Gerak mata Aiman menyoroti setiap perlakuan Lydia. Hingga wanita yang sudah dua minggu dia tidak temui itu merasa rimas. Siapa tak rimas kalau tengah mengerdipkan mata pun menjadi bahan tontonannya.
“Awak tak perlu tengok saya macam tu Aiman. Saya rasa rimas.” Lydia akhirnya mengalah. Duduk di depan Aiman bila dia sudah penat menghindar diri.
“Good! Saya memang nak awak rasa macam tu.” Ujar Aiman tanpa rasa bersalah.
“Awak buat saya rasa bersalah.” Mengeluh.
“Lagi sekali, good! Saya memang nak awak rasa macam tu.” Senyum sinis.
“Aiman.” Menggelengkan kepala. Dia tidak punya kekuatan untuk bercerita tapi dia juga terasa semakin lemah untuk terus berahsia.
“Ya? I’m open ear Lydia.”
Aiman berpeluk tubuh, tanda dia punya banyak masa untuk mendengar cerita Lydia. Sama banyaknya dengan masa yang Lydia habiskan untuk mendengar dia bercerita satu waktu dulu. Dia tahu, ada banyak benda yang Lydia perlu jelaskan padanya.
“Ia bukan satu cerita yang menarik Aiman, malah ia bukan berakhir dengan happy ending.” Lydia senyum. Selebihnya, dia berharap Aiman tidak bertanya lagi.
“Satu masa dahulu, awak juga pernah mendengar sebuah kisah yang bukan berakhir dengan happy ending Lydia. Tapi, awak masih mendengarnya, dan saya juga begitu. Saya masih akan mendengarnya Lydia, asalkan awak sudi bercerita.” Aiman bermadah.
“Sejak bila awak suka memaksa Aiman?”
“Sejak saya bertemu awak yang suka berahsia.” Senyum. Dan Lydia cuma menggelengkan kepala.
“Amin, two hot chocolate please.” Ujar Lydia pada pekerjanya yang baru lalu di meja mereka.
“One moment Miss Lydia.” Amin, pelayan cafenya berlalu mendapatkan pesanannya.
“Saya tak perlukan hot chocolate, saya berada dalam keadaan yang sangat tenang mendengar cerita awak.” Ujar Aiman. Bersahaja.
Memang benar dia dalam keadaan yang tenang-tenang sahaja. Meskipun tanda soal di kepalanya sudah semakin besar. Dia sangat butuh penjelasan.
“Awak mungkin tak perlukannya Aiman, tapi saya perlukannya.” Masih dengan senyuman di bibir. Secawan hot chocolate yang baru di letakkan oleh pelayan di atas meja di suakannya pada Aiman.
“Tapi, awak mungkin perlukannya Aiman.” Cawan hot chocolate di bawa ke bibir.
“Tak mungkin.” Sengih. Namun di bawa juga cawan itu ke bibirnya. Sekadar mencicip sedikit hot chocolate pekat kegemaran Lydia, menghilangkan sejuk. Apatah lagi hujan tengah turun dengan lebat di luar sana.
“Satu masa dahulu, saya juga seperti awak Aiman.”
“Maksud awak?” Aiman letak cawan itu kembali di atas meja. Seingatnya, ini kali ketiga Lydia mengeluarkan kata-kata ini. Apa persamaan mereka yang di maksudkan oleh Lydia?
“Saya juga seperti awak. Jatuh cinta dengan hak orang lain. Saya cintakan suami kakak saya. Malah lagi teruk, saya cuba merampas dia dari kakak saya.” Lydia bersuara tenang meskipun terasa malu membuka aib di dada.
Aiman duduk di situ tanpa kata, terkedu mendengar pengakuan Lydia. Terasa ingin membalas kata-kata Lydia, tapi tiada ayat yang mampu dia rangka. Akhirnya, dia cuma membiarkan sahaja Lydia meneruskan kata-katanya.
“Abang Khairul, dia bekas pensyarah saya. I’m was 22 when I’m fall in love with him. Truly in deeply. But one day, he’s come to my house as my future brother in law. Awak mungkin tahu apa yang saya rasakan ketika itu.” Lydia berhenti sebentar, memandang wajah Aiman. Bila dia lihat Aiman sekadar duduk membisu di situ, dia meneruskan ceritanya.
“Macam-macam yang saya buat tuk buat dorang bercerai-berai dengan harapan abang Khairul akan sedar kehadiran saya. Saya nampak baik di depan kakak saya, tapi sebenarnya saya tikam dia dari belakang. Hinggalah suatu hari, abang Khairul membongkar segalanya. Tapi kakak saya tak percaya kalau adik dia sejahat itu. Ibu dan Walid saya tak tahu menahu hal itu juga menyebelahi saya. Mereka percaya kalau saya di fitnah. Kakak dan abang Khairul hampir bercerai berai kerana itu dan saya puas!” Namun ekspresi wajah Lydia menggambarkan penyesalan ketika menyebut perkataan “Puas” itu. Tiada kepuasan terlukis di situ.
“Kemudian apa yang terjadi? Apa yang buat awak sedar kalau sebenarnya awak bersalah?” Aiman bersuara juga akhirnya.
“Abang Khairul.” Lydia menarik nafas. Dalam-dalam. Matanya merenung permukaan meja.
“Dia datang jumpa saya, selepas beberapa hari kakak saya keluar dari rumahnya. Malah kakak siap failkan penceraian lagi. Dia katakan sesuatu yang saya tak akan lupa sampai bila-bila pun.” Lydia mengangkat pandangan matanya, membalas panahan mata Aiman.
“Apa?” Soal Aiman sepatah.
“Mencintainya cuma satu pembaziran, kerana akhirnya yang terluka cuma saya. Dia tak akan pernah jatuh cinta dengan perempuan sekeji saya.” Setitik air mata Lydia jatuh di pipi.
“Apa awak buat lepas Khairul cakap macam tu?” Aiman membiarkan sahaja Lydia dengan air matanya yang jatuh sebutir-sebutir.
“Saya lari bawa diri, sambung belajar ke luar negara. Alah, macam cerita novel-novel tu.” Gelak. Sempat lagi dia buat lawak dengan air mata yang masih bersisa di pipi. Lydia, Lydia.
“Sebelum saya pergi, saya jumpa kakak saya dan minta maaf serta terangkan segalanya kepada Ibu dan Walid saya. Selama tiga tahun di sana, saya tak pernah balik. Saya malu pada semua orang biarpun tiada siapa yang pernah salahkan saya. Hinggalah kakak saya meninggal dalam kemalangn jalan raya setahun yang lalu. Saya balik dan berusaha menjalani kehidupan di sini. Kehidupan yang normal.”
“Speechless.” Hanya sepatah itu yang mampu Aiman ucapkan. Dia benar-benar hilang kosa kata. Kelu lidah tanpa bahasa.
“Kan saya dah kata, cerita saya tak menarik untuk di kongsi.” Senyum paksa, air mata di pipinya di seka.
“Jangan.” Perlahan tangan Aiman menghentikan tindakan Lydia.
“Kenapa?” Tangan Aiman yang mendarat di tangannya di tepis perlahan.
“Dah berapa lama awak tak menangis?” Soal Aiman.
“Entah. Saya pun tak ingat.” Menunduk.
“Menangislah. Menangis bukan bererti awak lemah, awak cuma menjadi realistik sahaja.” Aiman senyum.
“Saya malu menangis di hadapan orang.” Masih menunduk wajah.
“Mari.” Tangan Lydia di capainya. Terus menuju ke pintu utama. Pintu kaca itu di tolak kuat. Tidak di pedulikan mata-mata yang memandang mereka pelik.
“Kita nak ke mana?” Lydia soal hairan bila Aiman menolaknya masuk ke dalam kereta.
“Somewhere.” Senyum. Enjin kereta di hidupkan.
“Aiman, barang-barang saya ada di dalam dan kejap lagi saya kena tutup cafe. Lagipun hujan ni. Saya tak nak ikut awak.” Membantah. Cuba membuka pintu kereta tapi kereta yang sedang meluncur laju itu menghalang niatnya. Dia belum banyak amal nak mati free.
“Bencilah dengan awak!” Cebik bibir. Sakit hatinya dengan Aiman yang tiba-tiba menculiknya. Oh dan, dia benci dengan senyuman di bibir Aiman saat ini!
“Okey, keluar.” Aiman buka pintu kereta, menarik Lydia yang masih tarik muncung sedepa di dalam kereta Siap masih pakai seatbelt lagi.
“Hujan ni.” Membantah. Buat apa datang taman permainan malam-malam buta macam ni? Dengan hujan bagai.
“Keluarlah Lydia.” Menarik tangan Lydia.
“Awak ni, kalau saya demam nanti saya ambik ubat free kat klinik awak.” Lydia buka seatbelt. Cebik bibir dia menurut arahan Aiman.
“Hah? Dah keluar ni, nak buat apa lepas ni?” Soalnya geram. Berpeluk tubuh dia menahan sejuk. Sengal punya Aiman!
“Menangis! Sekarang tiada siapa tahu kalau awak sedang menangis. Sebab air mata awak dah bercampur dengan air hujan. Malah, saya yang yang berdiri depan awak ni pun tak tahu kalau awak sedang menangis.” Aiman senyum.
Duduk di salah sebuah kerusi di situ, tidak jauh dari tempat Lydia berdiri.
“Aiman..” Jatuh terduduk Lydia di hamparan rumput.
Air matanya jatuh bercampur air hujan. Bukan menangis kerana memikirkan cinta yang tak kesampaian, tapi terharu. Untuk pertama kalinya, ada seseorang yang kisah akan dirinya. Mengambil berat akan dirinya. Dan orang itu bukan sesiapa dalam hidupnya. Cuma seseorang yang semakin hari semakin memenuhi rutin kehidupan hariannya.
“Aiman!” Lydia melaung, memanggil nama Aiman kuat.
“Yup!” Sahut Aiman yang masih duduk di kerusi, tak berganjak.
“Ada sesuatu yang perlu awak tahu.”
“Apa lagi yang awak sembunyikan dari saya Lydia?” Rasa ingin tahunya meluap-luap.
“Nama saya Laili. Lydia Laili.” Senyum.
“Hahahahaha!”
Gelaknya meriah mendengar kata-kata Lydia. Dia tidak kisah apa pun nama Lydia. Lydia atau Laili, mereka tetap orang yang sama kan? Orang yang sudah menawan ramai hati dengan senyumannya.
Mungkin cerita dia dan Lydia bakal berakhir dengan happy ending atau pun happily ever after macam cerita dalam novel itu, cuma masanya sahaja yang belum tiba. Ataupun, kerana mereka belum ketemu hero dan heroin mereka. Dan itupun ,jika mereka tidak pernah berhenti menggapai bahagia.
“Balik jom.” Aiman menghulurkan tangan, ingin membantu Lydia bangun.
“Awak kena hulur tangan awak kat tok kadi dahulu sebelum awak hulur kat saya.” Lydia bangun sendiri, dengan senyuman di bibir. Mujurlah dia pakai seluar dan baju blouse labuh hingga ke betis. Kalau tak free je nanti dia buat show tayang bentuk badan depan Aiman.
“Haha. Sorry.” Buat muka simpati.
“It’s okey.” Berdiri di depan Aiman yang masih tersengih.
“Er, pasal salam tok kadi tu saya rasa saya perlu jumpa dua orang sebelum saya boleh salam dia.” Berjalan beriringan dengan Lydia menuju ke kereta.
“Siapa?” Kerut dahi. Tangannya yang sedang membuka pintu kereta terhenti.
“Ibu dan Walid awak!” Kenyit mata.
“Eh?” Sesaat. Tiga saat. Lima saat. Lydia terkedu. Terpaku. Tergamam.
“Hahahahaha!”
Gelak Aiman mengembalikan riak tenang di wajah Lydia. Sengal punya Aiman!
*****************
P/S: Anggaplah ini special entri Aiman dan Lydia =)
8 comments:
Cool. aiman dan lydia ada part bahagia diorang...
writer ni GREAT la.love it! :)
Awak tahu x Cik Gadis, awak hebat? Awak boleh seimbangkan cerita, ada sedih dan ada bahagianya. Jalan cerita yang santai, bermesej dan awak cool sekalipun awak minat Korea. Hahaha =)
P/S: Jangan risau, saya orang pertama yang akan beli buku awak. Bukukanlah novel ini, saya pasti ramai yang akan beli novel awak!
ni yg cheq suka nih... abg aiman nanti dah tak kacau zuyyin dah la nmpknya.... yess!!!
cuweet nye aiman n lydia~~
hehe... :)
ahaha...yesss...aiman ngn lydia...yeay!
nie entry AIMAN yang PALING BEST !
ala2 hindustan.. Bhujan di taman.. Ahaks.. But its romantik ok...
ala...dah habis.nak lagi,nak lagi.x sbr nak tgu kish zuyyin vs akif.hope dorang dpt baby sndiri nnti
Post a Comment