Sep 14, 2011

Bukan Tentang Sesiapa

Assalammualaikum..

Aku on Lappy, duduk gaya ala-ala tokoh koperat yang menang tender juta-juta atas katil. 

Loading....

Dan handset  pink tepi Lappy bernyanyi lagu Christina Perri-Jar Of  Heart..

Malas.. Tangan Aku jangkaukan, mendekatkan jarak antara Aku dengan si Pinky. 

Zap! Sentap lagi bila lagi sekali nombor yang sama muncul di skrin si Pinky. 

Alahai, sampai bila nak macam ni? Aku sudah bosan tahu! Si Pinky yang tak berdosa Aku lempar ke tepi. 

GoogleChrome Aku klik dua kali. Macam biasa, Facebook benda pertama Aku buka sebaik otak Aku jadi waras. Tak pernahnya nak cari Quran dulu. Alahai hamba ALLAH, buruknya perangai anda. Bertaubatlah segera!

Friend Request yang sudah mencecah hampir 70+ bertambah lagi. Malas-malas Aku klik, tengok siapa yang berminat betul dengan hidup Aku ini. Lagi sekali..

Dia? Dia lagi? Okey, abaikan beliau.

Page AkuSiGadisBiasa Aku buka pulak. Ada pengLIKE baru. Excited Aku nak tengok siapa. Laju je jari klik mouse di tepi. 

Okey, ini memang sangat merepek! Lagi sekali nama dia muncul. Tak cukup di skrin Si Pinky, kini dia muncul di skrin si Lappy pulak? Gosh!

Aku tak tahu kenapa, atau apa yang buat Dia berminat dengan hidup Aku? Mau tahu semua yang berlaku dalam hidup Aku? Begitu? 

Sudahlah, Aku sudah penat bermain hide and seek dengan Kau. Aku sudah lupa semua kisah yang dulu, sudah Aku tinggalkan saat kaki Aku melangkah naik pesawat itu setahun yang lalu. 

Kau inginkan kemaafan, bukankah sudah Aku berikan? Tapi jika Kau tawarkan persahabatan, maaf  Aku belum hilang ingatan. 


Berjuta kemaafan pun sanggup Aku beri, 
tapi jangan pernah berharap kalau Aku sudah melupakan..


And who do you think you are? Runnin' 'round leaving scars?

**************

Korang Comel Kalu Korang Like

2 comments:

idA said...

salam dik..terujanya nak tahu..kalau tak keberatan..sape sebenarnya bayang bayang tu..yg selalu membayangi kehidupan adik..? Kalau menganggu kehidupan adik..abaikan aja org tu..
walaupun memori tu sukar utk dilupakan..tapi nak buat macam mana..akak rasa ia mendewasakan adik..taK GITU..

IniCikGadis said...

Wsalam Kak.. Yea, sngat mengganggu sebenarnya. Haha.. Tapi takpe, macam yang akak cakap, ia menDEWASAkan saya :)