Apr 2, 2011

Tipikal Novel Melayu!

Assalammualaikum..


Hari ini, hari rehat Aku, so Aku membazirkan masaku dengan membaca novel yang ada di rak buku bilik adik Aku.. And, seriuosly bukan wayang melayu saja yang ada "ketipikalannya" rupanya, novel-novel melayu pun sama.. Tak percaya? scroll down and read!


Kahwin paksa/ Tangkap basah / Kahwin kontrak


Tapi Aku rasa, paling faymesla tangkap basah.. Sebab kebanyakan novel Aku baca memang kahwin sebab tangkap basah.. Maka, bermulalah adegan benci2 dorang.. Selalu si Suami yang benci gila2, tapi last2 dia juga yang jatuh cinta dulu.. Then, bermulalah adegan benci2+sayang2=Geli2 dorang.. Sweetlah kononnya! 


Tak pun kahwin kontrak, atau orang bijak pandai panggil, 


Nikah Mut'ah : Pernikahan yang dibatasi dengan perjanjian waktu dan upah tertentu tanpa memperhatikan perwalian dan saksi, untuk kemudian terjadi perceraian apabila telah habis masa kontraknya tanpa terkait hukum perceraian dan warisan..


Berlaku sebab si isteri perlukan duit then si suami needing a wife! Weh, kahwin paksa jatuh hukumnya kepada HARAM! k! Dun u ppl out there trying to do that! Dosa weh! 


Rasulullah bersabda: 
Wahai manusia! Sesungguhnya aku dulu pernah mengizinkan kalian untuk melakukan nikah mut’ah. Namun sekarang Allah S.W.T telah mengharamkan nikah tersebut sampai hari kiamat- Hadis Riwayat Muslim


Tapi yang kahwin paksa lagi beesst!! Sebab selalunya sebab mau balas jasa,mau kembangkan bisnes keluarga, harta suda betimbun pun masih belum cukup, then gadaikan bahagia anak sendiri.. Anak Dato' R kawen dengan anak Tan Sri M.. Dah bercerai berai barulah makbapak buka mata.. 


Lari / Bawa Diri


Kalaulah korang perasaankan, semuanya cerita dia atas mesti berakhir dengan si Isteri / girlfriend membawa diri.. Membawa hati yang kecewa! Lagi besstt, siap lari gi luar negara.. Yang paling Aku tak boleh blah, yang isteri tue selalunya tak pernahlah naik kapal terbang, naek bas jelah selalu, mau cakap omputih pun tergagap-gagap (Nie kes yang isteri orang kampung kawen anak Datuk sebab nak balas jasa!) tapi siap boleh terbang gi obersi.. 


Bukan Aku mau cakap yang orang kampung tak boleh gi obersi, yang cakap omputih tergagap-gagap tue tak boleh gi negara ada salji tue, nope! Bukan macam tue.. Tapi agak2lah, kira realistiklah sikit.. Pasport pun tiada, amacam bulih sampai obersi tue?? Lagi satu, kenapa kalu gi obersi tue mesti Gi London, Gi Itali segala bagai tu, Gi Sabah Sarawak jak inda bulih ka? Obersi apa Sabah Sarawak tue.. Murah lek kosnya kalu lari bawa diri di sini!


Nak yang HOT je!


Setuju? Aku tau korang memang setuju! Kalau heronya ensome, mesti si heroin pun cantik jugakan? Superman jumpa Superwoman.. Super perfect siot.!! 


Si Lelaki dengan jalan yang alah-alah model tengah buat catwalk iklan, sambil flash kamera di sana sini dengan si Anak Dara super HOT! idaman lelaki Malaya.. Sudah! Aku tengok realitinya yang si super Hot tu bukannya selalu dapat yang Hot juga.. Suam2 Kuku adalah! 


Mana lagi relevan Beauty and The Beast sekarangkan? Apalah kamu nie! 


Si Pengacau Rumahtangga / Cinta


Haruslah ada.. Pelengkap cerita.. Dah namanya pengacau, mestilah yang jahat! Pakai lipstik merah, seksi daring mau mampus! Tapikan, selalunya watak ketiga nie someone yang pernah dekat di hati si hero and heroinnya.. Ex-girlfriend dan Ex-boyfriend yang tak paham bahasa! 


Tapi yang tipikalnya orang ketiga nie, kalau bukan Model yang tengah hot satu malaysia, mesti orang yang highly educate belajar di obersi.. Yang Aku pelik tue, bukannya sebab yang orang ketiga nie mesti jahat, tapi kenapa bila orang ketiga jak mestilah manusia yang highly educate, dengan muka kiut miut ensomeboi boleh buat kau cair tapi dengan bodohnya yang tahap bertingkat2.?? Yang cepat jak hilang pertimbangan?? 


Aku memang pelik yang tue.. Seriously Aku pelik.. Aku pelik Seriously!


Nota / Surat


Kalau mau larikan diri, mesti kasi tinggal nota dulu, surat letak atas meja.. 


"Saya doakan awak bahagia dengan si dia.. Mungkin kepergian saya adalah yang terbaik" 


Kau blah dah la, siap tinggal nota watpe? Kan nak lari.. Aku, kalau mau lari takdanya Aku tinggal nota.. Bagi Aku, orang yang tinggal nota bila mau lari nie ialah orang yang bongok! Kenapa? Kau nak lari, watpe gitau orang? Lari jelah.. Orang lari yang tinggalkan nota or surat nie ialah orang yang tak rela mau lari, tapi saja menggedik mau lari.. Dengan harapan orang akan cari dia.. Tapikan, last nota mesti tulis macam nie..


"Awak, jangan cari saya lagi.." Hahahah! Lawak!


Lagi satu, tak payahlah penat2 bazir kertas and dakwat pen, kau tulis kat wall dia dah lah.. Facebook kan ada!


Super Sempurna!


Heronya ialah seorang yang sangat sempurna dalam semua hal.. Memiliki ketinggian macam model, muka tampan dengan rambut cacak2, siap dengan IQ yang tinggi melangit, boleh bertutur dalam 10 bahasa, kerja paling cikai pun doktor atau engineer tapi paling banyak ada syarikat dengan projek juta2, siap buat pelaburan dengan delegasi luar negara lagi.. Perfect siot!


Heroin? Sudah pastilah secantik Maya Karin! Silap2, lagi cantik dari Maya Karin! Erra Fazira pun kalah.. Iyolah, dah dia tue mix dengan omputih, mestilah kulit putih melepak, bibir pinky2 cinta berpun tak pakai makeup, rambut cantik bekilat (padahal pakai teknik rebonding!), kalau buka mulut, takdanya cakap melayu, cakap omputih berabuk, dan dia adalah wanita berkerjaya yang super duper Hot!


Creepy kot! Aku rasa macam mau buang jak novel tue bawah menara KLCC!


Kalau Berpacaran..


Mesti ada pegang2, peluk2, usap2, belai2.. Kalau kes macam yang di atas (Kawen paksa segala bagai tue) takpe juga, padahal, baru jak 1 minit yang lepas declare jadi couple.. Gila advance! Yang menyedihkan ialah, si penulis adalah penulis ialah Penulis Melayu tapi ada jak dalam novel dia si hero dan heroin memadu asmara di tepian pantai sambil berkejar-kejaran dengan ombak.. Lol!


Oh, mungkin Aku tak open edisi, part2 macam nie that's why la Aku geli!


Seterusnya, korang fikirlah sendiri.. Malas Aku mau type, nanti korang cakap Aku mau hentam kaum sendiri.. 


I'm telling you what, aku suka baca novel Hlovate dan Nurul Syahida..Dorang punya penulisan sempoi! Novel Aa+Bb pun novel kahwen paksa, Addin dan Benz siap musuh ketat lagi zaman sekolah tapi yea Aku still bulih layan sebab novelnya ada mesej! Cuma, kalau dulu kau takdak ambek subjek kelas sains ekstrem, agak susah kau mau faham gaya penulisan Hlovate sebab 
kebanyakan novelnya berkait rapat dengan teori2 E = mc2.. Tapi Aku paling suka TUNAS, sebab buat Aku teringat kenakalanku zaman sekolah dulu.. =)








Nurul Syahida lagi sempoi, sinis tapi berakal.. Aku paling suka novel dia Soalnya Hati.. Kenapa? Sebab bukan semua lelaki Ensomeboi itu super duper Hot! Oh ya, Nurul Syahida tell me by Plain Jane, You dun need to be skinny or beautiful to be perfect!






Macam biasa, Aku tak suruh pun korang setuju dengan apa yang Aku tulis, Aku cuma bagi pendapat.. Kau boley like kalau kau suka then ya Kau boley unlike kalau kau tak suka.. Cuma Aku tak suka kalau kau buang komen sampah di blog Aku, sebab Aku takdak masa mau kutip sampah2 tue suma! (Bajet ada orang komen blog Aku! Hahaha~)

                               


Aku bilang: Selamat Berhujung minggu!

Korang Comel Kalu Korang Like

9 comments:

mulie said...

betol3.. aku pun heran.. tp maw jugak bc, lagi heran.. heeee...

aKuSiGaDiSbiaSa said...

Hahaha! Aku pun Mulie, tapi aku bc sinopsis dulu, kalau agak2 ceritanya buhsan, aku inda baca tue.. Bla aku~

Anonymous said...

trjumpa blog ko ni..tp serius aku stuju kot ngan n3 ko ni..mmg novel mlyu skang streotype n tipikal..asyik kwn paksa je tema dia..muak aku..
ada lg satu ko ptut tmbah, kalo dlm novel mlayu ni,nama watak mesti sure sdp gila..ala2 orgputeh gitu padahal dalam novel tu konon watak tu dtg dari kg ulu banat mana..tp x menahan nama mesti glmor abis contoh natalia airin/mayesa qistina..nama mmg bunsurkan fiktif la..tp dtgnye dr ceruk kg..
tp aku x nafikan ada gak novel ngan tema kawin paksa ni yg best contohny pergilah air mata-hanni ramsul ngan tiada sepertimu-anita aruszi..mybe ko bley try baca..de

rose^zora said...

setuju je dgn n3 nie...!korang prsan x novel skrg byak yg ttg kahwin paksa,khwin kontrak..and jaln cter lebih kureng sama je....bosan2...=(
tp cik gadis aku gler sma cter penulis HLOVATE...best, penuh ilmu& pegajaran..latest buku dia CORETAN JALAN ...betul2 buat aku nak insaf..he,,he,

rose^zora said...

p/s: COTENGAN JALANAN(HLOVATE) sory

isma irah said...

hahaa..btol!!hlovte sgtlaa bezz n sgt laa sk soalnya hati tuhhh..:)

josh said...

bukan main mengutuk novel2 melayu...cerita yg awak tulis pun typical story juga...

uwekkkk mengata dulang paku serpih, kenapa tak cuba tulis sesuatu yg baru? baru sesuai utk jadi pengkritik.

note: aku bukan penulis cuma suka membaca novel2 penulis melayu, tp meluat dgn kritikan yg tak mencerminkan apa yg kau ditulis.

chipChip92 said...

setuujuuuuu sangat!!
semua novel mesti jenis camtuh, ase cam bosan jek,
mesti nak hero keje besor2 laaa, awek cun2 laaa, baju tak cukup kain laaa, haiyaaaa =='
citer sal org miskin takde plakk eh, hahaha~~
nway nak try laa hlovate :)

Jay said...

Skrg, dah ada artikel khas pasal kahwin paksa-
http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak

Point2 yg u sebutkan pun ada kat situ.