Jul 17, 2011

Isteriku, 19 tahun! [26]


“Akif?” Dalam keterharuan Zuyyin menyebut nama Akif. Rasa macam mimpi berada di situ.

“Tak payah buat muka terharu macam tu. Jom naik!” Akif menarik tangan isterinya, laju menuju ke kaunter tiket kereta kabel Langkawi.

“Ceit.” Senyum. Dah penat asyik cebik memanjang. Kakinya melangkah, ikut larian langkahan kaki Akif yang semakin laju.

“Akif, kenapa hanya kita berdua je ni?” Zuyyin soal pelik bila hanya mereka berdua yang berada di dalam gondola itu. Sedangkan gondola itu boleh memuatkan 6 orang sekaligus. Lagipun, mereka bukan pengunjung yang terakhir sehingga di beri keistimewaan itu.

“Entah, mereka tak nak naik lagi kot. Gayat agaknya.” Akif sengih, pasang muka kehairanan yang tak berapa nak jadi.

“Lorh.” Dia tahu Akif berbohong, tapi dia malas nak ambik pusing dah sebab hatinya sudah meronta-ronta ingin naik ke atas sana. Dia ingin melihat Langkawi dari atas awan!

Dengan langkah berdebar-debar, Zuyyin melangkah keluar dari gondola sebaik mereka tiba di destinasi yang di tuju. 705 meter dari aras laut!

“Itu Langkawi Yeyen.” Jari Akif menunjuk ke arah pemandangan di bawah, dengan jelas pemandangannya di hadapan mereka.

“Ya, Yeyen tahu.” Kegembiraan di hatinya terbias ke wajah melalui senyuman yang tak lekang di bibir. Terima kasih Akif!

“Kalau kau lompat sikit lagi, kau dah boleh cecah awan.” Akif berkata dengan sengihan.

“Betul ke?” Zuyyin soal excited, dan-dan itu juga dia melompat. Berkali-kali dengan tangan di gawang-gwanagkan ke atas, ingin menyentuh awan seperti kata Akif.

“Err..” terlopong Akif sesaat melihat Zuyyin yang beria-ia melompat. Gosh, you too naive sweetheart. Haha.

“Tak pun.” Buat muka sedih. Tak cecah awan pun, Akif menipu!

“Haha.” Gelak sakan Akif tengok Zuyyin. Zuyyin tak tahu ke kalau dia hanya bergurau tadi? Tak nampak kea wan tu masih tinggi nun kat atas sana? Zuyyin, Zuyyin.

“Ceit.” Di terkena rupanya. Sengal punya husband.

“Haha. Jom pergi sana, ada sesuatu yang aku nak tunjuk kat kau. Jom.?” Akif  mula berjalan, menuju ke laluan suspension bridge yang menghubungkan dua buah bukit. Err, agak menggerunkan di bawah sana.

“Hah? Kat sana? Tak nak. Aku takut.” Zuyyin mengeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia rasa gayat. Gila ah, sangat menakutkan di sana.

“Yeyen,  aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Cepat datang sini!” Akif sudah berdiri di suku laluan suspension bridge. Melaung nama Zuyyin yang masih berdiri teragak-agak di penghujung jambatan.

“Tak nak! Aku gayat.” Menggigil lututnya bila melihat ke bawah. Ke arah batu kapur dan gaung yang tajam. Confirm hancur berkecai tubuhnya jika dia jatuh dari tempat setinggi ini.

“Nehi, aku tak malam pertama lagi.” Dia undur setapak ke belakang. Takut.

“Its safety here honey. Datang sini cepat.” Akif masih berdegil, masih memaksa isterinya datang menyertainya di laluan suspension bridge yang mengerikan.

“Tak nak!” Zuyyin juga masih berkeras, tidak ingin dia menempah maut di situ.

“Kau balik sinilah Akif, cakap dengan aku kat sini.” Merayu. Lagipun, dia bimbang jika Akif berada di sana, baginya tempat itu sangat berbahaya. Dia belum bersedia hidup ‘tanpa’ Akif. Gila ah, dia sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

“Takkanlah nak lalu suspension bridge macam gini dah takut kot. Aku ada hadiah untuk kau kalau kau dapat sampai kat sini.” Kali ini Akif bermain psikologi. Itukan Zuyyin, isterinya yang kebal dengan pujukan.

“Kau memang sengajakan Akif, nak api-apikan aku.” Zuyyin cebik bibir, rasa loser pula kalau dia tak ke sana. Ceit, mana dia boleh kalah dengan Akif!

“Memang pun. So, nak datang sini ke tak?” Akif dah sengih, rasa macam isterinya dah mula masuk perangkapnya. Cepatlah datang sayang oi!

“Nak datanglah ni. Bismillahirrahmanirrahm. Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tuaku, dosa ku dan abangku, dosa suami ku, bla.bla..bla..” Siap baca doa selamat lagi dia sambil melangkah mendapatkan Akif.

“Haha. Macam mana nak nampak kalau mata tu tertutup macam tu?” Rasa nak gelak kuat-kuat bila tengok Zuyyin melangkah dengan mata tertutup.

“Biaq pi lah aku nak tutup mata pun.” Ceit. Abis tu takkan nak buka mata dan tengok betapa gerunnya di bawah sana. Dahlah jambatan ni bergoyang-goyang bila di tiup angin. Ada juga yang patah balik ni kejap lagi.

“Hah, kan dah cakap di sini selamat.” Akif senyum, menggapai tangan isterinya yang semakin dekat menghampirinya. Mak aih, sejuk gila. Ni mesti takut punya pasal ni.

“Akif..” Tersedu-sedu Zuyyin memeluk Akif. Terharu. Sebaik dia membuka matanya, wajah Akif benda pertama yang dia nampak bukannya gaung yang menakutkan.

“Haha. Cengeng!” Perlahan tubuh isterinya di bawa ke dalam pelukannya.

“Jangan menangis lagi. Aku tak suka kau menangis macam ni.” Senyum menyapu air mata di pipi Zuyyin. Kau nampak tak comel bila menangis begini.

“Hah, mana hadiahnya?” Selamba. Tadi bukan main menangis ketakutan. Tangan di tadah di depan suaminya. Menagih hadiah.

“Ceit, tak menyempat.” Akif menyeluk poket seluar jeansnya.

“Nah.” Sebatang coklat bar cadburry untuk isterinya.

“Coklat je?” Hampeh. Ingatkan nak bagi seketul intan ke. Dahlah dia separuh mati nak sampai di sini.

“Gila demand. Eh, bukankah kau dah dapat hadiahnya tadi?” Sengih.

“Hah? Hadiah apa?” Bingung.

“Aku.” Serius.

Terkedu Zuyyin sesaat.

“Kau tahukan, aku bukan romantik macam artis korea. Aku tak jambu macam Leeteuk Super Junior kau tu, malah aku sama sekali tak sweet seperti mereka, sekalipun aku pakai wig.” Tergelak. Zuyyin yang dalam kebingungan juga ikut tergelak.

“Kalau nak bandingkan dengan Seth Tan, dia 100 kali lagi romantik sebab boleh terfikir bagi Nora Elena beratus kuntum bunga ros. Bukankah kau kata aku kedekut?” Senyum. Tangannya mencapai lembut tangan Zuyyin.

“Mana ada.” Malu-malu bila Akif  menggenggam erat tangannya.

“Aku boleh je menyanyi untuk kau macam watak hero novel melayu yang selalu kau baca tu, tapi aku tak mampu. Bukan sebab suara aku tak sedap, tapi sebab aku tak mahu kita basah di sini kerana hujan. Aku tak mahu kau demam.” Kali ini dia membawa tangannya ke kepala Zuyyin. Mengusap kasih, seperti yang dia selalu lakukan sebelum ini.

“Kau nak cakap apa sebenarnya ini Akif?” Zuyyin di landa kebingungan. Dia takut untuk berharap, tapi sepertinya dia ingin percaya pada harapannya saat ini, hidup bersama Akif.

“Tak pun, aku boleh bawa kau candel night dinner, romantik di hotel 5 bintang. Aku mampu, tapi aku tak mahu kau rasa tak selesa sebab aku tahu kau lagi suka lepak di ruang tamu rumah kita dengan masak spageti kau yang buat aku cirit-birit.” Senyum. Tangannya jatuh ke pipi. Mengelus lembut.

“Akif..” Sebak.. Dia tidak tahu untuk apa dia merasa sebak. Ada air mata yang bakalan jatuh di bibir matanya tidak lama lagi.

“Aku mampu buat semuanya untuk kau Yeyen. Tapi aku tak mahu sebab aku nak kau terima aku dalam hidup kau, seadanya aku yang biasa. Terima aku yang kedekut, yang tak romantik, yang tak boleh menyanyi malah tak jambu macam dorang yang kau kenal.” Air mata Zuyyin yang jatuh di pipi dia usap perlahan sebelum meneruskan kata-katanya.

“Sebab yang tak romantik dan kedekut inilah yang mencintai kau sepenuh hatinya. Mencintai kau lebih daripada lelaki-lelaki yang pernah mencintai kau sebelum ini.” Masih tidak jemu dia menyapu air mata yang semakin lebat di pipi Zuyyin.

“Akif…” Hilang kosa katanya.

“Kau maukan, menjadi yang terus halal buatku?"

Zuyyin terkedu untuk kali entah ke berapa bila sebentuk cincin emas putih dengan dua permata di sua di hadapannya. Adakah Akif sedang melamar dia sekarang?

“Bukankah aku memang isteri kau?” Zuyyin membalas renungan mata Akif yang redup.

“Aku dan kau tersepit di tengah-tengah keadaan yang akhirnya mengikat kita menjadi suami isteri kerana permintaan arwah Atuk. Tapi hari ini, aku nak kau sendiri yang membuat keputusan. Aku sedang melamar kau sekarang Zuyyin.”

“Dan aku tiada sebarang bantahan dengan lamaran kau.” Senyum. Menadah tangan kanannya di hadapam Akif.

Dia tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk berfikir hidup bersama Akif kerana lama dulu dia sendiri sudah jatuh cinta dengan Akif.

“Aku sayang kau.” Cincin yang di belinya bersama Naim dulu dia sarung di jari manis Zuyyin. Muat, tepat, dan tersarung cantik!

“Aku sudah lama sayangkan kau.” Zuyyin mengesat air mata yang jatuh di pipi. Nek, Atuk, Ayien sudah bertemu dengan kebahagian yang Ayien cari.

AKif senyum, memegang tangan Zuyyin yang mengesat air mata di pipi sebelum menarik isterinya dalam pelukan. Terima kasih kerana memilih hidup bersama aku,Yeyen.

Klik!

Tersentak mereka berdua dengan bunyi kamera dan flash yang bertalu-talu.

“Err..” Berpuluh-puluh pasang mata pelbagai warna menjadi saksi penyatuan dua jiwa mereka. Gila ah, lupa pulak yang dorang kat public sekarang ni.

“Kiss her, son.” Seorang pelancong luar sebaya Wan bersuara.

“Err..” Tergagap-gagap Akif. Gila ke nak kiss-kiss kat public? Granny ni pun agak-agaklah.

“Alah, kiss jelah bai. Korangkan husband and wife, tak salah pun kan?” seorang lelaki yang masih merah inai di jari pulak bersuara. Isterinya yang berdiri di sisi pula mengangguk-angguk setuju.

“Tak nak-tak nak.” Zuyyin mengawang-gawangkan tangannya ke kiri ke kanan. Malu weh! Muka dah bertukar merah jambu ni.

“Kiss! Kiss! Kiss!” 

Okey, ini sudah macam dalam drama korea bila mereka dah mula bersorak. Dorang ni sengal ke hapa? Zuyyin tiba-tiba rasa gerun kalau Akif ikut saranan mereka.

“Akif, kau jangan nak buat gila kat sini.” Zuyyin undur setapak bila Akif menghampiri.

“Come on sayang, jangan hampakan peminat kita.” Akif sengih sambil menarik Zuyyin rapat ke sisinya dan chupp! Ciumannya hinggap di dahi Zuyyin. Lama dan penuh kasih.

“Wahhh.!!” Bertalu-talu flash kamera dari pengunjung yang datang di situ. Siap bertepuk tangan dan mengucapakan tahniah dan doa selamat untuk hubungan mereka.

Okey, ini bukan lagi macam, tapi memang dah dalam korea ni. Heronya bukan lagi Leetuek oppa, tapi Akif oppa!

*****************

P/S 1 : Maaf jika ianya melebih-lebih.

P/S 2: Maaf jika ianya buat korang kecewa, tapi Cik Gadis sedang berusaha jadikan ia menjadi manuskrip panjang. Ada atau tiada entri selepas ini di sini Cik Gadis tak tahu lagi. 

P/S 3 : Cik Gadis sayang korang!

P/S 4 : Hidup baik-baik demi orang yang sayang & cinta korang (^_^)



Korang Comel Kalu Korang Like

35 comments:

yong said...

suka gila.......tq cik gadis....

good luck!!!!!

nanti terrindu-rindu yeyen n akif...

Mawar'aesya said...

waaaaaaa~ romantiknya akif, siap bagi cincin baru kat ayyen.. hehehe..
terbaik lah aksi diorang nie.. hahaha
good job..
teruskan menulis lagi..

Cik Qiqi said...

alaaaa . . bestnyew ! nak lagi cite nie ! ! !

Anonymous said...

sweet gile

Anonymous said...

romantiknya!!!
cik gadis, awak kena bertanggungjawab...:(

akif~~
sy dah jatuh cinta dgn dia...
*maaf erk zuyyin..

cikpah said...

dah abis ke? lepas ni rindu la dengan aakif oppa...

gud job cik gadis... hahaa.... cite ni best sgt...=D

Anonymous said...

Best!!!
Terbaikkkk!!!!! ^_^

Anonymous said...

apa jd dgn mak long yeyen??
dier baik dgn yeyen ke at last???

Noor Affiqah said...

update lg next n3...suke la akif n zuyyin...kire romantik jugak la lamar cm 2....hehehe

cik zafirah azman said...

cik gadis,
akhirnya saya terpaksa juga meluahkan apa yang saya rasa...

cite nie memang bez!!!!!!!!!!!!x100
sgt!!
kalau cik gadis terbitkan novel nie saya mesti beli!!mesti!! walaupun dah baca..bila dah beli saya boleh baca banyak2 kali..

saya cadangkan cik gadis teruskan aja lah menulis cite nie kat sini,xperlu nak berhenti, saya akan merindui akif dan yeyen.. <3

p/s: saya tak sanggup meninggalkan akif dan yeyen!! =(

Naza Dean said...

no k0men.. Cukup puas hati n3 26 ni.. Jiwang upanya akif

Unknown said...

alaaaa...bez r...nk ag citer niey...

Unknown said...

alaaaaa...bez r...nk ag citer niey.,

nur79 said...

Terbaikkkkk la..rmantik la plak akif..sy nk suami macam akif...hahahahaha..nanti kalau dah kua novel jangan lupa bgtahu k..

syira destroyer said...

hell yeahhhh akif oppa :) btw gud luck cik adek manes :)

missheart said...

cik gadis plez smbung citer nih..seharian sy bc citer ni sjk pg smpai mlm..

cik gadis, sy rasa dah jtuh cinta dgn akif...waaaaaaaa..xdelah gurau jer

klau dah xde sambungannya kami semua kecewa cik gadis..btol x pembaca lain?? tp terpulang pd cik gadis lah sy xpaksa..huhu(plez kat ats tu hapa??)

Diahperi said...

dah abis ke...buat special n3 ke..citalah sikit kisah mak long dia dah insaf ke, akif n yeyen ada anak ke..blh x cik gadis.

dora said...

like berabis nie crita....

Anonymous said...

nk akif jugak!!!!

Anonymous said...

nk tnya ni ?
cite ni dh habis ke ?
ataupun ada smbungan dlm bentuk novel ?
pleasee nk tau sgt !
cite ni best sgt.. ^_^

Anonymous said...

cter ni dh habis ke??
mcmane penerimaan mak akif???
ape2 pn..cter ni best gler, sis..
keep it up..=)

nyna said...

besh . nya cite nieyh . suka suka . alaa . bt lhh lg nt rndu na bce cite nieyh . saya bg A PLUS tao !

Nur'Ain said...

soooo sweet!!!...
terbaik la cik gadis!!

cik lebah said...

terasa nak kahwin ngan akif pulak..ahaha..

anis adila said...

da mcm orang gila nak mkn kera dah ak...tersengih sorang2...gila sweet...ak nk cri laki mcm akif.....huwargggg sukaaaaaaaaaaaaaaa

anis adila said...

ak da mcm orang gila tertelan kera dah ni...trsengih sorang2...huwarggg suka...nk cri somi mcam akif...swett jer....lap3

eilamsm said...

cerita ni da kuar jd novel ka blum??da lma sya tunggu

NurAtiZa said...

Memang betul-betul sweet r diorang ni.....#^_^

Unknown said...

seriously...dari taun lepas smpai taun 2013,,masih suka baca pasal zuyyin ngan akif...biarpun dah bnyk kali..x jemu...
buat la entry time pengalaman dyeorg mngandung n dpt baby..please???

Unknown said...

mmg best even dah baca bnyk kali dati taun lpas smpai la skrg...
buat la pengalaman dyeorg ada anak..from zuyyin mngandung smpai la nak lahirkan...hehe..
please??

Unknown said...

seriously...dari taun lepas smpai taun 2013,,masih suka baca pasal zuyyin ngan akif...biarpun dah bnyk kali..x jemu...
buat la entry time pengalaman dyeorg mngandung n dpt baby..please???

Unknown said...

dh wat novel ke....klo dh..nk!!!!xbez bce kat lappy je...nk beli..bce smbil guling-guling!!!

Anonymous said...

Dh terbit ke novel ni? Best sangat-ii.

Anonymous said...

Sweet ny ^_^ best dpt laki mcm tuhh.. adoyai :)

Anonymous said...

Bestlh cerita ini