Nasi yang masih banyak di pinggan tidak larat lagi di habiskan. Perlahan Zuyyin bangun, terus menuju ke singki. Lantaklah kalau Wan nak marah dia sekalipun, dia betul-betul sudah tidak tahan. Kulit telinganya lagi tebal berbanding dengan kulit di tangan. Setakat bebelan Wan, macam angin lalu je di telinganya.
“Kenapa tak habiskan nasi tu Zuyyin?” Suara Wan dah kedengaran, lantang dan keras.
“Dah kenyang Wan.” Pinggan terus di basuh. Bila terkena air, makin mencucuk-cucuk sakitnya terasa.
“Betul ke kenyang? Ke Wan masak tak sedap?” Suara Wan dah kedengaran lain macam. Kecik hati kot.
“Eh, tak adalah. Wan masak sedap. Tapi Ayien memang dah kenyang sangat.” Zuyyin mengusap perut, konon-konon memang dah kenyang sangat. Sesekali Akif yang tengah sedap melantak ikan keli masak cili api itu dia pandang. Huh! Makan macam orang Somalia.
“Biarlah dia Wan. Nanti kalau dia rasa lapar, pandailah dia jadi “tikus” malam karang.” Akif teruskan suapan tanpa ambil peduli kalau kata-katanya menyinggung hati isterinya.
“Ayien naik bilik Wan. Nak isyak kejap.” Senyum. Bila matanya jatuh pada wajah Akif, automatik mulutnya mencebik geram. Ini semua kau punya pasal!
“Isyak apanya baru pukul 8.30?”
Berlapis tiga dahi Wan berkerut. Namun dibiarkan sahaja langkah Zuyyin yang sudah menuju ke bilik. Kepalanya di alihkan ke arah Akif .
“Isteri kamu tu kenapa Akif?” Soalan Wan beralih pulak kepada Akif.
“Entah. Datang bulan kot.” Sengih.
“Macam-macam.”
*******************
Semua laci di bilik itu dia sudah habis selongkar. Semua tingkat rak juga sama. Namun benda yang dia cari masih juga tidak di temui sedangkan sakit di tangan makin menjadi. Jam di dinding di kerling sekilas, hampir masuk waktu Isyak.
“Solat dululah. Harap-harap sakitnya hilang lepas ni.” Zuyyin menggumam sendiri sambil menuju ke bilik air. Sakit di tangan ditahan seboleh mungkin.
“Nek..”
Zuyyin menghempas tubuhnya di atas katil. Usai solat Isyak, sakitnya kian menjadi-jadi. Rasa mencucuk-cucuk di tangan kini sudah menjalar hingga ke pergelangan tangan. Air mata yang di tahan dari tadi jatuh juga menitis ke tangan kanannya.
“Ayien sakit nek..” Teresak-esak dia menahan sakit.
Kalau dulu, saat masih ada arwah Nenek, dialah yang akan menjadi penawar setiap kali tangan Zuyyin terasa pijar. Tangan Nenek ajiab, tanpa minyak panas pun sakit di tangannya hilang bila di sentuh Nenek. Tapi sekarang, pada siapa dia harus mengadu sakit? Pada Akif yang sentiasa sinis dengan dia, atau pada Wan yang 24 jam pasang muka kelat? Zuyyin tidak tahu.
“Nek, Atuk.. Ayien sakit.” Suaranya berlagu sendu.
Kini mengertilah Zuyyin, kalau dia sudah tidak punya siapa-siapa lagi mengadu nasib. Perlahan, badannya mengiring ke dinding. Tangan yang sakit di letak di dada. Mata di pejamkan, cuba menahan sakit dan air mata yang semakin lebat.
“Zuyyin.” Suara Akif kedengaran, seiring dengan keriutan pintu di tolak dari luar. Tanpa perlu menoleh, dia tahu siapa pemilik suara itu.
“Takkan dah mengaku kalah dengan Wan kot?” Sindiran, suara sinis Akif tidak di endahkannya. Biarlah. Dia tidak akan mati dengan sindiran itu!
“Zuyyin..”
Akif menghampiri katil. Takkan seawal ini Zuyyin tidur? Baru pukul 9 malam. Zuyyin tidak pernah sesenyap ini. Zuyyin tidak pernah menutup mulutnya setiap kali dia mula menyindir Zuyyin. Perlahan, Akif memegang bahu Zuyyin yang terhenjut-henjut. Zuyyin.
“Kau kenapa?” Cemas suara Akif bila melihat mata Zuyyin yang basah dengan air mata. Hilang terus sinisnya, sindirannya, sarkastiknya melihat air mata isterinya.
“Sakit..” Tangisan Zuyyin pecah juga. Makin lebat air mata di pipinya.
“Pijar?” soal Akif perlahan, biarpun dia boleh agak maksud “sakit” yang dikatakan Zuyyin bila melihat tangan kanan Zuyyin yang di sembunyi di dalam saku pijamanya memerah.
“Aku cari minyak panas kejap.” Akif memegang kepala isterinya, mengusap rambut Zuyyin sebelum laju keluar menuju ke ruang tamu. Mencari kotak first aid.
“Kamu kenapa Akif?”
Wan yang sedang menonton TV di ruang tamu bertanya. Hairan melihat cucunya yang tidak keruan. Melihat Akif yang berlalu tanpa menjawab soalannya membimbit kotak first aid menuju ke bilik membuatkan Wan mengangkat punggungnya. Siapa yang terluka?
“Kamu kenapa Zuyyin?” Soalan Wan beralih pula kepada Zuyyin.
Dia berdiri di birai pintu, memerhatikan Akif yang sedang melumur minyak panas di tangan kanan Zuyyin. Tangan yang sama dia guna untuk mengaut cili padi petang tadi. Patutlah cucu menantunya itu ingin menggunakan sudu tadi.
“Pergi ambil garam kat dapur, letak dalam mangkuk. Ambik sekali segelas air.” Wan memegang bahu Akif sambil duduk di birai katil.
“Tapi Wan..” Akif cuba membantah. Tidak bersetuju Wan menggunakan kaedah tradisional.
“Pergi ambil.” Wan menepuk peha Akif, menggesa cucunya supaya pergi dengan segera.
“Isteri kamu sakit tu.” Tambah Wan lagi. Mendengarkan kata-kata Wan, laju kaki Akif berlari menuju dapur. Akif, Akif..
“Nah.” Tak sampai seminit dia muncul kembali. Akif letak mangkuk yang berisi garam dan segelas air di atas meja, di tepi katil.
“Kenapa tak cakap dengan Wan tangan tu pijar kalau kena cili?”
Wan lumur garam atas tangan Zuyyin yang memerah. Jari-jemarinya mengusap perlahan, meratakan garam itu di sekitar tangannya. Di gosok hingga ke celah jari.
“Ayien..”
“Takut? Wan tak makan orang, Wan makan nasi je. Wan tak kejam mana pun, takkan sampai hati nak dera cucu sendiri.” Wan masih terus mengusap tangan Zuyyin. Sesekali matanya menyapa pendangan mata Zuyyin.
“Maaf Wan.” Zuyyin bersuara perlahan.
Benar kata Wan, dia tidaklah sekejam mana. Kalau Wan kejam, mesti Wan biarkan dia sakit sendiri-sendiri. Zuyyin insaf sendiri.
“Dah, tidurlah. Nanti sakitnya hilang.” Senyum.
Melihat senyuman Wan, dengan usapan lembut di tangan, selembut usapan nenek membuatkan mata Zuyyin terpejam. Menikmati sentuhan lembut itu.
“Nah, jaga dia. Kejap lagi, dalam 5 minit macam tu basuh tangan dia dengan air tu.”
Wan bangun, menghulurkan tangan Zuyyin pada Akif. menepuk-nepuk bahu Akif sebelum melangkah keluar. Kasihan Zuyyin.
“Wan, terima kasih.” Wan cuma senyum mendengar kata-kata Zuyyin, kakinya melangkah keluar menuju semula ke ruang tamu.
“Sakit lagi tak?” Akif soal Zuyyin yang masih memejamkan matanya.
“Sikit. Tapikan..” Zuyyin buka matanya.
“Kenapa? Sakit kat tempat lain pulak? Kat mana?” Akif dah cemas kembali.
“Tangan aku dah macam ikan masin. Penuh garam.” Mengekeh dia ketawa.
“Aish, tak padan dengan sakit.”
Akif geleng kepala. Tak faham dengan emosi isterinya, tadinya beria-ia menangis, sekarang mengekeh ketawa.
“Kau tak rasa macam tu ke?” Zuyyin sengih tengok muka Akif yang tak beriak. Alah, standardlah tu. Diakan terencat emosi.
“Tak! Dah, tidur.” Tangannya masih terus mengusap tangan Zuyyin. Bibirnya terherot menahan tawa. Zuyyin, macam-macam.
“Selamat malam Akif.”
Matanya kembali terpejam dengan senyuman yang masih berbunga di bibir. Pipi yang tadinya basah dengan air mata di lap dengan tangan kiri.
“Selamat malam.”
Akif bersuara perlahan. Akif duduk di birai katil, merenung wajah isterinya yang sudah lena. Sisa-sisa air mata di pipi Zuyyin dia lap.
“Maaf.. Ini kali kedua air mata kau tumpah kerana aku. Mungkin kalau kau jauh dari aku, kau tak akan menangis lagi.”
Tangannya berhenti di kepala Zuyyin. Mengusap ubun-ubun isterinya sebelum berlalu pergi.
“Mimpi indah-indah sayang..”
************************
P/S: Korang suka versi yang ini ke atau versi dalam cerpen?
12 comments:
like lg yg dlm crpen......akif nmpk lg caring......
dlm ni nmpk akif byk prasangka..xnk tnye betul2...huuu...yelah mgkn sbb dlm ni kn ddetail sikit kn...hu
salam..akak pon opt versi cerpen lagi giler romantik..siap peluk lagi tu...
tak sangka ada E3 petang ni..tabikla..kat adik banyak idea...mencoret nukilan..citer ni..
bila membaca part yg zuyyin panggil nek dan atuk..sedih mengulit hati akak..kesian nya diakan..nak menumpang kasih pada suami..jgn harap..asyik nak sindir memanjang saja...
@anonymous- Suka dalam cerpen ae? Alala, yg ni tak best k?
@cactaceous opuntia- Akif memang, diakan jahat. hahaha
@Kak Ida- Ada idea, saya tulislah =)
stuju sangat dgn anonymous 1 ckp...suke g jln cite dlm cerpen..hehe...aakif lg romantik n caring la~~:)
tp dpt n3 bwu ari ni pun best gak~~kui3...thanks..
suke n3 ni...tp kal0 dlm cerpen i think more romantik la...hehe...
dalam novel akif nampak lebih dingin........
alah...versi cerpen la best!!!versi novel nie biasa je...
suka yg cerpin sbb akif romantik...
kalau yg novel pulak dingin+ rasa cam nak hempuk2 ja si akif 2.. hahahaa
bnyakkn lg aksi2 romantik diorang..
dedua best,,x sabar nak baca
didihamtaro
mmg yg besh cerpen sbb akif lg romantik n cepat tau endingnye...tp sy lg suke novel sbb panjang n lg byk konflik n lagi suke bace...hahahaha
lagi suka versi cerpen sbb part yg cerpen 2 lg sde....sy mengis msa bca cerpen 2....:'( teharu sngat...
Post a Comment