Jul 10, 2011

Isteriku, 19 tahun! [19]


Bunyi bising dari washing machine yang menuntut sabun powder mengganggu konsentrasi Akif yang sedang membaca majalah sukan. Dia abaikan sahaja, yakin benar Zuyyin yang sedang bersidai di ruang tamu dengan laptopnya mendengar bunyi yang sama. Lagipun, memang Zuyyin yang memutar mesin itu tadi.

“Aish, mana budak ni?”

Akif kerut kening bila bunyi itu kedengaran sekali lagi. Takkan Zuyyin tak letak lagi sabun powder tu? Mesin ni pun satu hal, asyik memekak aje. Guna mesin manual lagi bagus, tak ada bunyi-bunyi macam ni. Mendengus geram sebelum bangun menuju ke ruang tamu.

             “Bounce to you Bounce to you nae gaseumeun neol
              Hyanghae jabhil sudo eobseul mankeum  
              ddwigo itneungeol
              Break it down to you down to you nae gaseumi neo
              Neol gatji mothandamyeon meomchul georanda..”

“Amboi, kalah artis AF buat konsert.” Akif geleng kepala sambil menghampiri Zuyyin yang tengah kusyuk menyanyi lagu korea. Entah betul ke tak lirik Zuyyin dia pun tak tahu.

“Yeyen!” Di cuitnya bahu Zuyyin.

“Oh Lee Teuk oppa saranghae!” Melatah Zuyyin tiba-tiba.

“Saranghae, saranghae, tu mesin basuh tu dari tadi memekak. Kau buat pekak pulak.” Jarinya menunjuk ke arah mesin basuh yang berbunyi sekali lagi.

“Alah, tolonglah letakkan sabun.” Sengih. Rasa sayang nak tinggalkan Lee Tuek Oppa yang sedang nyanyi lagu Bonamana.

“Dasar pemalas!” Namun di bawa juga langkah kakinya ke mesin basuh. Tak pasal-pasal dia yang kena. Baik dia pun buat pekak sahaja macam Zuyyin tadi.

“I’m not lazy okey. I’m just in energy saving mode.” Menafikan.

“Saving apanya kalau melalak macam orang nak terkeluar anak tekak?” Duduk di sebelah Zuyyin yang masih memakai headphone di kepala.

“Ini bukan melalak okey? Ini menyanyi. Nyanyi lagu korea, Super Junior! Cakap dengan kau pun tak ada gunanya, orang ‘dewasa’ macam kau ni, tak adanya tahu apa-apa pasal K-Pop.” Menyindir dan memerli dia sekaligus.

“Super Junior? K-Pop?”

Okey. Itu binatang apa? Adakah ia sama spesies dengan TOP Big Bang yang menjadi punca dia dan Hanni bergaduh berebutkan remote?

“Kan aku dah cakap, kau memang tak tahu apa-apa.” Senyum sinis. Dasar buta IT!

“Tak terasa.” 

Senyum sinis. Sekalipun dia tak kenal menatang apa yang Zuyyin dok sebut tadi tu, tapi dia tak akan sekali-kali mengaku depan Zuyyin. Depan bini, mesti mau macho maa..

“Dah agak dah. Kau memang ketinggalan zaman bila kau cakap kau tak kenal Super Junior tadi. They a big superstar okey! Agak pelik bila kau tak kenal dorang sedangkan satu dunia kenal dorang. Mereka sangat hot you know.” Zuyyin geleng-geleng kepala seolah menyesali ketidakkenalan Akif terhadap artis pujaannya.

“Oh, mungkin mereka cuma famous di dunia yang tak ada Akif.” Sinis lagi.

Apa istimewanya Super Junior sehingga mereka sangat bermakna di hati Zuyyin? Siap bercerita dengan mata yang di penuhi bentuk hati berwarna merah.

“Aku tau kau jealous. Lelaki-lelaki Malaysia memang selalu jealous dengan Suju. Kau tau kenapa? Sebab lelaki Malaysia tak hot, tak romantic, tak sweet macam Suju.” Ujar Zuyyin sambil letak kedua belah tangan di pipi. Tengah imagine jadi girlfriend Suju kot.

“Eh? Lelaki yang muka jambu macam perempuan yang terkinja-kinja menari macam bapok ni kau kata hot?  Menarik? Romantic dengan sweet tak boleh blah? Aku tak nampak di mana kerasionalannya kata-kata kau.” Juih bibir dengan jari telunjuk di point tepat-tepat di skrin lappy Zuyyin yang berlatarkan video Super Junior yang sudah di pausekan.

“Ini Leetuek, Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong. Sungmin, EunHyuk, DongHae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun oppa, bukan bapok okey! Dorang semua hot okey! Lagi-lagi bila Leetuek oppa pakai wig. Macam girls, so cute..” Zuyyin buat tak peduli kata-kata Akif  biarpun Akif dah kutuk kaw-kaw punya artis kesayangannya.

Alah, normallah orang jealous macam Akif  merapu meraban macam tu. Kutuk-kutuk artis Korea sebab nak lindungkan kelemahan sendiri. Oppa, jangan ambik hati ya. Akif tu memang, terencat emosi. Zuyyin usap-usap gambar kaku di skrin lappy.

“Nama mamat-mamat jambu yang punya main ramai ni pun kau ingat? Salutelah! Tapikan, aku rasa better kau guna daya ingatan kau yang kuat ni tuk ingat resepi Spageti yang  cuma berapa kerat je bahannya tu. Nanti tak adalah kau buat spageti kicap lepas ni.” Sengih sambil angkat kaki, nak masuk bilik. Penat matanya tengok Zuyyin macam dah orang terencat. Huh, Super Junior? Superlah sangat!

“Lagi satu, kau ni normal ke tak? Boleh kau cakap lelaki pakai wig itu cute? Memang sah terencat.” Geleng kepala dan  melangkah tinggalkan isterinya yang terpinga-pinga di sofa. Padan muka! Oppa, oppa lagi kau.

“Erk eleh, yang dia dok nyanyi baby, baby, baby sambil tengok video si mamat bibir terkinja-kinja menari atas pentas macam budak sekolah tak cukup umur tu, aku tak kata apa pun.” Zuyyin angkat bibir sebelah. Sakit hati!

Tarik baliklah kata-kata kat meja makan tadi, Akif tak romantik okey! Full stop!


“Assalammualaikum!” 

Suara orang bagi salam berserta bunyi ketukan di pintu menghentikan langkah kaki Akif dan makian Zuyyin dalam hati.


“Siapa yang datang?” Zuyyin pandang Akif sambil angkat-angkat kening.

“Entah! Pi pakai tudung kau cepat.” Arah Akif sambil langkah kakinya di bawa ke pintu. Apa kes ketuk pintu rumah orang macam nak bagi roboh?

“Oh, aku ingatkan pencegah maksiat mana yang datang buat spotcheck tadi.” Ujar Akif tanpa riak di wajah bilamana Rizqin terpacak di depannya sebaik pintu terbuka. Dengan Adam di dalam pelukan yang hampir terlena. Juga dengan beg kecil di tangan kiri.

“Sorry ganggu korang malam-malam buta ni.” Rizqin sengih, sembunyi rasa bersalah.

“Kau memng wajar minta maaf, sebab kau baru ganggu sesi mesra-mesraan kami.” Sengih, namun sesaat kemudian sengihannya mati bila Zuyyin pasang muka kau-nak-kena-bunuh-ke tepi dia. Bila masa Zuyyin terpacak kat situ pun dia tak tahu.

“Korang delay ke malam esok sesi mesra-mesraan tu boleh tak?! Malam ni tolong jaga anak aku, aku kena ke hospital sebab Sara dah nak bersalin. Aku tak boleh bawa Adam sebab takdak orang yang boleh jaga dia kat spital, mak mentua aku tak sampai lagi. Kalau kau nak merungut, sila merungut esok. Zuyyin, bolehkan tolong jaga Adam malam ni?” Rizqin serah Adam ke dalam pelukan Akif yang tengah pasang muka bingung.

“Eh?!” Zuyyin dah mula cuak. Jaga baby? Gila, ini tiada dalam senarai to do listnya dalam usia 19 tahun ini.

“Thanks! Esok tengah hari aku ambil Adam. Dalam beg ni ada barang keperluan Adam. Pleaselah, jangan buli anak aku k!” Rizqin bagi pulak beg kecik itu kat Zuyyin. Mencium anaknya sebelum berlari laju ke tangga.  Gelabah punya pasal sampai tak perasan lif di sebelah tangga.

“Babysitter?” Akif tanya soalan kat diri sendiri sambil tengok Adam yang dah lena dalam pelukan sebelum alih pandang kat wajah isterinya yang juga pasang muka cuak. Habislah, kursus kahwin hari tu dorang tak ada ajar jaga bayi, macam mana ni?

“Dia akan tidur sampai ke pagikan?” Zuyyin tanya Akif sambil mengusap kepala Adam yang di baringkan di atas sofa.

“Harap-haraplah.” Akif yang duduk atas meja tengok saja perlakuan isterinya.

“Adam tidur dengan siapa ni?!” Zuyyin tanya bila Akif dah mula menguap sedangkan jam baru menunjukkan angka 12.30. Tak remaja sungguh!

“Dengan kau lah!” Akif balas selamba.

“Mana boleh! Aku mana tau jaga baby.” Zuyyin membantah.

“Macamlah aku tau.” Akif pun taknak kalah.

“Tapi kau ada adik, mestilah tau sikit-sikit.” Zuyyin bagi hujah yang tak boleh di sangkal.

“Tapi kau perempuan, nanti bisuk-bisuk ada baby, kau yang kena jaga.” Hujah Akif lagi masuk akal.

“Arhh! Fine! Adam tidur dengan kita berdua. Baru fair!” Kali ni Zuyyin buat keputusan.

“Bilik aku.” Akif angkat penuh kasih sayang Adam masuk biliknya. Zuyyin yang bawak beg Adam berdiri teragak-agak depan pintu bilik Akif.

“Kau berdiri macam guard kat situ tu kenapa?” tanya Akif bila tengok Zuyyin terpaku depan pintu.

“Apa jadi pada rules nombor satu?!” Zuyyin tanya sambil mengerut kening. Takkan dah lupa kot? Hari tu bukan main beriaia bentang syarat.

“Di mansuhkan.” Nak simpan rules yang lain buat apa kalau rules yang lain pun aku dah langgar?

“Huh?” Masih terpaku di depan pintu. Tapi tangisan Adam membuatkan Zuyyin laju melangkah masuk ke dalam.

“Adam kenapa?” Zuyyin berdiri di tepi katil tanpa buat apa-apa. Sekadar memerhatikan Akif menepuk-nepuk punggung Adam yang semakin galak tangisannya.

“Dia terjaga.” Zuyyin dah mula kalut. Macam mana kalau Adam nangis sampai esok pagi? Haru! Agak-agak, ada tak pusat nursery buka malam-malam macam ni? Nak call, nak import nanny!

“Nak susu kot?!” Akif teka aja bila tengok Adam menghisap bawah bibirnya. Haus agaknya. Sesekali dia mengerling wajah cuak isterinya. Apa yang nak di dok kalutkan sangat ni?

“Nah.” Zuyyin hulur botol susu yang ada dalam beg Adam. Nasib baiklah Rizqin dah buat siap-siap susu Adam, kalau tak haru jadinya nanti dorang dua laki bini.

“Mari minum susu Adam. Babah Akif susukan okey.” Akif angkat Adam ke pangkuannya. Kekok dan berhati-hati. Botol susu di hulur Zuyyin dia sambut.

“So sweet...” Zuyyin gelak kecil campur kagum tengok cara Akif menyusukan Adam. Babah Akif? Dia boleh jadi ayah yang baik!

“So, adakah kau bersetuju lelaki melayu boleh menjadi sweet tanpa pakai wig atau beraksi cute depan kamera?” Soal Akif, selamba. Saja nak kenakan balik isterinya yang kutuk dia suka nyanyi lagu Justin Bieber.

“Perasan! Tapi tengok kau macam ni, aku rasa kau boleh jadi ayah yang baik.” Sengih. Akhirnya, terkeluar juga pujian itu dari bibirnya.

“Kau baru tahu ke? So, bila kau nak bagi aku bayi?” Akif ketawa meriah sebelum terdiam bila Zuyyin baling dia dengan penutup botol susu Adam.

“Dari tadi asyik melalut je.” Benci tol!

Zuyyin angkat Adam dari pangkuan Akif dan letak antara mereka. Wajah comel Adam di pandang. Suci. Wajah Akif mungkin pernah sesuci ini satu masa dahulu sebelum dia ‘cacatkannya’ dengan aksi terencat emosinya itu. Hahaha!

“Comel giler Adam ni. Kalau ada baby, aku nak comel macam Adam.” Zuyyin tunduk mencium pipi Adam.

“Confirm kau dapat.” Akif dah mula baring semula di sebelah Adam. Ngantuk!

“Tau-tau je..” Zuyyin pun dah mula baring sebelah Adam.

“Taulah.” Akif mula tutup mata.

“Macam mana kau tau?” Zuyyin mengiring ke arah Akif yang juga sudah mengiring ke arahnya.

“Sebab kau kahwin lelaki kacak.” Akif gelak-gelak kecil dengan ayatnya sendiri.

“Perasan!” Zuyyin cebik bibir tapi sesaat kemudian cebikannya mati bila mata Akif melekat di wajahnya. Wajah Akif yang penuh senyuman itu tadi hilang berganti dengan wajah seriusnya.

“Kenapa?!” soal Zuyyin perlahan. Adam di tengah-tengah memisahkan mereka.

“Rasa macam nak cium kau bila buat bibir macam tu.”

“Gila!” Laju Zuyyin bangun sambil tangan menekup mulutnya. Bantal di kepala katil di balingnya ke arah Akif yang ketawa meriah tengok aksinya.

“Haha. Kau pun comel macam Adam. And of course tak perlu pakai wig.” Gelak lagi.

“Tidurlah Adam. Jangan pedulikan Babah Akif yang sengal tu.” Zuyyin menepuk-nepuk punggung Adam yang sudah kekenyangan susu. Malas nak layan karenah Akif.

Harap-harap Adam akan tidur sehingga pagi. Janganlah dia menangis lagi macam tadi, kalut dorang laki bini nanti. Doa Zuyyin dalam hati sambil tangannya tak henti-henti menepuk punggung Adam.

“Kau pun, boleh jadi ibu yang baik Yeyen.” Ujar Akif  sambil menyengih bila Zuyyin menjegilkan mata ke arahnya. Comel!

“But before, please be a good wife first! Penat aku tengok kau buat muka terencat macam tu.” Gelak. Zuyyin, kaya dengan ekspresi muka.

“Sama penat dengan aku yang tengok kau pasang muka terencat emosi kau tu.” Cebik bibir. Tak nak dia kalah bertikam lidah dengan Akif. Lagipun, gaduh-gaduh manja itukan bunga-bunga cinta. Haha!

 “Tidurlah, penat dah mulut kau membebel sepanjang hari ni.” Menyindir lagi.

“A’ah, sama penatnya dengan telinga aku yang dengar kau merepek sepanjang hari.” Membalas lagi sindiran Akif.

“Chait!” Akif tarik bantal, tekup di mukanya. Bising!

“Haha!” Gelak Zuyyin bergema di bilik tidur Akif. Puas hati!

‘Mama Ayien puas hati Adam.’ Tunduk dia bertalu-talu mencium Adam yang sudah lena.

‘Abang Aiman, sepertinya Akif tak sanggup nak lepaskan dia pergi’, dengan mata yang sedikit terbuka dia mengintai Zuyyin.

***************** 
Suara tangisan Adam yang bingit menyapa gegendang telinga Zuyyin. Dengan mamainya, dia menoleh jam di dinding. Pukul 3 pagi.

“Akif, Adam nangis tu.” Dengan mata terpejam dia bersuara.

“Akif!” 

Keras suaranya bila tangisan Adam kedengaran lagi, tiada tanda-tanda Akif sudah bangun menenteramkan Adam. Tarik balik ayat ‘kau boleh jadi ayah yang baik’ tadi!

“Mana Akif ni?” Zuyyin pandang sekeliling bilik. Tiada Akif di situ.

“Napa sayang? Nak susu?” Zuyyin suakan botol susu di mulut Adam.

“Tak nak? Dah tu nak apa?” Zuyyin naik bingung bila Adam masih menangis, enggan menyusu bila di suakan botol. Ke mana Akif ni? Tak dengar ke Adam menangis sakan ni?

“Adam nak apa sayang? Cuba bagi tahu Mama Ayien.” Zuyyin mengusap ubun-ubun Adam yang masih kuat tangisannya. Macam kena pukul dah gayanya.

“Pampers dia dah penuh kot. Cuba check.” Akif yang baru keluar dari bilik air bersuara.

“Eh?” Zuyyin yang tersentak pantas memegang punggung Adam. Memang basah.

“Basah.”

“Tukarlah.” Akif dah baring semula di sebelah Adam. Bila dah baring macam tu, barulah Zuyyin perasan wajah pucat Akif plus bau semerbak minyak angin.

“Kau kenapa? “ Soal Zuyyin sambil terkial-kial menukar lampin Adam. Akif sakit apa? Takkan sakit perut?

“Entah, rasa tak selesa perut ni.” Memejamkan mata. Lesu akibat muntah dan buang air banyak kali.

“Kau bukan kena poison food kan?” Zuyyin pantas mendapatkan Akif. di jamahnya dahi Akif, tak panas. Syukur, Akif belum terhidrat.

“Rasanya ia. Kau ada letak cheese ke dalam spageti tu?” Soal Akif dengan mata terpejam.

“A’ah, tuk likatkan kuah tu. Kenapa?” Takkanlah Akif tak boleh makan keju?

“Aku tak boleh makan cheese. Nanti perut aku meragam.” Mengeluh. Biarlah, bukan salah Zuyyin pun.

“Aku tak tahu.” Zuyyin rasa bersalah yang amat. Tengok wajah lesu Akif, dia rasa macam nak nangis!

“Dahlah, bukan salah kau. Tepi sat, aku nak ke toilet.” Akif laju bangun dari pembaringan bila terasa mual dengan perut yang memulas kembali menyerangnya.

“Adam, macam mana ni? Abah Akif tak sihat.” 

Kepala Adam yang sudah kembali lena di usap-usapnya. Bimbang dengan keadaan Akif. Matanya asyik melihat ke arah pintu tandas. Bila nak keluar ni?

“Nak pergi klinik tak?” Soal Zuyyin sebaik Akif keluar dari bilik air, dengan wajah yang semakin lesu.

“Tak larat nak drive. Lagipun, takkan nak bawa Adam keluar malam-malam macam ni. Tak apalah, kejap lagi okeylah.” Akif baring semula di sisi Adam, kembali memejamkan mata. Cuba mengusir kesakitan.

“Tidurlah.” Akif membuka matanya sedikit, tersenyum pada Zuyyin yang sudah kembali baring di sebelah kanan Adam.

“Maaf.” 

Wajah Akif yang sudah kembali memejamkan mata dia pandang dengan rasa bersalah. Kasihan suamiku.


*********************
P/S: Sebahagian dialog di atas adalah kisah benar. Rasanya korang boleh agak yang mana satu. Hahah! =) Hari ini jadi sesi luahan hati pulak. Penat jadi cupid cinta ni. Miahahaha!


Korang Comel Kalu Korang Like

5 comments:

cactaceous opuntia said...

alorh..sweet btol...huuu..ok makin maju perkembangan dorg ni...hee..

Anonymous said...

sweetnyer.... smbg cpt2 yer..

Cik Qiqi said...

alalala . . sweetnyew bila jadi abah akif . . but lebih okay papa akif . . hihihi . . btw , nice story !

Anonymous said...

geram dgn akif kutok suju!!>.<
btw,dia sweet sgt:)

mrs.simple said...

lol,suddenly i bcame too excited when i read ur story when u mentioned suju there!!<3 more excited when u mentioned leeteuk...