Aug 1, 2011

Nak Atok Yang Dulu Tu!!

Assalammualaikum..

Ini tahun pertama Aku berpuasa pertama dengan family, kat rumah sendiri sejak Aku masuk hostel waktu form 1 dulu. 5 tahun duduk hostel, 4 tahun di negeri orang, memang satu pengalaman yang Aku tak akan lupakan. Best tak terkata! Lagi2 part bangun sahur dan buka puasa. 

Kecik2 dulu, Akulah paling rajin posa. Haha. Okey, Aku tipu. Rasanya, Aku posa penuh waktu umur Aku dah 7 tahun kot. Aku bukan malas, tapi banyak sangat godaan waktu tu. Godaan tu selalunya berbentuk rayaun. Contohnya, bila Mak Aku suruh hantar kuih tuk jiran sebelah, (selalunya dia suruh Akulah sebab Aku seorang je yang rajin.Haha) Rajin ada makna tu. 

Kalau dalam pinggan tu ada 10 ketul karipap, selalunya yang sampai kat rumah jiran pun adalah dalam 7 8 ketul. Bukan Aku yang makan karipap tu, tapi karipap tu sebenarnya yang nak Aku makan dia. Nak tak nak, Aku kena makanlah. Sebab hati Aku ni lembut, tak tahan Aku dengar rayuan karipap tu minta di makan.. Kesian...

Bulan posa, Aku paling tak suka bangun sahur. Ustazah Aku pernah cakap dulu2, lagi afdal kalau lambat2kan sahur dan awalkan berbuka. Oleh kerana Aku adalah anak murid yang sangat mendengar kata, maka Aku pun dengan bangganya dengar cakap ustazah Aku. Lastnya, bangun pukul 6 doh, sahur entah ke mana, subuh pun entah ke mana. Haha. *Jangan tiru perangai aku tau!* 

Tapi itu waktu Aku kat hostellah, mana ada orang yang rajin kejut Aku bangun tidur waktu tu. Kalau harapkan Aku punya BFF tu, memang inda sahurlah Aku sepanjang bulan ramadhan. Sebabkan, selalunya bila dorang kejut Aku lepas tu Aku tak gerak, dorang sambung balik tidur sebelah Aku. Maka selamatlah kami makan ayam goreng lauk sahur hari tu dalam mimpi.


Masuk alam universiti, tahun pertama posa di Shah Alam, Aku cool je. Setakat lambat satu jam or lebih2 sedikit, no hal ma. Kononlah, padahal Aku agak merungut jugaklah sebab buka posa lambat sangat. Sabah, selalunya pukul6.++ dah buka dah. Tapi kat sana, pukul7.++. 4 tahun jugaklah Aku merasa buka posa pukul7. Tiba2 teringat ayam percik kat bazar Seks 2. Nyam2, yummy! Sodap~~~


Tadikan, Aku punyalah excited mau tengok muka Atok ni. Alih2, muka orang lain yang keluar. Bila masa atok ni bersara erk? Amacam Aku boleh tak tau pulak ni? Haha.

Atok dah bersara ke? tak gitau I pown. >_<

p/S: Puasa bukan hanya lapar dan dahaga semata.Ingat itu! Selamat Berposa semuanya! :)

Korang Comel Kalu Korang Like

3 comments:

Anonymous said...

rasanye atok ni dah meniggal kot

sharifah nurhidayah said...

MENINGGAL??? BKN BERSARA KA??

IniCikGadis said...

@Anonymous,yeke? Alala,xtaw.. Kalo betul, Al-fatiha untuk arwah~~