’.

“Kita tengok Sekali Lagi nak?” Si ‘honey’ soal ‘hubby’nya.

“Set!” Si ‘hubby’ tanpa fikir dua kali terus setuju. 

Wah-wah, gila best ‘hubby’ si ‘honey’ ni. Tengok wayang pun yang romance-romance.

“Apa kes tengok boyfriend orang macam tu?” Akif tegur isterinya bersama tepukan di bahu. 

Boleh pula Zuyyin lupa dengan dia yang berdiri punya macho kat sebelah ni. Dahlah mamat yang dia usha tu boyfriend orang.

“Hehe. Couple tu sweetlah..” Sengih.

“Apa yang sweetnya?” Pelik.

Setakat pakai baju dengan tulisan berprint macam tu tak ada maknanya nak sweet. Kalau tertukar tempat, tak ke naya tu bila anak panah tu dah tuju tempat lain? Bukan lagi kat ‘BF’ dan ‘GF’ memasing?

“Boy tu panggil girlfriend dia honey.” Tapi kita, ber “aku” ber “kau” semata. Gila tak sweet!

“Oh.” Tak ambik peduli. So, kenapa kalau panggil honey?

“Dik, dua tiket transformers. Couple seat yea.” Ujar Akif sebaik mereka tiba di hadapan kaunter tiket. Membiarkan sahaja Zuyyin mengomel sendirian.

“Dorang tengok filem Sekali Lagi.” Tapi kita tengok Decepticon lawan Autobot. Gila tak romantik! Terlupa kalau sebenarnya dia yang beria nak tengok Transformers dari semalam lagi.

“Oh.” Malas nak ambik pusing, sebab dia tau Transformers memang tak romantik langsung.

“Dorang pakai baju couple.” Zuyyin bersuara lagi, sambil mengekor Akif yang sudah beredar dari kaunter, dah siap membeli dua tiket wayang pun.

“Oh.” Tak berperasaan sahaja bunyi suaranya. Bukan tak sensitive perasaan Zuyyin, tapi dia tak rasa baju couple bagai ni satu benda yang wajib dalam suatu perhubungan.

“Dorang..”

“Kau nak aku panggil kau honey ke?” Straight soalan Akif, buat Zuyyin terkedu.

“Eh?” Tak tahu nak jawab apa.

“Kau nak tengok filem romantik Sekali Lagi tu ke?” Soal Akif lagi.

“Huh?” Masih tak tahu nak jawab apa.

“Kau nak kita pakai baju couple bila keluar dating lagi sekali ke?” Soalan ketiga Akif untuknya betul-betul buat Zuyyin terkedu.

“Err..” Zuyyin masih tak tahu nak jawab apa. Kang salah jawab, gaduh jadinya.

“Jom masuk hall dulu, dah keluar nanti baru fikir jawapannya.” Sengih. Selamba dia menarik tangan Zuyyin masuk dalam panggung.

“Ceit!” Cebik bibir sambil mengekori langkah Akif.

***********“

"Ish, siapa minah ni? Alah, nak Megan Fox!” Itu bunyi yang pertama keluar dari mulut Zuyyin sebaik wayang bermula 3 minit yang lepas.

“Rosie Hungtinton.” Balas Akif selamba. Ni mesti kes tak baca sinopsis movie dulu ni.

“Oh? Alah, minah ni bibir tak cun lah.” Selamba dia kutuk awek baru Sam.

“Tapi dia seksi.” Gelak.

“Ough! Gatal.” Ceit, benda lain yang dia tengok rupanya.

“Cakap yang betul je.” Sengih. Suka dia tengok Zuyyin buat muka cemburu macam ni.

“Haha. Boleh pula satu dunia kena ‘world invasion’ dari Cybertron ni? Macam kartun dah transformers tiga ni.” Gelak. Itu komen kedua Zuyyin.

Michael Bay saja nak gempak-gempakkan cerita.” Akif layankan sahaja omelan Zuyyin biar pun dalam hati dia cakap lain;

Okay, this is too far and its certainly not going to happen! Nampak sangat dah merapunya. Mana taknya, dulu Transformers 1 dan 2  peperangan antara Megatron dan Prime ni terjadi kat ceruk bumi yang tak ada dalam GPS je. Ni siap hancur satu Chicago lagi. Haha.

“Aku pelik betullah, apsal heels perempuan ni tak tertanggal ae? Padahal siap lompat-lompat bangunan segala?” Ini komen ketiga Zuyyin.

“Haha, dia guna polident kot.” Tergelak Akif dengan kata-kata Zuyyin. 

Tapi betul juga, gila kuat melekat kasut dia. Dah jatuh, terhempas sini sana tapi kasut still kat kaki. Dah tu, muka dia sikit pun tak calar.

“Eww, itu tuk lekat gigi palsulah.” Sengal!

“Haha. Taulah.” Saja je tu.

“Alala.. Sam too sweetlah!” Zuyyin letak tangan kat pipi. 

Menghayati keromantikan Sam yang sanggup menceroboh kubu Megatron semata-mata nak selamatkan kekasih hatinya. Sanggup mati demi cintanya, Carly yang sudah di tawan.

“Hurm..” Tak ada komen tuk omelan Zuyyin yang ini.

“Akif..” Zuyyin bersuara dengan mata masih di skrin.

“Hurm..” Dia kalih kepala ke tepi sekilas.

“Kalau kau kat tempat Sam, kau pilih mana? Autobots ke Carly tu?” soal Zuyyin perlahan.

“Gila ke nak rempuh kubu Megatron? Free je mati percuma macam tu. Baik lari selamatkan diri.” Realistik. Entah-entah dia sampai sana, awek tu dah mati dah.

“Sampai hati!” Terasa. Maknanya Akif tak sayangkan dia. Nak sentaplah macam ni.

“Lorh, emo tiba-tiba ni kenapa? Buat apa nak selamatkan si Carly tu, bukan isteri aku pun. Lainlah kalau kau yang kena culik, jadi tawanan.” Ujar Akif sambil geleng kepala. Matanya tunak di skrin. Tengok Transformers pun nak emo ke Yen?

“Kenapa kalau aku yang kena culik?” Zuyyin sengih, kepalanya di kalih dan matanya jatuh di wajah Akif yang tenang tak beriak, menanti jawapan.

“Jangankan Megatron, kalau semua decepticon dan autobot bergabung pun aku sanggup lawan demi nak selamatkan kau, even decepticons always get the good shit weapon!

“Tapi dorang ramai kot, larat ke nak lawan?” Sengih lagi.

“Yen, sayang aku kat kau lagi banyak dari jumlah decepticon dan autobot kat dunia ni. Sekalipun campur dengan autobots dan decepticon yang ada kat bulan tu, dorang masih tak boleh menandingi sayang aku kat kau.” Gelak. Dalam gelak-gelak tu sempat lagi dia tarik tangan isterinya. Biar rapat ke tubuhnya.

“Eh?” Zuyyin sengih. Dagunya di letak elok di bahu Akif.

“Kenapa?” Akif kalih wajah ke kiri, tepat ke wajah isterinya.

“Jawapan untuk soalan kedua, tengok Transformers pun romantik apa!” Senyum, berbisik dia di telinga Akif.

Romantik bukan pada movie yang kita tengok, tapi macam mana pasangan kita treat kita. Betulkan? Tengok wayang romantik pun tapi Akif tidur kat sebelah tak ada juga gunanya. Serupa sahaja dengan dia pi tengok wayang seorang-orang.

“Soalan nombor tiga?” Soal Akif. Ada senyuman bergayut di bibirnya.

“Baju its not a big deal actually. Kita bukan couple, kita suami isteri.” Senyum.

Sekalipun orang anggap dia adik Akif bila dia berpakaian macam ni, dia tidak kisah sebab dia tahu siapa dia di hati Akif. Itu sudah lebih dari cukup. Bahagia kita, biar cuma kita yang rasa. Buat apa nak tunjuk kat orangkan?

“Hurm. So, the first one?”

“Ermm.. Sekalipun Yeyen tu macam nama kucing, tapi tak apa kot. Sebabnya, dalam dunia ni cuma ada seorang yang panggil aku dengan nama tu, suami aku.” Tunduk, sembunyi muka yang pastinya sudah bertukar pink. Masih ada rasa malu dalam meluahkan rasa.

Yeyen? Gila tak glamourkan? Dahlah tak glamour, tak sweet, tak romantik lagi tu. Tapi nama tu istimewa. Sangat istimewa sebab dalam dunia ni cuma Akif seorang yang guna nama tu panggil dia. The only one ever.

“Yeyen, love you.” Berbisik lembut di telinga isterinya.

Lantaklah kalau orang nak dengar pun, nak kutuk dia sekalipun sebab buat drama romantika de amor dalam pawagam yang tengah tayang cerita fiksyen sains. Atleast dia ada isteri untuk di tujukan ucapan tu, yang dok mengumpat tu entah ada ke tak ada.

“Love you more Kikif!” Sengih, tiba-tiba nama tu melintas di kepalanya.

“Kikif?” Gila tak glamour nama baru dia.

“Haha.” Gelak ayu dia, kang kalau gelak sakan jadi bahan tontonan pula.

“Kikif pun Kikiflah” Nak juga bagi nama macam kucing kat dia.

“Haha.” Kikif? Okey, nama tu sebenarnya lagi teruk berbanding Yeyen. Ngengenge!

‘Sayang aku kat kau lagi banyak dari jumlah decepticon dan autobot kat dunia ni. Sekalipun campur dengan autobots dan decepticon yang ada kat bulan tu, dorang masih tak boleh menandingi sayang aku kat kau.’ Okey, tarik balik kata-kata tadi. Akif sangat romantik, sekalipun dia guna perumpamaan yang pelik.

**********

p/S 1: Ini Special Entri (SE). Tapi tak tahu dalam bab mana dalam novel. Huhu

p/S: Kikif? Gila tak romantikkan? Haha.

p/S: Over? Tak apalah, sesekali bagi Cik Gadis over kira halallah kan? Haha :P

p/S: Novel ini Cik Gadis dah tulis hingga ke muka surat 399. Cadang nak buat sampai muka surat 500. Boleh tunggukan? :)



Korang Comel Kalu Korang Like

40 comments:

dora said...

hehehehehehhe suka ya amat..sy bleh sangat tunggu cz crita Isteriku, 19 Tahun (SE)nie best.... tp cepat2 la kuar kn novel yea..mao buat koleksi.. suka sangat story nie...

aya said...

wawwawwa..sweet gila!

Anonymous said...

cpt2 siapkan novel..x sbr nk beli..

BFF Kau Kunun2nya said...

Kau: Kalau B jd Sam bha, B pilih sapa? Autobots ka GF?

Dia: Plh selamatkan diri sndiri.

Kau: Eh? (Panggung glap, inda nmpak muka kaciwa mu. Haha)

Dia: Gilaka mau rempuh kubu megatron? kalau B ni si Prime xpa juga. slmatkan dr sndri jakla, kalau masi hdup syukurlah. Couple balik.

Kami: Ketawa berabis di belakang mcm orang kena sawan sebelum kau baling kami pakai kotak popcorn! Bwahahahahha!


Woi CikGadis, bukan inikah yg terjadi sebenarnya?! Haha

mimi syafiqah said...

cpt sikit abeskan...hehhe...

IniCikGadis said...

@Dora, saya usahakan ye. TQ supportntya :)

@Aya, sudalah sweet, gila lek ar? Haha :P

@anon, insyaALLAH. Beli tau! :P

@Kunun2nya BFFKu, tak kenal2 sapa ko!

@Mimi, tenagh tingkatkan usaha. Hehe

syira destroyer said...

iyee...mmg btl pon..trnsfrmer 3 sgttttt la mcm hampas tebu..bibir kene inject,kasut lekat dgn polident..komen neh dh mcm review cte trsnfrmer la kn..btw kifkif mmg comel bnyi nye :)

Cik Qiqi said...

sumpah best !

kak ida said...

thanks dik..mmg tertunggu tunggu citer ni..
setiap bait yg dibaca...mendatangkan senyum simpul dan di akhiri ngan gelak..yg tak boleh nak ditahan tahankan lagi.. peduli apa..org nak tgk kan..actually baca ni masa kat secret recipe ..tgh tunggu oeder sampai..
Akak really enjoy E3 kali ni..
Harap ada sambungan citer ni lagi..

Anonymous said...

sanggup ja tggu,untk crita best cmni :)tajuk akn ditukarkn@tajuk yg sm???kasi lbh dri 500 ms pn lgggg wokieeeeee:) ganbate>>>





>>>yeyen+kikif<<<

fara said...

sukeeeee....!!
nk tebal lagi bley??
hahaha... sy sggup tggu...
gd luck cikgadis!!! =)

Anonymous said...

yeyen+kikif...so sweeet...
best sgt cite nie..xsabar nk tggu novel nie..
sjak bce cite nie..sy jd senyum sorg2..hehe.
nk suami mcm akif...hehe
best sgt..100x

Anonymous said...

yeyen+kikif...so sweeet...
best sgt cite nie..xsabar nk tggu novel nie..
sjak bce cite nie..sy jd senyum sorg2..hehe.
nk suami mcm akif..hehe
best sgt..100x

Siti Soleha Yahaya said...

Terbaik antara yg terbaik....Tahniah
Tapikan nak bgtau...Pastikan kata ganti nama AKU hanya boleh digunakan utk 1 watak sahaja.Cthnya kalau utk watak Zuyyin guna AKU, maka dari permulaan hanya Zuyyin boleh guna AKU. Saudari x boleh masuk dalam watak2 lain. Tetapi kalau saudari nak guna jugak, saudari harus letakkan nama watak dlm setiap bab..cthnya...bab 1 letak nama Zuyyin dab bab ke-2 letak nama Akif dan seterusnya. Terima kasih....tp apa2 pun saya mmg suka cerita ini..BEST

IniCikGadis said...

@ Siti Soleha Yahaya, TQ for the komennya ye. Mcm ni, sy guna nama watak. Mksdnya, dalam 1 bab tu saya menceritakan tntang 2 org sekaligus, maybe juga lebih. tp di setiap hujung dialog tu sya mmg ada letak nama watak, siapa yg ucapkan dialog tu. So, saya rasa kalau saya tulis mcm tu thts was okey asalkan readers tau siapa yang sedang di ceritan or mnceritakan. Itu gaya penulisan saya, tapi kalau ada yg xkena dengan gaya penulisan saya, saya sedia di tunjuk ajar. :)

kami suri said...

sweet.....=)

hamzah ian said...

wahh.. sy tunggu je.. hehe

Anonymous said...

i'll wait for it...
tp kn, sumpah xtipu...
nk akif!!!!

missheart said...

thanxs to cik gadis for this special entry..i'll wait for the next from u..:)

IniCikGadis said...

Wow! Encik otromen komen blog saya!

aiena said...

tp cik gadis cm trgntung je antre mak long die....heee...kne smbg nie...

daney said...

best. boleh bagi full mark kalau sambung lagi n citer lah tentang watak2 sampingan 2. jgn abaikan terus... kalau sebelum ending yg betul2 ending, ada dugaan sikit kasi suspen pun ok kot (hanya cadangan ek...), tapi please.... nk happy ending... x sanggup kecewa..

SEPUTEH QASEH MURNI AFIRA said...

sungguh tak dapat thn emosi bl bace cite nih..cik gadis,anda mmg sgt berbakat...guling2 cam tenggiling tiap kali de part yg sgt lawak tp amat suwit..keep it up ok?bl nk kuar novel?

p/s:krem slm kt akif...muahaha,,,

AniLufias said...

citer yg wat akak senyum sorg2...teringat masa zaman bercinta2 dulu masa baru2 nikah..tp skrg lg arr romantik cik hb saya ...cepat2 arr klrkan novel ...tahniah cik penulis ^_^

Ad_dEen said...

terbaik ar citer awk ni...
sy mmg suka ikut dkt p2u..
now nk follow awk lak lam blog..
best2 sgt2 citer ni..
akif, he is so romantic...
sweet...
kikif...agak kelakar...but nice..
yeyen + kikif...sesuai...

mar chan said...

bila akan publish novelnye ni?
inform me kalau nvel dh publish ye?
bestttt.. huhu...

Anonymous said...

1st time aku baca abes~ gud job jemah. . aku suka baca. .sab nda pnjang. .n realistik. .pling best apa lee teuk oppa. . hihi. . .great job girl. .

Anonymous said...

Ni last bab ek? Ke ada sambungan lg utk dibukukan?

zana said...

seribu tahun pun boleh tunggu! lautan laut mati pun sanggup kurenangi. Gunung everest sanggup ku panjat...


err, hiperbola... haha realitinya. cepat2 la siapkan novel tu..nak beli..heee... ;)

Unknown said...

hye hye...
best sgt novel ni... xde jual kat kedai ke?

Anonymous said...

salam cik gadis, buku ni dah ada d bookstore ke? penerbit?

strawberry.chocolate81 said...

owh la cik gadis...kemanakah dirimu menghilang...sudah lama ku menunggu buah tangan sulung darimu ini...bila kah dapat kite merialisasikan ke alam nyate huhuhuhu

farisyah iman said...

huh bru je jmpe blog nie ...
best ar cter isteriku 19 thn ..
novel nie dh kuar k blum ???

Unknown said...

Cite ni tade buat novel ke? Hai.. Tringin betul nk 'peluk' Zuyyin ngn Akif ni.. Huhu

Unknown said...

Cpt la kluarkn nvl ni.. Sgt100x tringin nk 'peluk' si Zuyyin & Akif nih.. Huhu.

Anonymous said...

ble la n0vel ni nk kua ek???da lme sgt2 tgu n0vel ni ... nk tau ksudahan nye cmne ... h0pe kua la ta0n ni ... :)

Anonymous said...

Kak gadis!!!!
Saya suka novel ni..dh beli pun :))
Besttt sgt!
Hero dia penuh ngn cita rasa saya laahhh...
Saya suka akif sbb dye sombong tapi ambil berat tentang yeyen :*
Nnty akak buat novel mcm ni lagi taw! laki dye sombong tapi ambil berat,saya xsuka laki romantik sgt n lemah xmampu pertahankan isterinya..buat yg lain lagi taw :) sye akan beli..sumpah best :))

Anonymous said...

Kak gadis!!!!
Saya suka novel ni..dh beli pun :))
Besttt sgt!
Hero dia penuh ngn cita rasa saya laahhh...
Saya suka akif sbb dye sombong tapi ambil berat tentang yeyen :*
Nnty akak buat novel mcm ni lagi taw! laki dye sombong tapi ambil berat,saya xsuka laki romantik sgt n lemah xmampu pertahankan isterinya..buat yg lain lagi taw :) sye akan beli..sumpah best :))

Anonymous said...

Best sgt :)
Please buat lagi mcm tu?
Cete lain tapi hero dye perangai mcm tu :)

Anonymous said...

Kak gadis!!!!
Saya suka novel ni..dh beli pun :))
Besttt sgt!
Hero dia penuh ngn cita rasa saya laahhh...
Saya suka akif sbb dye sombong tapi ambil berat tentang yeyen :*
Nnty akak buat novel mcm ni lagi taw! laki dye sombong tapi ambil berat,saya xsuka laki romantik sgt n lemah xmampu pertahankan isterinya..buat yg lain lagi taw :) sye akan beli..sumpah best :))