Mar 2, 2011

Kenapa Saya Tak Suka Drama Melayu

Assalammualaikum..

Aku nie memanglah bukan jenis yang tengok Drama Melayu, tapi kadang2 Aku layan juga drama2 melayu nie.. Tapi, macam biasalah, after tengok or baca sesuatu tue Aku suka bagi komen, macam buat rumusan karangan time SPM dulu.. Ngeee~~ Aku bukannya benci or hate drama Melayu nie, Aku cuma tak suka jak.. Aku tak suka pun bersebab juga.. Antara sebabnya ialah :


1. Penyakit dan Mati

Aku paling benci tengok cerita mati2 nie.. Dah best layan cerita dari A sampai Y, tetiba ending cerita, hero or heroin dia mati.. Cerita melayu memanglah selalu macam tue.. Kalau tak mati, hilang ingatan, tak pun buta.. Kalau dah sakit, selalu memang kanser lah.. Penyakit paling faymes lah tue.. Kalau orang2 tua yang kaya raya tue, sakitnya mesti Sakit Jantung or strok.. 


2. Mekap

Pakai mekap smooth2 tak boleh ke? Nampak pink2 sikit kat pipi, pinky2 kat bibir, purple2 cinta kat mata dah lah.. Nie, mekap macam pelakon opera china.. Blusher nak tebal seinci, bibir merah menyala, belum lagi yang pakai bulu mata palsu segala tue.. Kalau scene di siang hari okey lagi, tapi yang scene tengah malam time nak tido tue apa kes? Yang paling Aku pelik, budak sekolah boleh pulak pakai mekap, siap cukur kening segala.. Gila best rules sekolah dorang.. Kalau cerita yang islamic pulak, tudung mesti tak iron, pakai pun ala kadar.. Naseb baiklah sekarang dah ada tudung indon yang pakai masuk terus tue, nampak comeyy sikit bila dorang pakai.. Memanglah tak rasional.. Tak sesuai langsung.. Tak nature langsung.. Tak berkenan Aku..


3. Pelakon


Kalau berlakon spontan sikit tak boleh ke? Tak payahlah tunjuk sangat kakunya tue.. Nie, nampak sangat baca skrip.. Yang kes baca skrip macam pembaca berita pun ada.. Taulah pelakon extra kan, tapi tak payahlah kaku sangat.. Buat relaks macam tak ada kamera dah lah.. Untung2 boleh jadi heroin pulak.. Nie tak, berlakon macam skema jak Aku tengok.. Aku pun tak skema macam tue.. Ngee~~

4. Kaya Raya

Semuanya nak yang kaya.. Kalau dah kaya tue, mestilah rumah bertingkat2, kereta pulak paling cikai pun pakai BMW, naseblah tak pakai Limo pergi pejabat.. Tan Sri, Puan Sri, Datuk Datin mesti ada punyalah.. Lepas tue cerita mestilah nak rebut2 harta, jatuh orang sini jatuh orang sana.. Harta dah bertimbun tak abes makan, dah2lah tue nak rampas harta orang lain pulak.. 


5. Skrip

Tengok baru 10 minit, tapi dah boleh agak ending cerita.. Cerita dah la melalut2, merapu2.. Panjang berjela ceritanya, tapi tak berkembang langsung.. Plot yang sama juga setiap episod, padahal cerita punyalah banyak krisis kononnya.. Kalau cerita hantu lagi best, endingnya kalau bukan mimpi, khayalan, takpun orang tue gila.. Kalau filem lagilah, endingnya mesti amalam ilmu sesat.. Still boleh terima lagilah.. Tapi yang Aku pelik Filem nie, kalau seorang buat Filem hantu, yang lain pun pakat ramai2 buat genre yang sama.. Bukan filem hantu jak pun, semua genre pun macam tue.. Kalau seorang buat cerita Mat Rempit, semua pun buat cerita yang sama, jalan cerita pun Ala-ala..  Bermusim~


6. Cinta Cintan Cintun


Yang nie, wajiblah ada dalam drama Melayu.. Hampir semua ada.. Yang tak bestnya, plot ceritanya mesti sama.. Ada hero, ada heroin, pastu mesti ada watak jahat yang gedik, pakai lipstik merah.. Pastu si heroin punyalah baek hati, tak pandai nak melawan langsung, dia tau nanges dan terus nanges.. Menyampah I.. Macamlah perempuan nie lembik sangat.. Yang buat kisah Si gadis kampung jumpa anak raja/ kaya pun bersepah.. Lagi haru, siap anak raja boleh tersesat masuk kampung, jumpa gadis kampung yang jalan tunduk sampai nak cium tanah.. Entah ada lagi ke perempuan macam tue sekarang.. (Harap2lah ada) Kadang2 tue, buat cerita aksi, silat2, lawan2, tapi bab cinta cintun tue mesti ada.. Kalau buat jak kisah Mat Rempit yang bercinta dengan Motor dia tak boleh ke?? Tak boleh kot, sebab dalam hati dorang ada taman.. Ngee~~


7. Adaptasi


Dah banyak dah wayang macam tue.. Adaptasi novel, kununnya.. Tapi cerita menyimpang jauh dari novel.. Kadang2 tue, siap boleh ubah lagi jalan ceritanya, baek tak payah buat adaptasi macam tue.. Buat drama baru dah lah.. Cerita yang adaptasi dari cerita luar pun ada.. Tak payahlah tiru 100% dari cerita asal, nampak tak natural dah cerita tue.. Tak bolehkah buat guna idea sendiri.? Kalau nak adaptasi pun, biarlah better more than cerita tue, nie macam hampeh..


8. Prop ( Betulkah Aku punya istilah nie?? )


Kadang2 prop dorang tak sesuai dengan jalan cerita.. Pernah sekali tue Aku tengok satu cerita nie, hero dia kena tikam.. Tapi bila next scene, si hero dah balut tangan kiri.. Erkk, bila masa hero dia injured tangan tue pun Aku tak tau.. Kot lah Aku terlepas scene tue.. Kalau scene kat hospital lagi best, konon2nya dah dying sangat2, malaikat maut dah berdiri sebelah dah tue, tapi heart beat dan blood pressure dia punyalah normal.. Macam orang yang sihat walafiat.. Nampak sangat tipu~


The next, korang pikirlah sendiri.. Kaji selidik sendiri yea.. Aku bukannya spesies yang memang tak tengok langsung, kalau best tue Aku tengok juga.. Contohnya cerita Kashaf Imani tue, Aku layan apa.. Cerita Nur Kasih pun Aku layan, sebab ceritanya "LAIN".. Lain dari yang biasa Aku tengok..

Kakak Aku cakap, kalau tak suka tak payah tengok.. Betul2.. Tapi Aku tengok sebab nak buat amal, tinggikan rating drama tue.. Ngee~~
Nie pendapat Aku jelah, tak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang dah mati..Whatever~


Last but not least..
Aku tak suka cerita melayu sebab heroinnya tak  secomey cerita korea, malah tak seensom cerita orang putih.. Kahkahkahkah~~

Aku bilang:
Cerita Kung Fu Cina pun Aku pelik juga, kalau time lawan2 tue, siap boleh terbang lagi.. Tapi bila nak gerak satu tempat, mesti naek kuda.. Apsal tak terbang jak? Jimat masa~  Korang Comel Kalu Korang Like

4 comments:

Cik aJdA said...

kuikui...punya la skema ayt mu...tembirang jak ko!!!!

pahnor said...

yang pasal prop 2 mmg sy stuju gila... dalam cite aku maseh dara la 2,, kena tikam,, tapi balut tangan.. dia ingat penonton tak skolah gamaknya kott..

Anonymous said...

mesti la naik kuda dari bandar ke bandar, klu tak habis tenaga terbang sana terbang sini... fikir baik2 la..

Anonymous said...

mesti la naik kuda dari bandar ke bandar, klu tak habis tenaga terbang sana terbang sini... fikir baik2 la..