Jun 14, 2011

Edisi Khas untuk Abah!

Abah,

Maaf kerana,
Saat ayah lain bergembira anaknya berjaya,
Abah cuma mampu tersenyum redha,
Melihat buku rekod anakmu banyak bertanda merah,
Saat anak mereka naik ke pentas terima hadiah,
Anak Abah cuma duduk di bawah, 
Bertepuk tangan, sekadar pemeriah suasana,
Tanpa terima apa-apa anugerah,
Saat ayah lain berbangga anaknya ke IPTA,
Kali ini Abah tersenyum pasrah,
Kerana anakmu cuma mampu ke universiti swasta..

Abah,

Terima kasih kerana,
Saat mereka hilang rasa cinta dan percaya,
Abah datang bisikkan di telinga,
“Abah percaya, anak Abah pasti berjaya!”,
Saat mereka mencaci dan anakmu berduka,
Abah berbisik sambil menyapu airmata,
“Jangan bersedih, kan masih ada Abah”,
Tanpa anakmu sedar kalau Abah juga kecewa,
Merasa sakit, sedih, derita dan luka,
Seolah kita berkongsi hati yang sama..

Abah,


Maaf kerana,
Saat Abah menggesa anakmu pergi mengaji,
Anakmu membantah, lari terus sembunyi diri,
Saat Abah berkata, "Sudah maghrib, pergilah mandi",
Anakmu cuma mengangguk tanpa bergerak walau seinci,
Matanya terus di TV, menonton "Cinta Melody",
Saat Abah kata jaga mulut, jagalah hati,
Anakmu kata “Bukan salah kami, dorang yang dengki!”,
Tanpa ingin mengakui langsung kesalahan sendiri,
Sedangkan Abah selalu berpesan dan berperi,
"Jangan bangga meninggi diri, jangan bermain dengan api",
Kerana Abah bimbang, kami terbakar diri sendiri..

Abah,


Terima kasih kerana,
Saat Abah kata ambiklah course Farmasi,
Anakmu bantah dan pilih Medical Lab Teknologi,
Saat Abah kata “Bolehlah cari kerja lepas ni.”,
Anakmu sengih sambil kata “Penat belajar tak habis lagi”,
Walhal anakmu duduk rumah sekadar goyang kaki,
Sambil online sampai ke pagi,
Tapi Abah tak berkecil hati, 
Jauh sekali menyimpan rasa benci,
Cuma anakmu saja yang tak paham-paham lagi,
Menggedik bila di suruh berdikari,
Akhirnya, sampai kini cuci baju sendiri pun tak reti,
Jauh sekali nak masak makanan sendiri,
Apatah lagi hidup bersendiri,
Memang padanlah muka kami!

Abah,


Maaf kerana,
Saat Abah sedang berehat melepas lelah,
Anakmu tetiba meraung, sedih melihat Chelsea kalah,
Hentak-hentak kaki bila di leading MU 0-2,
Saat malam berlabuh dan Abah sedang tidur lena,
Anakmu tanpa rasa bersalah meraikan kemenangan Barcelona,
Bersorak macamlah piala La Liga kami yang punya,
Dan Abah cuma menggeleng kepala,
Sebelum kembali memejam mata tanpa rasa marah,
Meskipun tidurmu pasti sudah tidak selena mana..

Abah,


Terima kasih kerana,
Saat Abah tengah tonton Astro Arena,
Anakmu sibuk nak tengok channel Diva,
Saat Abah ingin tengok Berita Utama,
Anakmu sibuk juga nak tengok Astro Citra,
Saat Abah ingin menonton cerita Si Capik di TV2,
Anakmu mengada nak tengok cerita Korea,
Dan Abah menurut saja tanpa banyak bicara,
Walau hakikatnya anakmu cuma mengada-ngada,
Sudah dewasa, tapi masih ingin bermanja-manja..

Abah,


Maaf kerana,
Anakmu tidak sebaik mana,
Bukan kerana kami tak berguna,
Cuma kekadang kami tetiba tak reti bahasa..


Abah,

Terima kasih kerana,
Bersabar, bersusah payah dan cuma pejam mata,
Menahan derita menjadikan kami dewasa,
Menjadi Abah yang sempurna!


Selamat Hari Bapa Abah!


Korang Comel Kalu Korang Like

1 comment:

Alyn Ambie Sion said...

gila la aj ! betol2 org yg marking paper BM ko bercerai malam sbelum dia mark paper ko kan? hahaha.. BEST !!