Sep 8, 2009

paiNKiLLeR (8 tahun Kemudian)

Assalammualaikum Aisya Humaira….

Echa..
Alil minta maaf..Alil selalu kacau Echa dulu..
Tahu tak kenapa Alil selalu kacau Echa..??sebab Echa nampak
Cute marah macam tue..Comel..Hehehehehe..
Tapi Alil silap,rupanya Echa lagi cute bila Echa senyum..
Echa umpama Painkiller dalam hidup Alil..
Echa jadi ubat bila Alil dalam masalah..Biarpun tak mampu
menyembuhkan tapi ia mampu buat Alil lupakn kesakitan buat seketika…
Echa…
Sebagai manusia,Alil sayangkan Echa…
Dan sebagai seorang lelaki,Alil cintakan Echa..
Tapi Alil telah di didik untuk mengejar Cita-cita kebih daripada cinta..
Satu hari nanti,Alil akan kembali pada Echa dan pada masa itu Alil akan berdiri
di depan Echa sebagia seorang lelaki yang boleh Echa bergantung harap..
Till the day tiba,please hidup baik-baik..
P/s: Jangan main mata dengan lelaki lain,Alil dah “chop” Echa dulu…

8 tahun kemudian….

Painkiller..???Wakakakakk..!!!!Otak doctor ar mamat tue..Nasib baik dia tak cakap aku Vitamin ke,aspirin ke,tak pun ubat Gegat…Hahahhaha..!!!
Tapi,apapun aku bangga ar jugak jadi painkiller dia..Kembang lubang hidungku kejap..
Tapi itu cerita time kitaorang Form 5 dulu..Serius cakap,bila dia tinggalkan aku dulu aku macam hilang semangat kejap..Sampailah aku jumpa surat yang dia tinggalkan,di sisipkan di buku rujukan kimia ku..Surat itu aku jadikan pendorong tuk belajar rajin-rajin..Pembakar semangat tuk terus menerus menggapai kejayaan..Biar nanti bila hari yang dia janjikan itu tiba,aku berdiri di sampingnya sebagai seorang wanita yang boleh dia banggakan…

“Till the day tiba,please hidup baik-baik..”

Satu keluhan di lepaskan..Aku kira aku dah hidup baik-baik..Malah mungkin cukup baik..Di mana agaknya Alil sekarang.??Berita terakhir yang dia dengar,Alil suda berjaya menamatkan A Levelnya di German Malaysian Institute (GMI) sebelum berlepas ke German..Time tue pun dia tengah berhempas pulas di Matrikulasi dalam jurusan Sains Hayat..Setahun kemudian dia berjaya menempatkan dirinya di Universiti Andalas,Indonesia dalam bidang Geneokology..Sepanjang tempoh itu,tiada berita yang dia terima langsung dari Alil..Bukan dia tidak bertanya,atau jugak mungkin mencari berita pasal Alil tapi hatinya seakan merajuk dengan sikap Alil..Tanpa khabar yang di kirim sejak dia berpindah sekolah dulu aku kira sudah cukup kuat tuk aku jadikan alasan supaya belajar melupakan dia..Tuk wujudkan ‘dunia Echa tanpa Alil’..Tapi,bila rindu bertamu,pantas saja tangannya mencapai surat bersampul merah itu..
Macam hari ini..Sesungguhnya,dia rindukan Alil..Sangat2 rindu..

“Doctor,patient di katil No.5 dah sedia masuk labour room..”
Pantas aku mengangkat pandangan ke pintu..Senyuman manis di lemparkan kepada nurse yang kecik molek itu..Surat merah di tangan aku sisipkan kembali di antara helaian Miss D..Bangun dengan pantas dan mengekori nurse tadi ke labour room..InsyaALLAH,satu lagi nyawa bukti cinta sejati berlandaskan kesucian akan lahir hari ini..Bukti cinta sejati aku..??Aku pun tak tawlah bila..Sudah 8 tahun aku tunggu dia..Tak taulah bila one fine day tue akan tiba..Oi Fahrel Shafiq,cepatlah datang pinang aku…!!!

*****************************

“Cha..??”
“ermmm…”
“Ko on call ke esok..??”
“Ya.. Siang tue aku free..Napa..??”
“Temankan aku pegi butik tue esok..Aku nak amek baju nikah aku..”

Baju nikah..???Kawan aku seorang nie,Kiki dah naik pelamin..Aku..??Takpe,muda lagi..Baru 25 tahun..Okey lah tue..Jauh lagi nak dapat gelaran andartu..

“Boleh ar kot..Kita pegi awal sikitlah,boleh aku cari baju tuk majlis kau tue terus..”
“OK..Set..!!”

Esoknya..

“Beli jelah Cha..Cantiklah baju tue..Sesuai sangat dengan kau..”

Baju di pegangan Echa di renungnya..Baju kurung moden mengikut potongan badan,berwarna hitam di hiasi sulaman di bahagian lengan dan leher itu kelihatan menarik..Tidak terlalu sarat dengan aksesori..
Bak kata Rain,hitam itu menawan..Eh,Rain kata macam tue ke..??

“Mahal ar Ki..Baju je dah Rm300..Belum lagi tudung..Kasut lagi nak beli..Aku tak ada kasut yang sesuai dengan baju nie..Tudung pun tak ada..”

Baju di tangan di pandang lagi..Baju itu memang cantik tapi dia tidak sampai hati membelanjakan duitnya untuk baju semahal itu..Tapi dia akui,memang dia kelihatan cantik kalu pakai baju tue..Hahahaha,perasan kejap..Tumpuannya pada baju itu terganggu oleh bunyi deringan handphone Kiki,ringtone lagu pengantin oleh lagu Waheeda dan Ayie..Ceh..Memang dah kemaruk sangat nak menikah nie..Kiki tersengih melihat dahi ku yang berkerut..
“Heee..Saja,tak sabar nak menikah..Nak terasa bahangnya hari pernikahan aku…”
“Sengal..”

Kiki yang menjauh aku pandang..Hairan melihat dahinya yang berkerut..Sesekali pandangannya di arahkan pada ku..Pehal minah nie..??
Aku mengalihkan pandangan aku di sekeliling butik pengantin itu,terasa ada seseorang yang memerhatikan aku..Tapi tiada ada apa-apa yang mengcurigakan..Perasaan je kot..
Kiki menghampiriku..Tersengih-sengih macam kerang tak berapa mau busuk..

“Echa..Beli ar baju tue,pastu kita cari tudung dan kasut sekali..Aku belanja..”
“Kau demam ke Ki…??tiba-tiba je nak belanja aku nie..”
“Aku sihatlah cik doctor..Sihat sangat-sangat..Dah,cepat ambik baju tue sebelum aku ubah fikiran..”

Pantas tanganku mencapai baju tadi dan membawanya ke kaunter..Bimbang Kiki bertukar fikiran..

“Amboi,tak menyempat dia ye…”
“Hehehe…Mestilah..Orang nak belanja wei…”

Ketika melangkah keluar dari butik itu,sekali lagi aku berasa aku di perhatikan..Tapi aku tidak pulak merasa rimas malah aku lebih kepada rasa di lindungi..Dan hari itu,perasaan ku sama seperti perasaan ku 8 tahun lepas..Saat aku menerima surat bersampul merah Alil..Rasa di sayangi,di lindungi dari jauh..

Di rumah tipuku a.k.a rumah sewa kami..

Aku seorang di ruang tamu..Menonton rancangan kegemaranku,Smallville sebelum Lily datang menyertai aku..Aku mengengsot ke tepi,memberi ruang untuknya…

“Kau tak pegi hospital..??”
“Aku tak on call malam nie..”
“owhh…”
“Ermm..”
“Cha..Kalu kau ada rumah sendiri,Kau nak hias macam mana..??”
“Aku nak rumah yang boleh wujudkan rasa kekeluargaan.”
“Kekeluargaan..??”Kepala di pusingkan menghadap Echa..Hanya anggukan yang dia bagi sebagai jawapan..Baginya,biarlah rumahnya kecik yang penting dia merasa kasih keluarga di dalam rumah itu..

“Sok,pas keja kau ikut aku pegi satu tempat..Boleh tak..??”
“Pegi mana..??”
“Tengok rumah orang..Dia nak renovate..Dia pun macam kau,nak rumah dia ada rasa kekeluargaan..”

Ujar Lily sebelum meninggalkan aku sendirian di di ruang tamu..Agak2 rumah siapa yang Lily tengah buat sekarang..Takkanlah Lily yang pakar dalam interior design nie minta pendapat doctor kot nak design rumah.??Whateverlah..Okey jugak pergi tengok rumah orang nie..Petang esoknya,Lily membawa aku sebuah banglo kecik di atas bukit yang menghadap ke laut..
Banglo yang ada 4 bilik di tingkat atas dan 2 bilik tingkat bawah itu kelihatan menarik dari luar..Ada papan tanda tertulis “Istana Cinta” di luar pagar rumah itu..Sewaktu kami tiba di sana,tiada sesiapa yang berada di rumah itu..Mengikut kata Lily,tuan rumah banglo ini sudah memberinya kepercayaan untuk menyimpan kunci rumah tersebut dan dia boleh datang bila2 masa dia free untuk buat renovation..

“Lily,rumah siapa nie..??”
“EN.Shafiq..Dia nak siapkan rumah nie sebelum bawa isteri dia masuk..”
“Owh..Dah kahwin rupanya..”
“Belum lagi..Baru nak kahwin..”

Siapalah perempuan bertuah tue erk..??Bahagia hidup jadi isteri En.Shafiq nie..
Tengah melamun,dia terasa seperti terdengar bunyi di tingkat atas..Pandangan di alihkan pada Lily,ternyata wanita itu ralit pada kerjanya..Ermmm..Mungkin perasaan aku lagi kot..
Hampir setengah jam berada di banglo itu,mereka pun berlalu pergi..
‘Nanti,bila aku kahwin,aku pun nak duduk rumah macam nie..Istana Cinta,yang di penuhi dengan cinta dan kasih sayang kami..’

****************************

Hari pernikahan KiKi…

Kiki kelihatan cantik hari nie..Hari nie,sepasang lagi hamba ALLAH mendirikan masjid..Harap berkekalan hingga ke akhir hayat..Majlis yang meriah itu sedikit sebanyak membuat hatiku sedih..Semuanya berpasangan,Cuma aku yang masih keseorangan..Masih menanti si penulis surat sampul merah yang kini entah ada di benua dunia mana..Alil…!!!Bila kau nak datang pinang aku nie…???

Lily yang tengah melayan tunangnya makan di satu sudut melambai ke arah ku..Aku yang berdiri di ambang pintu melangkah keluar,ingin turut serta bersama mereka..Tapi langkah ku terhenti bila melihat kasut yang aku letak di bawah rak sudah tidak ada..
Adui,nie yang aku geram nie..Pantang aku betul kalu kasut hilang nie..Pandangan sekali lagi aku lemparkan ke arah meja yang Lily duduk..Ada 3 orang semuanya di meja itu..Lily dan tunangnya,dan seorang lelaki yang membelakangkan aku..Tapi bukan belakang jejaka itu yang menarik perhatianku tapi kasut yang ada di bawah kerusi di sebelah pemuda itu..Yang aku yakin seratus peratus adalah kasutku..Hishh,amacam boleh sampai sana nie..
Mahu dalam terpaksa,aku mengatur langkah dengan berkaki ayam ke meja mereka..
Sah,memang kasut aku..Belum sempat aku bertanya perihal kasutku,terdengar satu suara menegurku..

“Eh Echa..Kasut kau jalan dulu lagi ke dari tuannya..
Kasut kau nie memang nakal erk..??”Lelaki yang membelakangkan aku tue bersuara..
Ya ALLAH..Suara dia..Aku kenal sangat suara ini..Lelaki tadi bangun,mendepani aku..

“Fahrel…Fahrel Shafiq..”Betulkah ini Alil..??Si penulis surat sampul merah…Dia ada di hadapanku sekarang..Aku terasa ingin menangis,ketawa,marah jugak ada..
“Ya Aisya Humaira..Fahrel Shafiq Kau dah kembali..”Senyuman di hadiahkan buat si gadis di depannya..Ada airmata yang mengalir di pipi si gadis..Ingin di usap airmata tapi pantas si gadis mengelak..Matanya melihat senyuman si gadis,tapi sedikit pelik senyuman si gadis..Di pandang wajah si gadis yang semakin hampir..1 saat..2 saat..3 saat…Bersaat-saat….

Bukk..!!!
Satu penumbuk singgah di perutnya..Biar tidak kuat namun cukup buat perutnya rasa senak..Lily dan para tetamu yang ada tergamam seketika dengan tindakan Echa..

“Nie untuk balas sakit hati dan rindu aku sebab kau tinggalkan aku 8 tahun tanpa berita..”

Bukk..!!!
Kali ini beg tangan si gadis pulak yang singgah di bahunya..Terasa sengal bahunya..

“Nie pulak sebab Kau pi sorokkan kasut aku dan aku terpaksa berkaki ayam..
Tah berapa juta kuman dah melekat kat kaki aku..Nasib baik aku tak bawa gam ari nie,kalu tak aku lumur atas badan kau..Biar kuman tue melekat kat badan kau..”

Muka Alil yang berkerut-kerut menahan sakit di pandangnya..Suka sangat sakitkan hati aku..
Alil tersengih-sengih menahan sakit dan tawa mendengar ayat si gadis..Dia tidak pernah berubah..Dia masih Echa yang dulu,yang sangat “suka” kepada gam..

“Sengih pulak dia..Bajet handsome lah tue..”

Echa duduk di kerusi sebelah Alil..Air Lily di ambilnya,sekali teguk habis…Cuba menghilangkan kepanasan hatinya..Airmata yang mengalir di pipi di kesat dengan tapak tangan..Bagaikan memahami,Lily dan tunangnya berlalu masuk ke dalam tapi sempat lagi dia mengenyit mata pada Alil..Namun sebaik melihat jelingan Echa,pantas dia menarik tangan tunangnya berlalu dari situ..Meninggalkan mereka berdua di situ..Ya,berdua..

“Cha…”tiada suara dari si gadis..Mukanya masam..Pandang si jejaka pun tak sudi..
“Marah ke..??”masih cuba menarik perhatian si gadis..
“Taklah..Gembira sangat-sangat..”

Suaranyta dilembutkan tapi di penghujung ayat,satu jelingan maut di hadiahkan..
Gulp..!!Sah si buah hati tengah merajuk..Kena pujuk nie..

“Sorry..I’m really sorry..”
Redup mata si jejaka memandang buah hati..Memohon simpati dengan muka kasihan yang di buat-buat..Action je lebih tue,saja minta di pujuk..Kenal sangat dengan buah hatnya..

“Don’t” do this again..”
“I will..Promise..”
Aku rindu kau sangat-sangat Echa..
Aku pun tak sampai hati nak marah kau lama-lama..Aku rindu kau Alil…

“Alil..”
“Ye sayang..”
“Tanya sikit boleh..??”
“Tanya apa..??”
“Pegi mana selama nie..??8 tahun hilang khabar..”
“Tak pegi mana pun,ada di sini selama nie…”Alah,biasalah..Herokan selalu kuar lambat..Agak2 dah cerita dah dekat-dekat nak habis,baru hero muncul..Baru dramatic sikit..

“Kenapa tak datang jumpa Echa..??”Entah sejak bila,tiada lagi “aku kau”..
“Takut..Nanti hati jadi goyah…”
Pandangan di halakan ke wajah si buah hati..Minta penjelasan..
“Alil kan dah janji,Alil akan berdiri di depan Echa sebagai lelaki yang boley Echa bergantung harap..”
Wajah si gadis di tenungnya..Aku betul-betul cintakan kau Echa..

“Sekarang nie macam mana..??”
“Now..U can count on me love..”
Aku terasa bagai di awang awangan..Bahagia…
Kelihatan dari jauh pengantin di arak keluar untuk di sandingkan di tengah laman..Pandangan kami berdua di halakn kea rah pengantin yang control ayu dari tadi..

“Echa…”“Ermmm…”
“Cantik baju..”
“Kiki yang belikan..”
“Betulkah kiki yang belikan..??”
Pantas mataku beralih ke wajahnya sekali lagi..Ada yang lain pada nada itu..Jangan2..

“Alil yang call Kiki ari tue..Suruh dia belikan baju tue untuk Echa..Tudung,kasut nie sekali..”
“Tapi kenapa..??”
“Dah awak tue kedekut sangat..Gaji ribu-ribu,baju sehelai pun kedekut nak beli..”
Hahahahah…Tergelak aku mendengar ayatnya..Patutlah aku rasa di perhatikan,di lindungi..Rupanya dia tidak pernah jauh dari aku selama nie…

“Excuse me..Bukan kedekut ok,tapi jimat..”
Ada je jawapan dia..Masih tak berubah,masih suka berbalas cakap dengan aku..

“Echa..Istana Cinta okey tak..??”
“Istana Cinta..??Macam mana…”
Istana Cinta,En.Shafiq,Fahrel Shafiq..Lily…!!!
Dari jauh Lily melambai tangan ke arahku,mungkin sudah perasan yang rahsianya sudah pecah bila aku mengacukan penumbuk ke arahnya dari jauh..Betapa aku tidak tahu yang selama ini aku Sudah di tipu oleh kawan-kawannku..Alil di sebelahku tersenyum melihat gelagat kami..

“Ya..Istana Cinta,itu tanda kasih Alil buat Echa..”

Aku tak tahu apa yang harus aku katakan sekarang,Alil betul-betul kotakan janjinya..
Dia bukan setakat berdiri di hadapanku dengan syarat ‘Lelaki yang Echa boleh bergantung harap’ tapi juga ‘Lelaki yang Mama dan abah boleh serahkan anaknya..’

“Echa…”
“Ermmm…”
“Masih nak jadi Painkiller Alil..??”
Malu-malu aku angguk kepala..
Bukan setakat Painkiller,Aspirin,Paracetamol,Antibiotic,ubat gegat pun aku sanggup…Kuikuikuikui..

“Echa…”
“Ermmm….”
“I love you…”
“I love you too…”more and more than you know..
“Echa…”
“Ermmm…”
“Kita kawen…??”
“YA…!!!”aduh…Malunya…Nampak sangat aku memang kemaruk nak kawhin dengan dia…
Pantas mukanya di tutup dengan beg tangan..Malu beb..Dr.Aisya Humaira,Kontrol sikit okey..
Alil yang tidak dapat menahan tawanya melihat sikap kalut Echa tertawa terbahak-bahak..Beberapa pasang mata menoleh ke arah mereka membiat muka Echa bertambah merah..

“Echa…”
“Ermm..”
“Kita kahwin esok..??”
“HAH..??”yang nie baru betul..Sebenarnya tadi tue aku nak cakap “HAH” tapi tak tau napa boleh tersebut “YA..”Betul nie aku cakap,bukan sebab nak cover line..
“Echa..You blushing…”
“Habis tue,nak Echa tukar jadi hijau ke..??”Kang aku jadi Hulk padan muka kau..Tak dapat kahwin..Alil yang mendengar kata-kata buah hatinya membuat muka takut..Takutlah sangat,,Wakakakaka..
Wajah si gadis di tenung..Penuh Kasih..Aku cintakan kau Echa..

“Aku terima nikahnya Aisya Humaira binti Hakumi degan mas kahwin satu ratus ringgit tunai..”
Dengan sekali lafaz,aku dah jadi miliknya..Milik lelaki yang suka buat aku marah dengan sorokkan kasut aku,lelaki yang penah koyak seluarnya bahana gam yang aku lumur di kerusinya,lelaki yang sama pernah tinggalkan aku selama 8 tahun demi masa depan kami bersama..
Alil melangkah masuk ke bilik pengantin,bersua dengan painkillernya..Cincin emas putih di sarung di jari isterinya..Satu ciuman di hadiahkan di dahinya,lama dan hangat..Dan aku membalas dengan mencium tangannya..Tanda kasih dan patuh diriku sebagai seorang isteri..Isteri..??Aku..??Macam betul je aku dah jadi isteri orang..

“Terima kasih..”
“Untuk apa..??”’
“Kerana hidup baik-baik sepanjang Alil tak ada..”

Aku senyum..Tapi ada sedikit unsur-unsur devil di situ..Devil beside you…Huhuhuhu
“Pengantin,sila ke depan..Nak sanding kejap lagi..”
Aku bangun..Mencapai kasut yang di letak di tepi katil pengantinku..
Aku lihat suami ku menggelabah sebentar..Seolah-olah mencari sesuatu yang hilang..

“Tak payahlah cari kasut tue bang..Dia dah tunggu abang kat atas pelamin..”
Hahahahahah…Asyik dia je kenakan aku,sesekali terkena dengan akukan best…
Aku lihat muka suami ku yang bengang,melihat ke arah kasutnya yang sudah sampai dulu di atas pelamin..Tadi,sewaktu upacara nikah di jalankan memang dia di suruh untuk menaggalkan kasut,dan mungkin sebab excited sangat dah ada bini,dia terlupa perihal kasutnya..Tup2,kasutnya sudah sampai dulu di atas pelamin..

“Derhaka kat suami erk..Takpe2..”Isteriku memang nakal..Sempat lagi dia buat kira-kira dengan aku di hari pernikahan kami..
Aisys Humaira…Nakalnya isteri abang..Perlahan aku tarik hidungnya,sebagai denda kerana mempermainkan aku..Aku menghulurkan tanganku,dan pantas di sambut oleh isteriku..Kami berdua menuju ke pelamin dengan kasut aku yang sudah menanti di sana..

Melihat senyumannya membuatkan aku juga tersenyum..Aku tau,dia tak ambil hati dengan perbuatanku..Aku kira,inilah senyuman yang paling manis sepanjang 8 tahun tanpa Alil..
Satu guni kopi pun tidak mampu untuk mengubah manisnya senyumanku..
One fine day itu akhirnya tiba dan aku,berdiri di sebelahnyasebagai seorang isteri yang dia boleh banggakan..Doaku,biarlah aku terus menjadi painkillernya hingga akhir hayatku..Dan,buat mereka yang di lamun cinta macam aku,hidup baik-baik demi orang yang korang cinta…. Korang Comel Kalu Korang Like

3 comments:

Ini Mashi said...

Uikk... terror ko mengarang... bakat terpendam ke ape? huhu... aku dah ade blog... singgah2 le ke sangkar aku... :-)

mardya ramlee said...

bila dak medic menulis...
ayoo, sgt comel la cerita kamu!!! suke3

si.tudung.ungu said...

haa~ painkiller ey? chumil! Chumil! sungguhlah mahu org cmtu... haha