Sep 6, 2011

Maaf & Maaf.

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, offer letter dah sampai seminggu sebelum raya hari tu. Melompat jugalah Aku kesukaan bila BACHELOR IN FORENSIC SCIENCES terpampang gedabak depan mata Aku. Tertaip elok2 atas kertas yang dah nak lunyai Aku genggam. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat Aku nak jadi Calleigh Malaysia. Nampak gaya, kena blondekan rambut ni, barulah sekufu dengan Calleigh. *merepek!*

Raya hari tu, dengan muka penuh kecomelan Aku slow talk dengan Edu’ (Nenek belah Abah) yang Aku nak fly end of September ni over the sea. Berair jugaklah mata orang tua tu sambil pesan macam2. Aku tahu dia tak suka Aku buat Forensic ni, tapi memang tak boleh nak kata apalah bila kepala cucu dia yang comey ni lagi keras dari batu sungai. Bila hati dah bulat, letak desepticon beribu depan Aku pun tak jadi hal, Aku aci redah je macam Sam nak selamatkan awek dia. Ha-ha.

Tadi, elok-elok Aku baring kat living hall sambil baca novel Hlovate selepas penat menapak dari bangunan MARA, Mama duduk sebelah Aku dengan penuh keayuan dan kesopanan lagi kesusilaan. Mama cakap:

“Dah pack barang?”

“Belum, awal lagi.”

Bajet macamlah kalau dah kelam lagi kabut esok2 barang2 Aku tu boleh packing sendiri2 masuk luggage. Orang yang suka buat kerja last minit, memang itulah yang ada dalam otak dorang. *macam Aku*

“Asyik baca novel orang, novel kamu bila nak siap tulis?”

Erk.. Terdiam Aku takdak jawapan dengar soalan Mama. Iya jugak? Novel Aku yang tak serupa novel tu bila nak habiskan tulis? Entah! Kata2 Mama tu buat Aku berfikir..

Kang dah masuk study, Aku busy dengan assignment, lab report, nak study, nak homesick segala, nak.. Erkk. Nak semualah.. So, bila masa Aku nak abeskan cerita cinta budak 19 tahun tu? Entahlah, harap2lah esok2 Aku tak lupa nak update, nak jenguk blog Aku dari bersawang.

So, sebelum terjadinya itu semua maka Aku nak mintak maaf awal2.

MAAF, MAAF, MAAF dan MAAF lagi. >_<
  
Korang Comel Kalu Korang Like

2 comments:

cactaceous opuntia said...

tahniah...fly g mne dik?

idA said...

tahniah dik..akak pun teruja ngan pembelanjaran adik..bila nak berangkat belajar ke luar negara ini..dan U mana adik akan lepak.. all d best dik..tahniah sekali lagi...